Jumaat, 21 Februari 2014

DAN BILA MR.RIGHT TIBA - Bahagian 13

TINGGAL empat hari saja lagi cuti semester akan bermula. Itu bermakna tinggal 96 jam sahaja lagi untuk Aina berjumpa dengan ibubapanya termasuk juga Tom. Aina dengan gembira mengemaskan barang - barangnya ke dalam beg yang besar. Sedang sibuk Aina mengemaskan barangnya tiba - tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada pesanan ringkas telah masuk. 

+6737115555 
Assalammualaikum. Esok Iq akan ambik Aina. Jam dan di tempat yang sama. SILA IKUT ARAHAN. 
- Iqbal Hamim. 

Iqbal? Camne di tau number aku ni? Sape pulak yang bagi number aku kat pokcik Hulk ni.. Bertuah sangat lah orang tu.. Nak sangat kena wrestling oleh aku. Iqbal ni nak bawa aku pergi rumah dia lagi lah ni... 
Aina mula menekan keypad telefon bimbitnya. 

To: Pokcik Hulk 
Walaikumsalam. Kamu tersalah number. Sila cek semula kepada number yang kamu ingin kirim. Terima kasih. 

From: Pokcik Hulk 
ohh really? Then who is this? 

Nama sape baik aku letak ni? Aaahh... 
Aina mula menekan keypadnya dengan gelak ketawa. 

To: Pokcik Hulk 
Nama gue... Intan payung. Nama loh siapa? 

Selang beberapa minit kemudian... 

From: Pokcik Hulk 
Nur Aina Muslihah Binti Haji Zamani. Stop it. No.. no.. no.. I am going to fetch you up tomorrow. No matter what. 

To: Pokcik Hulk 
Yalah... Yalah.. Yalah.. (100,000 kali ) 

Pintu bilik asrama Aina dibuka dan Mary masuk dengan muka yang gembira. Apasal dia gembira ni ah? 

" Nenek, apasal kau gembira ni? " soal Aina yang ingin tahu apa sebab di sebalik mukanya yang gembira itu. 
" Kenape? Aku biasa aje.. " Ujarnya. 
" Macam ada ape - ape aje.. Kau lepas ngorat mamat body ketul - ketul tu ya? " Gurau Aina dengan mata yang bekelip - kelip. 
" Manade lah... " Ujar Mary yang berlabuhkan punggungnya di katil. 
" Ehh... Kau ade bagi number aku kat Iqbal ke? " Soal Aina yang baru saja teringat untuk menanya. 
" Ish.. Apa pulak aku? Tak ade lah.. " Jawab Mary dengan gopoh. 
" Tapi reaksi kau sungguh mencurigakan. Kau yang bagi kan..? " Soal Aina dan menghuman bantal kearah Mary. Mary mengelaknya dengan pantas. 
" Aku terpaksa bagi, okay? " Ujar Mary yang melarikan diri menuju pintu keluar. Aina dengan tangkasnya mengambil bantal dan menghumban ke arah Mary tapi Mary berjaya melarikan diri. 


" AINA, jemputlah duduk. Makan tengah hari dekat sini lagi, ya? " Pelawa puan Afifah. Aina mengangguk perlahan dan menerima pelawaan itu. Kaliyshah kini berada di sebelah Aina dan memeluk Aina dengan erat sekali. Bapa Iqbal, tuan Haji Abdullah Timothy tersenyum melihat anak bongsunya. 
" Kak Aina.. Isya sayang akak. Kak Aina, sayang Isya tak?" Ujarnya dengan manja sekali. 
" Sayang sangat... " Ujar Aina yang mengosok pipi kanan Kaliyshah dengan lembut. 
" Kak Aina sayang Abang Iqbal tak? " Soal Kaliyshah lagi dengan mata yang bercahaya. 
Alamak! Soalan cempumas. Ape aku nak jawab ni? Kau sayang Iqbal ke? Adoii.. susah sangat soalan ni senang lagi soalan matematik.. 

Iqbal menanti jawapan dari Aina dan memandang Aina dengan muka yang tenang. 

" Err... say..ang... sik..it.. " Jawab Aina dengan perlahan. 
Pecah ketawa keluarga tuan Haji Abdullah Timothy oleh Aina. 

" mmm.. sedapnya bau.. Auntie masak untuk Dia ke? " soal Nadia yang masuk dari pintu ruang tamu yang terbuka. Kaliyshah menjeling dan menguatkan lagi pelukannya pada Aina. Mata Nadia kini memandang Aina dan beralih pada Iqbal. 

" Ohh Nadia.. duduk lah.. " Pelawa Tuan Haji Abdullah Timothy. Nadia yang memakai baju yang ketat dan seluar yang sendat mengambil tempat duduk di sebelah Iqbal. Aina memandang Iqbal dan Nadia. 

Ape kena dengan kau ni Aina? kau cemburu ke? Sape perempuan tu? 

" Ehh.. perasaannye.. kak Nadia ni.. Mama masak untuk kak Aina bukan tuk kak Nadia. " Kaliyshah menjelir lidahnya. 
" Kaliyshah, berapa kali umi pesan jangan kata macam tu kat akak Nadia." Tegur uminya. 

Nadia mengendahkan kata Kaliyshah dan merapatkan diri kepada Iqbal. Iqbal menunjukan rasa yang tidak senang lantas dia bangkit berdiri sebelah Aina dan duduk di bahu sebelah kiri kerusi Aina. Kemudian tangan Iqbal merangkul bahu kanan Aina. 
Ehh bengong apasal tangan kau merayau kat bahu aku ni.. gelilah.. eeerr.. Kekeke.. Desis Aina di dalam hatinya yang menahan diri dari ketawa. Muka Nadia kelihatan sangat cemburu. 

" Mana bibik kamu belum hidang minuman panas ni? " Soal puan Afifah. Hairan. 
" Tak pe Auntie. Biar Dia aje yang buatkan. Bukan sehari Dia disini.. Dia dah biase.. " Nadia menjeling kepada Aina. 

Ee'ehh main jeling - jeling kat aku pulak.. 
" Tapi kurang gula ya? Jangan manis sangat. " Ujar puan Afifah. 

Selepas beberapa minit kemudian.. Nadia pun keluar membawa minuman panas dan menuangnya ke dalam cawan yang kosong. 

" Dear, why is it so... salty? " soal tuan Haji Abdullah Timothy kepada isterinya. 
" Masin? " Sertak mereka semua bertanya. 
" Dia letak garam ke? " Soal tuan Haji Abdullah Timothy. 
" Dia tak rasa tadi. Dia ambik dari jar warna putih. " Balas Nadia. 
" Laa.. Yang tu garam.. " Jelas puan Afifah. 
" Kata.. dah biasa.. " Kaliyshah ketawa memegang perutnya. 


*********************** BERSAMBUNG KE BAHAGIAN 14 *********************** 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan