Jumaat, 21 Februari 2014

DAN BILA MR.RIGHT TIBA - Bahagian 9

" Abang Iq... Isya nak jalan - jalan... Jom... Papa dan Umi dah kasi green - light. " Kata Kaliyshah. Iqbal yang sedang membaca buku ' Images Of Organisation ' dari Gareth Morgan kini menutupnya dan meletakkannya di atas meja belajar pada ketika adik perempuan Iqbal yang berumur 10 tahun itu tiba - tiba saja berada di dalam permukaan pintu bilik tidurnya. 
" Adik ni... buat kejut abang Iq je lahh... " Balas Iqbal sambil melenguhkan badannya yang sengal. 
" Abang Iq, buat ape tadi? " Soalnya manja. 
" Tak de ape - ape dearest.. Abang Iq tengah baca buku tadi. " 
" Yelah tu... baca buku ke? Tenung buku..? Abang Iq tengah fikirkan ape? " Tanya Kaliyshah lagi. 
" Ade lahh tu... Mana boleh kasi tau Isya. Nanti Isya buat gossip dekat papa dan umi. " 
" Isya tahu... Ini mesti masalah cinta kan..?" Aduhh macam mana Isya tau ni? Umur baru mencecah 10 tahun. Pintarnya Isya ni... 
" Jom kita pergi jalan - jalan... Nak kemana ni? Shopping? " Iqbal mengubah topik. 
" Isya nak jumpe ngan akak tu, boleh tak? Isya tau abang Iq bukannya berminat dengan perempuan sebelum ni. Pasti akak tu special kan?" Ujar Isya yang kini memeluk abangnya. 
" Nak shopping ke tak ni...? Abang Iq treat... " Kata Iqbal dalam keadaan panik. Yang mengharapkan adiknya termakan umpan. 
" Nak... Nak.. Nak." Kaliyshah menangguk dengan cepat. Begitulah hubungan rapat Iqbal dan Kaliyshah iaitu adik Iqbal satu - satunya. Iqbal dan Kaliyshah sahaja yang menceriakan rumah mewah tiga tingkat ini. Jikalau tidak ada mereka berdua pasti sunyi macam gua niah. 

BANYAK pengunjung yang membeli belah di The Mall, Gadong pada hari ini. Pelbagai bangsa dan agama yang dapat di lihat oleh Iqbal. Mungkin kerana hari ini ' hari gaji. ' Biasalah The Mall, Gadong memang tempat yang strategik untuk berbelanja. Iqbal dan adiknya, Kaliyshah berada di salah satu kedai The Mall, Gadong dan dua pekerja asing hanya memerhatikan gelagat dua beradik ini. " Abang Iq... I want this pink bag, boleh tak? " Soal Kaliyshah yang sedang meneliti setiap ukiran yang di ukir pada beg tersebut. 
" Pink lagi? Isya kan dah banyak colour pink. Tak nak bag warna putih ni?" Soal Iqbal. Mana tidaknya Kaliyshah mempunyai lebih dari 20 jenis beg yang kesemuanya berwarna pink. 
" Tapi Isya prefer warna pink.... " 
" Hmmm... It's your choice... Sweetheart. Just put it dekat counter kalau Isya dah habis pilih. " Balas Iqbal. 

Tanpa di sedari oleh mereka seorang perempuan telah memerhatikan mereka lalu datang mendekati dua beradik itu. 

