Jumaat, 21 Februari 2014

DAN BILA MR.RIGHT TIBA - Bahagian 14

AINA berjalan kaki bergegas untuk pulang ke siswi kerana hari ini adalah hari terakhir kuliahnya. Esok cuti semester sudah bermula. Aina di kejutkan oleh hon kereta Hariz. Aina mula mengorak langkah dengan laju tapi Hariz berjaya memandu ke depan dan memintas jalan Aina. 

" Aina, masuk kereta Riz. Riz nak cakap dengan Aina. Please?" Pujuk Hariz. 

Hish.. Mamat ni.. dari hari tu nak cakaplah, bincanglah. Itulah.. Inilah.. Sengal den. 

" Okay, make it quick. " Ujar Aina dengan muka yang serius. 
" I promise. " kata Hariz yang tersenyum riang. Aina masuk ke dalam passenger seat kereta Nissan Morano Hariz. Hariz mula memandu di sekeliling universiti dan memulakan bicara. 
" Aina, Riz nak tanye.. Masa kita couple dulu. Kenape Aina tak datang... masa Riz jemput Aina makan malam kat Shabu shabu? Hari tu kan hari anniversary kita? " 
" Shabu shabu? Seingat Aina.. Tak ade pun Hariz jemput Aina. " Jawab Aina yang cuba untuk mengingati pada masa itu. 
" Riz suruh Mia bagitahu dekat Aina.. Mia ade bagitahu tak?" soal Hariz yang bingung. Aina mengeleng. 
" Masa tiga hari sebelum berpisah.. Aina ade dapat sms kat Hariz yang ibubapa Hariz jemput Aina kerumah untuk lunch?" Soal Hariz lagi yang inginkan kepastian. 
" Rasanya... tidak pernah.. " Jawab Aina. 
" Aina tau tak kenape Hariz putuskan Aina dulu? " 
" Sebab Mia... " Ujar Aina. Hariz mengangguk. 
" Dapat lihat patternnye tak? " Soal Hariz. Aina kelihatan keliru. 
" Aina.. Mia memang mengharapkan kita berpisah. Dia tak pernah bagitahu kat Aina pasal dinner kat Shabu shabu kan? Pada malam anniversary kita, Mia datang jumpa Riz kata Aina tak dapat datang. Pasal sms yang Aina tak pernah dapat tu. Mungkin Mia delete dari telefon bimbit Aina. " 
" Cinta Riz beralih kepada Mia sebab... Hal itu.. Aina tak pernah ada bila Riz perlukan Aina. Mia pada masa tu datang dengan tangan yang terbuka luas. Mia merancang semua ini... Maafkan Riz, Aina... " Sambung Hariz lagi. Lidah Aina kelu. Aina tidak tahu apa yang ingin di sampaikannya. 
" Hantar Aina ke siswi awal ni.. " Ujar Aina. Hariz terpaksa akur kehendak Aina. Kenapa kau sanggup buat aku macam ni Mia? Aku sanggup buat demi kebahagiaan kau tapi kau pula sebaliknya. Kau sanggup melihat aku hidup merana... Tangis Aina di dalam hatinya. 


AINA kini berada di rumahnya. Ibubapanya menyambut kepulangan Aina dengan gembira kelmarin. Aina dan mamanya sedang berbual di dapur. 

" Aina, macam mana kampus? Okey? " Soal mamanya yang tersenyum. Aina mengangguk perlahan. 
" Aina satu kampus dengan Hariz? " Soal puan Syairah lagi. Keluarga Hariz dan keluarga Aina memang rapat sejak dulu lagi cuma sekarang makin rengang setelah Hariz dan Aina berpisah. 

" Aina.. ade orang nak jumpe dengan kamu ni... " Jerit tuan Haji Zamani, bapa kepada Aina dari ruang tamu rumah banglo itu. 
" Kejap.. " Balas Aina. Lalu mengapai tudungnya. 

Sape pulak datang ni? Mary kot.. 
Aina bergegas ke ruang tamunya. Alangkah terkejutnya Aina melihat siapa tamunya. 

" Iqbal! Kau buat apa disini? Cane kau tau alamat rumah aku? " Soal Aina yang amat terkejut. Sape bagi alamat aku kat pokcik Hulk ni.... Hah ini mesti kerja Mary! Nanti kau.. 
" Err... Iq saja je nak lawat Aina... dan.. family Aina sekali.. " Ujar Iqbal. 
" Sape yang datang tu Aina? " Soal Puan Syairah yang baru keluar dari pintu dapur. 
" Teman Aina ma.. " Ujar Aina. 
" Teman lelaki Aina, makcik.. Saye Iqbal. " Jawab Iqbal yang bertukar tangan dengan mama Aina. Aina menyucuk telunjuknya keperut Iqbal. Geram dengan mulut Iqbal. Tapi Iqbal tidak menunjukkan sebarang reaksi bahkan masih lagi dengan muka machonya. 

Ini Hulk tak pandai nak geli ke? Nanti kau.. Taulah nasib kau cane nanti. Geram tul.. 

" Teman lelaki kamu, Aina? Tak pernah bagi tau abah pun. " Ujar abah Aina yang tersenyum lebar. 
" Eh bukan bah.. teman biase aje. Dia memang macam ni.. suke bergurau. " ujar Aina. Iqbal tersenyum - senyum. 

" Bawa tamu tu makan lebih soto Aina.. banyak lagi tu kat dapur. Jemputlah makan, ya nak. " Pelawa puan Syairah. 

Aina dan Iqbal sedang berada di dalam dapur. Iqbal menyuap mee putih ke dalam mulutnya. Dia berhenti makan apabila melihat Aina meletakkan lada rindu kedalam mangkuk soto Aina. 

" Sedap ke lada rindu tu? " Soal Iqbal yang ingin tahu. 
" Aa'aah bolehlah tahan.. Nape? Kau belum pernah rasa ke? " Soal Aina. Iqbal mengeleng laju. 
" Ah? Belum pernah? Ala.. Kesiannye die.. Sini mangkuk kau tu. Aku letak sikit ya.." Pinta Aina. Aina meletakkan beberapa sudu lada rindu kedalam mangkuk soto Iqbal. 
" Hish Aina, tak pedas ke nanti? " Soal Iqbal. 
" Tak ahh.. Mak aku tak suka buat pedas - pedas. " Jawab Aina. Iqbal pun mula makan sotonya. Beberapa saat kemudian muka Iqbal bertukar merah dan berpeluh. 

Kekeke teman lelaki aku ya? Sape suruh tak jaga mulut depan parents aku. Rasakanlah lada rindu yang ' tak pedas ' itu. Tapi apasal muka kau masih macho ni? Susah nak unmacho kan.. 

" Aina! Air.. " Jerit Iqbal yang beberapa kali menelan air liurnya. 
" Ah? Nak letak lada rindu lagi? " Sekat Aina. 
" Pedas lahh.. Aku tak tahan ni.. Tuang air.. cepat..! " Jerit Iqbal lagi. 
" Ye... ye.. ye. Kejap." Aina berjalan menuju peti ais dengan jalan yang amat perlahan sekali. 
" Ape jerit - jerit ni? Ya ALLAH! Ape Aina buat dekat Iqbal ni? " soal Puan Syairah yang terkejut. 
" Tak pe.. Makcik, Aina memang suka bergurau. " ujar Iqbal yang menekan kedua matanya dengan tangan kanannya. 


************************ BERSAMBUNG KE BAHAGIAN 15 ************************

Tiada ulasan:

Catat Ulasan