" Iq... Makin macho lah you ni I fikir model tadi. What are you doing here? I baru aje lepas habis shopping dengan kawan-kawan I. " Kata Nadia yang berusia sama seperti Iqbal. Nadia merupakan anak angkat kepada bapa saudaranya. 
" Abang Iq tak tanye pun... " Kata Kaliyshah dengan pedas yang mengalahkan cili api. Kalisyhah memang pantang dengan perempuan yang gatal dengan abangnya. 
" Isya tak baik cakap macam tu pergi salam akak Dia. Tegur Iqabl dan Kaliyshah memuncungkan bibirnya tanda kurang setuju. 
" I saja je bawa Isya pergi shopping. Kaliyshah's idea. You dah lunch ke? Nak lunch dengan kami? " Tanya Iqbal. Nadia tersenyum gembira seperti telah memenangi pingat emas. Mana tidaknya, keluar makan dengan lelaki handsome. Tentu banyak mata yang akan cemburu memandangnya. Kalisyhah menjeling kearah Nadia. Dia tidak suka dengan pelawaan abangnya sebentar tadi. 

SETELAH selesai kuliah. Aina dan Mary melangkah pergi ke kantin universiti bagi menjamu selera pada tenghari itu. Pada masa Aina dan Mary melangkah masuk ke kantin. Mereka berdua terperasan mata - mata orang yang ada di sana asyik memandang ke arah Aina dan berbisik. Di situ kelihatan juga Mia yang sedang makan bersama rakan - rakannya terhenti apabila melihat Aina. Aina merasa susah hati bila dia di tenung bagaikan musuh ketat mereka. 
" Mary, kau perasan tak dari tadi orang pandang aku? " soal Aina yang kebingungan. 
" Aaa'aah aku terperasan juga dari tadi. " Jawab Mary. 
" kot tudung aku terbalik lagi. Tudung aku tak terbalik kan? " Soal Aina yang membelek tudungnya takut adegan yang sama pada hari pertama dia masuk universiti ini berulang kembali. Mary mengeleng. Mereka berdua kini menghampiri meja yang kosong... Tiba - tiba.. 
" Hoiii perempuan gatal! Itu meja kami... Jangan nak rampas pulak. " Marah seorang senior yang bersama rakannya. 
" Perempuan gatal? " Soal Aina yang agak terkejut. 
" Eee'eeh dah tahu diri tu perempuan gatal nak berdalih pula. " Ujar senior itu lagi. 
" Ape kau cakap ni hah? " Gertak Mary apabila kawannya di kata sebegitu. 
" Hahaha... Ehhh Aina, semua orang dah tahu kau tu perampas hak orang! Penggoda lelaki. " Balas senior tersebut. 
" Ape awak kata...? Apa masalah awak sebenarnya? Siapa buat cerita ni? " Aina cuba untuk tidak berkasar. 
" Ladies... Mana ade.. Perempuan yang mengaku dirinya perampas dan penggoda. Kan, Aina? " Tanya Mia yang tersenyum sinis yang berada di meja sebelah. 
" Kau yang buat cerita ni kan? " Soal Aina dengan marah. 
" Aku? Aina... Aina.. Dah heboh satu uni takkan aku pulang mereka cerita ni.. " Jawab Mia dengan gelak. Rakan - rakan Mia dan senior tadi turut sama ketawa. 
" Ehhh Mia... Perempuan jenis ape kau ni hah! " Marah Mary. 
" Aku tak ada masalah dengan kau, Mary. Pasti kau malu kan... Yelahh.. Dapat kawan penggoda dan perampas... " Ujar Mia dengan ejekan. 
" Kau jangan buat aku... " kata Mary yang sedang marah tetapi berhenti apabila Aina berseparuh menjerit.. 
" Aku bukan perampas atau penggoda lelaki! Kau yang rampas Hariz dari aku! Kau tahu itu kan! Tapi kenapa kau memutar belitkan cerita dan menafikannya! " Kata Aina dengan tangisan. Mia tidak senang duduk. 
" Aina... Jom pergi dari sini. Buat semak aje tengok muka perempuan jahat ni. " Mary memujuknya apabila melihat Aina mengeluarkan Airmatanya. Aina akur dan berlalu dari situ bersama Mary. 
" Elehh... Air mata buaya. Nak cari alasan lahh tu... " Kata Mia pada rakannya. 


IQBAL memandu kereta Nissan Fairlady z nya menuju ke De' Kaliyshah. Di kerusi penumpang sebelah kirinya adalah Joe yang sibuk menyiapkan assignmentnya. Di kerusi belakang pula ialah pasangan kembar Taufiq dan Syafiq. 

" Bro... Tukar station 93.30 F.M, Boleh tak? Aku dengar ade ceramah dari Ustaz drs. Ismuhadin bin Hj Abdullah. Bagus bro, ceramah dari ustaz Ismuhadin ni.." Kata Syafiq dengan nada ceria. Iqbal tersenyum lalu mengapai punat radio dan menukarnya kepada station yang di minta Syafiq. 
" Syafiq, kau ni... hari ini dengar ceramah kelmarin pun ceramah. Aku rasa.. lah kan kau ni.. tersalah masuk uni. Kenape kau tak masuk aje KUPUSB tu? Kan senang.. " Soal Joe yang berhenti dari membuat kerjanya. 
" Adik aku ni... Memang nak masuk situ tapi aku takut guru - guru di situ akan bersara bila mendengar ceramah dan motivasi dari ustaz Syafiq ni hah. Kita aje yang sanggup melayan karenah adik aku ni. " Jawab Taufiq. Syafiq tersengih - sengih bila dirinya jadi bahan perbualan mereka. 
" Bro, aku dengar... Aina tu... Seorang.... penggoda dan perampas lelaki. Betul ke? " Soal Joe yang memecahkan suasana sunyi berketar - ketar juga suara Joe melafazkan apa yang di dengarnya di universiti takut Iqbal akan marah padanya. Tapi Iqbal memandu dalam keadaan serius. Taufiq menyuruh Joe untuk tidak bersuara. 
" Iq... Kau jangan marah ya? Aku dapat tahu dari kawan Aina, si Mary... Aina itu difitnah oleh bekas sahabatnya sendiri yang juga merupakan seorang junior di uni seingat aku namanya ialah Mia. Kau jangan percaya Aina tu jahat ya, Iq? " Nasihat Taufiq. 

" Yelahh, Iq... Percaya kepada kata - kata orang mentah - mentah tanpa menyelidiki kebenarannya dan menyebarkannya pada orang adalah fitnah. Fitnah ni adalah seperti bantal. Jika kau koyak bantal itu dan kau hemburkan kapasnya. Susah untuk kau kutip balik. Fitnah itu lebih kejam dari pembunuhan. Itu bermaksud akan memperolehi dosa apatah lagi menuduh perempuan yang baik melakukan zina itu termasuk didalam 7 dosa besar. Aku harap tukang fitnah itu akan segera bertaubat. " ujar Syafiq yang sempat lagi memasukan unsur - unsur ceramah. 
" Guys... I'm okay... Really. Aku pun tak percaye yang Aina macam tu orangnye... " kata Iqbal yang tersenyum. 
" Laaa.... Wat suspen kita je.. Nape kau tak bagitau awal - awal.. Mati - matian kita orang ingat kau percaye pada gossip tu. " rungut Joe. 
" Aku saja je nak dengar pendapat korang mengenai entah apa - apa gossip. Terutama sekali si ulat buku tu hah. " ujar Iqbal. Syafiq tersipu - sipu malu. 
" Bro... Kau tau tak kenape kau percaya pada Aina itu betul - betul tak bersalah bila orang menuduhnya salah. Tapi kau pertahankan dia. Kau tau apa itu? " Soal Taufiq yang tersenyum. 
" Hati aku mengatakan Aina tu tak bersalah dan dia di fitnah bulat - bulat. Aku yakin itu, Taufiq.. " Ujar Iqbal. 
" Itu yang dinamakan dengan CINTA bro... CINTA. " kata Taufiq yang menolak bahu Iqbal. 


******************** BERSAMBUNG KE BAHAGIAN 10 ******************** 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan