Isnin, 24 Februari 2014

DAN BILA MR.RIGHT TIBA - Bahagian 27

Nadia mencari pakir yang kosong untuk mempakir kereta volkswagen beetlenya di kawasan THE COFFEE BEAN, Bandar Seri Begawan. Matanya liar mencari pakir. Di sebelah kereta Lexus nampaknya ada pakir yang tiada di diami oleh kereta. Kemudian Nadia pun meletakkan keretanya di sebelah kereta Lexus tersebut. Nadia memanjat keluar dari keretanya dan mengunci keretanya dengan kunci yang di pegangnya. Matanya sempat mengerling kearah kereta Lexus yang berada di sebelahnya. Rakan - rakannya sudah pasti berada di dalam sekarang dan sedang menunggunya. Kebiasaannya dia yang akhir sekali muncul untuk bertemu dengan kedua sahabat karibnya walau di mana tempat mreka berjumpa sekalipun. Nadia sukakan begitu. Bagaikan puteri raja yang sedang di nanti ketibaannya. Nadia melangkahkan kakinya untuk masuk kedalam. Sepasang mata memerhatikannya dari jauh kemudian pandangannya beralih kepada baju sendat yang di pakainya. Lelaki tersebut tersenyum gatal kearah Nadia. 

" Awal sampai..." Sindir rakannya, Bazilah. 

" Sorrylah guys.. lambat sikit.. banyak kerja yang I perlu settlekan tadi.. " Nadia menghiraukan senyuman lelaki tadi. 

" Hmmm... I dah orderkan you as usual. Kopi tanpa susu and a dessert. " Balas Bazilah. 

" Dia... cuba you tengok lelaki yang duduk di hujung tu.. Kacak kan? Pasti kaya you... " Najwa memandang lelaki tersebut dengan senyuman. Nadia mengalihkan pandangannya kearah lelaki yang di maksudkan oleh Najwa. Lelaki yang menghadiahkan senyuman kepadanya tadi. Tiada yang menarik baginya. Jika di bandingkan dengan Iqbal. Iqbal lebih kacak 30 kali berbanding lelaki itu. 

" Najwa, you ni saja nak test Dia kan? Bukannya you tak tau Dia ni dah ade special boyfriend... Si Iqbal tu nak simpan mana? " Ujar Bazilah yang mengingati Najwa. Mungkin Najwa lupa tentang Iqbal yang pernah di kenalkan kepada mereka berdua masa ulang tahun Nadia tahun lepas. 

" Ohh ya.... I lupa. Bila nak kahwin ni? " Soal Najwa secara tiba - tiba. Sebenarnya Najwa teragak - agak untuk mempercayai yang Iqbal tu adalah teman lelaki Nadia kerana Nadia tidak pernah mambawa Iqbal sekalipun apabila mereka keluar bersama seperti sekarang ini.

" I pun tak tahu lah you.. I mampu berserah aje. Tunggu Iq lamar I. " Ujar Nadia yang perasan. Nadia terlebih yakin Iqbal akan menjadi suaminya nanti. Padahal Nadia waras yang dia telah membohongi rakannya tentang hubungan sebenar dia dan Iqbal. Iqbal dan Nadia belum lagi rasmi menjadi sepasang kekasih apalagi sekarang Iqbal sepertinya menjauhkan diri darinya. Sudah beberapa kali Nadia menelefon dan memberi Iqbal SMS tetapi tidak di balas. Bagai menanti salji yang tidak turun di negara Brunei ini. 


" APE masam aje muka Dia mummy tengok ni? " Ujar Puan Zainab apabila melihat anak angkatnya yang baru saja masuk kedalam ruang tamu mereka. Nadia menjuihkan bibirnya seperti budak - budak. 

" Iqbal tu mummy.. SMS Dia hantar bukannya nak pandai balas. Asyik busy aje. Call Dia pun Iq reject... Bila Dia ajak Iq pergi shopping macam - macam lah alasan yang Iq bagi... Kena buat itulah.. kena buat inilah.. Bencilahh lepas tu... kena jaga Kaliyshah lahh.. ape.. Kaliyshah tu bukannya budak kecik lagi. Taulah dia jaga diri. Ape bagus sangat ke jaga Kaliyshah dari teman Dia pergi shopping. Tu baru dua alasan belum lagi Dia bagitahu mummy yang lainnya. " Nadia melepaskan kemarahannya kepada ibu angkatnya. Nadia mengambil tempat duduk di sebelah ibu angkatnya. Badannya senghaja di humban ke arah sofa bilik tamu mereka yang empuk. 

" Iq betul - betul sibuk lah tu Dia... Lagipun keluarga uncle Timothy kamu kan nak buka restoran mereka yang baru kat Jerudong tu. Jangan sedih ya, sayang? " Pujuk ibu angkatnya. 

" Ahhh... Dia tak kira.. Dia nak Iq luangkan masa untuk Dia jugak. Walau Iq sibuk mana sekalipun. " Kedua kaki Nadia di bentakkan ke lantai tanda protes. 

" Habis. Nak mummy nasihatkan Iqbal? Dia nak mummy buat ape? " 

" Nikahkan kami... " Jawabnya ringkas. 

" Apa? Iqbal tu kan abang saudara Dia. " Ujar puan Zainab yang dengan apa yang di cadangkan oleh Nadia. 

" Mummy.. I love Iq... " Pujuknya. 

" Dia dah fikir masak - masak? " Tanya Puan Zainab. Nadia mengangguk dengan laju. 

" Tapi Iqbal tu kan dah ade teman wanita.." Terlepas pula dari mulut puan Zainab. Bukannya apa tetapi dia sendiri sudah melihat seorang gadis yang dibawa oleh Iqbal kerumah mereka tempoh hari. Mesti teman yang sangat istimewa kerana Iqbal belum pernah membawa dan memperkenalkan mana - mana wanita kepada mereka. 

" Setakat budak hingusan tu mummy. Kalau di bandingkan Dia dengan Aina. Dia lagi 100 kali cantik. Nanti Iq akan tinggalkan budak tu jugak. Moreover bukannya salah Dia kahwin dengan Iq. Iqbal dengan Dia bukannya adik - beradik. " 

Puan Zainab diam dan berfikir panjang. 

" Nikahkan Dia dengan Iq, mummy... " Pujuknya lagi. Kali ini Nadia memegang bahu ibu angkatnya dengan manja sekali. 


ROMBONGAN merisik dan perbincangan kini riuh di rumah mewah tiga tingkat milik keluarga tuan Haji Timothy. Mereka terkejut dengan kehadiran keluarga Tuan Sham dan rombongannya termasuk juga Iqbal yang pada mulanya hendak pergi kerumah Taufiq dan Syafiq tetapi tidak dapat di tunaikan hajatnya tengahari itu. 

" Kak Nab dan abang Sham ade ape ramai - ramai ni? Ada apa hajat? " Soal Tuan Haji Timothy yang merupakan seorang yang berbangsa inggeris tetapi petah berbahasa melayu. 

" Kami datang ni dengan hajat... " Ujar Tuan Sham di ikuti dengan tawa yang kecil. Iqbal menunggu ayat seterusnya akan keluar dari mulut paklongnya. 

" Boleh Fifah tahu.. hajat apa itu? Kalau tak keberatan... Insya - ALLAH kami boleh tolong." Ujar Puan Afifah yang tersenyum. 

" Kami sebenarnya risau tengok hubungan Iqbal dan Nadia. Maklum saja mereka berdua tu selalu keluar bersama. Apa kata kita nikahkan saja mereka berdua? Lagi pula tak elok orang sekeliling pandang mereka berdua - duaan begitu. " Puan Zainab tersenyum memandang Iqbal. 

" Nikah?? " Iqbal amat terkejut dengan ayat itu. Setahu Iqbal, Nadia dan dia bukan sering keluar bersama malahan masanya kini terbagi kepada keluarganya, Aina dan juga rakan - rakannya, Joe, Taufiq dan Syafiq terkecuali Nadia. Setiap ajakan Nadia pasti dia menolaknya. 

" Iya.. nikah Iq.. kamu berdua bukannya kecik lagi. Kamu sudah dewasa. Dia sudah pun mempunyai perkerjaan dan kamu pejam celik nanti dah keluar uni. Kamu berdua tu kan dah kenal lama. Sejak kecik lagi kamu tak pernah berpisah. " Kata puan Zainab yang seakan memujuk Iqbal. Tetapi Iqbal tidak telan terus dengan pujukan itu. 

" Fifah rasa.. biarlah Iqbal yang memilihnya, kak Nab. Lagipun Iqbal berhak memilih. " Puan Afifah memandang anaknya yang agak terkejut dengan situasi itu. 

" Perkara ini bukannya di boleh di bawa main - main, Fifah.. Ini urusan kita. Bukannya urusan anak kita." Ujar Puan Zainab. Nampaknya perbualan ini di kuasai oleh golongan wanita. 

" Kak Nab.. kita sebagai orang tua mereka tak boleh paksa... untuk satukan mereka. Iq mungkin ade pilihannya tersendiri. " Ujar puan Afifah. Iqbal tidak percaya dengan apa yang berlaku di hadapannya. Dia betul - betul tidak percaya paklong dan maklongnya membuat keputusan yang senekad sebegitu. 

" Son, what do you think? Kenapa diam aje ni? " Soal Tuan Haji Timothy yang terperasan anak lelakinya mendiamkan diri sejak dari tadi. Iqbal tersedar dari lamunannya apabila papanya menegurnya. 

" Paklong.. maklong... Iq minta maaf.. bukan niat Iq untuk bersikap kurang ajar. Jujur Iq kata.. Iq tak pernah cintakan Dia... Umi pernah kata... " Iqbal memandang uminya dengan senyuman. 

" Jika Iq cari seorang isteri biarlah dia seorang yang Iq berasa senang dengannya kerana untuk susah dan senang rumahtangga yang Iq akan dirikan nanti dengan wanita tersebut. Seorang yang membuatkan Iq tersenyum dan ketawa selalu dan apabila kami berjauhan Iq akan rindu dengannya dan tidak ingin berpisah dengannya walau sesaat mana pun. Wanita tersebut bagaikan nyawa Iq. Iq tidak sanggup wanita tersebut di sakiti dan ingin melindunginya selalu. Iq sudah jumpa nyawa Iq... Paklong.. Maklong... wanita tersebut bukan Nadia tetapi Nur Aina Muslihah. Ya, Aina... adalah nyawa Iq. " Ujar Iqbal yang panjang lebar. Matanya bersinar - sinar memancarkan cahaya cinta dan badannya tegak memberitahu bahawa kata - katanya dan keputusannya adalah benar. Papa dan Uminya tersenyum lebar. Rasa bangga dengan anaknya yang membela dirinya. Kini mereka tahu Iqbal benar - benar cintakan Aina. Kesemua mata memandang kearah Iqbal.. bertapa bertuahnya perempuan ynag berjaya memikat hati jejaka tampan ini. 

" Iqbal.. paklong tak paksa kamu untuk buat keputusan.. Paklong faham.. " Ujar Tuan Sham kepadanya. 

" Iq, Mak long nak kamu fikir masak - masak sebelum membuat keputusan. " Kata Puan Zainab dengan penuh harapan Iqbal akan merubah keputusannya. 

" Tiada yang perlu di fikirkan lagi Nab.. Iqbal sudah pun membuat keputusannya. " Kata Tuan Sham yang menghadiahkan senyuman kepada Iqbal. 

" Tapi bang... " Kata Puan Zainab. Dia sebenarnya tidak mahu memaksa Iqbal tetapi dia takut Nadia akan kecewa dengan berita tidak gembira yang akan di sampaikan kepada anak angkatnya nanti. 


NADIA berjalan mundar - mandir di biliknya yang serba mewah itu. Dia tidak puas hati dengan Iqbal yang mati - matian menolak untuk di satukan bersamanya. Memikirkan apakah yang harus untuk dibuatnya supaya Iqbal menerimanya. Dia terlalu mencintai Iqbal dan sanggup lakukan apa saja demi Iqbal. Nadia telah menghantar pesanan ringkas kepada Iqbal. Mengapa Iqbal tidak mahu di nikahkan bersamanya? Dia harap dengan sepenuh hatinya Iqbal akan membalas SMS nya. Ternyata doanya di makbulkan. Iqbal terus membalas SMS Nadia dengan menelefonnya. 

" Assalammualaikum, Dia.... Iqbal ni... " Kata Iqbal di hujung talian. Iqbal sedar dia harus berlaku jujur kepadanya dan tidak mahu di anggap sebagai seorang pengecut. 

Iqbal tidak suka Nadia terlalu mengharap kepadanya kerana hatinya sudah di miliki sepenuhnya oleh Aina dan tidak mungkin ada ruang untuk mana - mana wanita lagi. 

" Kenapa Iq sanggup buat Dia macam ni? Kenapa tak terima aje keputusan Dia untuk bersuamikan Iq? " Nadia menangis teresak - esak ketika membalasnya. 

" Dia... " 

" Dia sayangkan Iq... Kenapa sukar untuk Iq terima Dia? Dia cintakan Iq sejak Iq ambil berat pada Dia masa kita kecil dulu! Teman - teman Dia ejek masa kat sekolah dulu Iq yang ambil berat tentang Dia... Iq nasihatkan Dia. Bukan itu bermaksud Iq cintakan Dia? Iq cinta Dia kan? Kenapa Iq tak mengaku? Iq malu nak dedahkan perasaan cinta Iq pada Dia kan? " Suara Nadia agak berketar - ketar kerana tangisannya. 

" Dia dah salah faham... Memang Iq ambil berat tentang Dia tapi itu tidak bermakna Iq cintakan Dia. Iq anggap Dia tidak lebih dari seorang adik. Tidak mungkin itu merujuk kepada perasaan cinta, Dia. Iq hormati keputusan Dia tapi Dia kena faham Iq tak pernah mencintai Dia dari dulu... " Iqbal berkata dengan jujur. Dia tidak sangka Nadia tersalah ertikan maksudnya. Mungkin salah Iqbal juga kerana tidak berlaku jujur kepadanya dulu. 

" Perasaan cinta boleh di pupuk masa kita kahwin nanti Iq... Dia tak kira... Dia nak Iq nikah dengan Dia juga... " Desak Nadia. 

" Iq tak cintakan Dia... " 

" Atas sebab ape? " Soal Nadia. Bodoh. 

" Iq cintakan seseorang Dia.. Iq cintakan Aina. " Luahan hati dari lelaki pan - asian ini. 

" Lagi - lagi Aina... Aina... Aina! Apa yang special tentang budak tu dari Dia? Dia lebih cantik dari Aina yang setakat mengenakan baju kurung tu dan memakai tudung. Tak ade style! Kalau di bandingkan di khalayak ramai. Pasti Dia yang di rebut bukan Aina! " Ujar Nadia dengan riak. Iqbal agak terasa dengan ungkapan Nadia yang pedas itu tetapi dia mengingati dirinya agar bersabar. 

" Bukan kecantikkan yang Iq cari, Dia... Kecantikkan itu luaran dan sementara sahaja.. Kalau setakat cantik tapi hati busuk buat apa? Muka yang cantik biarlah berkiaskan dengan iman di hatinya. Cantik atau tidak semua itu akan luput bila kita tua nanti. Iq cintakan Aina berdasarkan apa yang mampu Aina tawarkan pada Iq bukan apa yang wajib Aina berikan pada Iq. " Terang Iqbal yang teringatkan Aina. 

Tiada apa yang harus di ungkapkan oleh Iqbal lagi. Iqbal tahu Nadia seorang anak yang di besarkan dan di hemburkan dengan kemewahan dan sifat manja yang di berikan apa saja yang di mahukan Nadia oleh kedua orang tua angkatnya. Kekadang Iqbal rasa paklong dan maklongnya begitu memanjakan anak angkatnya. Mungkin kerana sukar untuk mendapatkan zuriat mereka sendiri. 

" Aaaaahhh.... " Nadia menghempaskan telefon bimbitnya di atas katilnya. Geram dengan apa yang di luahkan oleh Iqbal kepadanya. Nadia tidak suka jika permintaannya tidak di tunaikan. Dia harus mendapatkan Iqbal walau bagaimana sekalipun caranya. Nadia akan malu dengan rakan - rakannya nanti. 


***** BERSAMBUNG KE BAHAGIAN 28 *****

DAN BILA MR.RIGHT TIBA - Bahagian 26

 AINA sedang duduk di atas kerusinya dengan muka yang serius dan sedang sibuk meneliti kertas tugasannya di bilik kuliahnya sebelum pensyarah mereka masuk. Sememangnya kerjanya sudah pun siap tetapi itulah sikap Aina sebelum di hantar kepada pensyarah dia lebih suka untuk menelitinya terlebih dahulu. Tiba - tiba rakan sekuliahnya, Irni menjerit di pintu masuk bilik kuliah mereka. Aina mendonggakkan kepalanya dan memandang kearah Irni yang melambai - lambaikan tangannya supaya Aina kesitu. 

" Ape? Aku sibuk ni... Kau pergilah ke tandas dengan Mary." Ujar Aina. 

" Bukan ahhh.. ade orang nak jumpa dengan kau ni.. cepat. " Balas Irni. 

Setelah memandang dengan panca inderanya ke pintu masuk bilik kuliah mereka dengan jelas. Aina menelan airliurnya kerana terkejut melihat kelibat Iqbal yang sedang mempamerkan senyumannya apabila melihatnya. 

" Aina.... " Panggil Iqbal dengan lembut. 

Hulk ni.. sakit ape pergi jumpe aku masa ade kuliah ni.. Depan kekawan aku yang busybody ni lagi weii... Aina.. pura - pura buat kerja Aina.. Pura - pura sibuk... ape pulak pura -pura sibuk? Aku memang sibuk ape? Tengok kertas... tengok kertas, Aina... 

" Nur Aina Muslihah." Jerit Iqbal. Kesemua teman sekuliah Aina kini memandang Iqbal yang berada di daun pintu kemudian mata mereka beralih kepada Aina. Aina mengigit kedua pipinya dari dalam. 

" Phewitttt... " Ujar salah seorang rakan Aina. 

" Boyfriend ke Aina? Ajib melepaslah kau.. kau cari perempuan lain... Aina dah berpunye... " Ujar yang lainnya. 

" Ape phewitt..phewitt...! Aku bagi penumbuk kang! " Marah Aina kepada rakan - rakannya. Pecah ketawa mereka semua apabila melihat Aina. Sungguh comel Aina berkata begitu dengan tangannya yang menyediakan buku lima dan ditujukan kepada rakan sekuliahnya. Iqbal ketawa kecil di daun pintu. Masak dengan perangai Aina. 

" Aina... nak Iq masuk ke nak sembang kat luar ni? " Soal Iqbal. 

" Silakan masuk bro senior... sebelum pensyarah kami datang. " Kata rakan sekuliah Aina yang merupakan seorang lelaki. 

" Ehem... masuk ajelah Iqbal. Mrs. Iqbal Hamim kita malu agaknya.... " Ujar Mary yang duduk di belakang Aina. 

" Mary...! " Aina mencubit lengan Mary. Geram. 

" Ouchhh... garanglah kau ni... !" Mary meniup lengannya yang sakit. Setelah itu Iqbal masuk ke dalam bilik kuliah mereka dengan gayanya yang kool. Siapa saja boleh terpikat dengannya. 

" Aina okay? Sihat? Kalau tak sihat Iq belikan ubat.. " Tanya Iqbal yang berada di sebelahnya. Rakan sekuliahnya terdehm - dehm. Aina menarik muka masam. 

" Sihat alhamdulilah.. tak sakit mana pun... syukran. Ade ape nak jumpe ni? " Soal Aina dengan nada yang amat perlahan. Dia tidak mahu perbualan mereka di dengar oleh rakan sekuliahnya yang memasang telinga. 

" Besarkan suara, Aina... kita orang tak dapat dengar dengan jelas. " Usik rakan sekuliahnya. 

" Diam aahh...! " Teriak Aina. 

" Ade ape nak jumpe ni? " Tanya Aina lagi. 

" Saje.. nak tanya khabar. " Ujar Iqbal dengan senyuman yang memukau. 

" Hah? Telefon kan ade? Ape gune telefon kalau tak gune?" Soal Aina binggung. 

" Telefon lain... dengar suara aje.. tapi tak nampak muka..." Balas Iqbal dengan nada yang romantik. 

Lahh... penyakit Mr. Romantik ala ala.. fantastik dia datang pulak.. alahaii malunye...! Ade doa menahan diri dari sifat malu ke? Tengok kekawan aku dah nak cair... ambik baldi.. ambik baldi... 

" C.I.N.T.A K.I.T.A " Nyanyi kesemua rakan sekuliahnya termasuk Mary yang ketinggalan dan baru masuk pada nota yang terakhir. 

" Daahh... Dahhh key lari. Tak sedap aku dengar. Bernanah telinga aku!" Kata Aina yang menutup mulut Mary dengan tangannya. Ketika ini terjadi prof. Sofimah telah masuk kedalam kelas mereka. 

" Assalamualaikum.... " 

Mak oii... tu buka suara prof. Sofimah ke? Buat malu aku je... Iqbal keluarlah weii.. uwaaaa.... 

" Walaikumsalam prof......" Mereka semua berdiri dan menjawab salam dan kemudian mengambil tempat duduk masing - masing. 

" Ehh Iqbal buat ape ke sini? Ade ape ni?? kamu tersalah kelas ke?" Tanya prof. Sofimah yang melihat kelibta Iqbal yang berdiri di sebelah Aina. Iqbal boleh di lihat dengan jelas apabila kesemua penuntun telah duduk. Prof. Sofimah berusia lebih dari 40 tahun dan memekai gelas mata dan mengenakan baju kurung berwarna biru tua. 

" Tak... saye kesini sebab nak jumpe teman wanita saye..., Aina. Tapi dah selesai prof. Izinkan saye keluar. " Iqbal meminta izin untuk pergi dari situ walaupun prof. Sofimah ibu kepada Joe dan pada kebiasaannya dia memanggil dengan gelaran ' mama Joe. ' Dia tetap memanggilnya dengan gelaran prof. ketika di universiti. 

Dia sebut nama aku pulak... Habislah aku kali ni... Desis Aina di dalm hatinya dan mengeleng. Aina menundukkan kepalanya dengan laju apabila melihat prof. Sofimah tersenyum meilhatnya. Malu! 

Iqbal meluru ke pintu keluar kerana dia tidak mahu menganggu sesi kuliah mereka pada petang hari itu. 

" Iqbal...?" Panggil prof. Sofimah. 

" Yes, prof.? " Iqbal menoleh kebelakang kerana dia membelakangi prof. Sofimah. 

" Kamu ade nampak Joe tak? Dah berkali - kali prof. call tapi tak angkat. Kalau kkamu jumpe nagn dia bagitahu yang prof. nak jumpe dengan dia sekarang. " Terang prof. Sofimah yang risau dengan anak lelakinya. 

" Seingat saye petang ni.. kita orang ade meeting klub skuasy. Mungkin dia sibuk kot.. nanti saye sampaikan pesanan prof. padanya. " Jawapnya dengan sopan 

Aina mendonggakkan kepalanya dan badannya separuh berdiri. Dia mengambil kesempatan melihat adakah Iqbal sudah keluar ke belum. Alhamdulilah.... Aina menarik nafas lega. 




" JOE.. apasal mama Joe cari kau tadi? " Soal Iqbal yang membuat warm - up bola skuasy dan memukulnya ke dinding selama beberapa minit setelah tamat meeting mereka tadi. 

" Sebab dia tak suru aku balik terus.. Dia nak aku singgah kedai beli tepung, gula, serbuk koko, perwarna kuning dan coklat dan..... " Ujar Joe yang memukul bola skuasy kedinding apabila Iqbal memulakna permainan itu. 

" Hah.. ape lagi satu ni? Mampus aku tak ingat... Tak menjadi kueh mama aku nak membuat nanti. " Kata Joe yang cuba untuk mengingati bahan - bahan yang di sebutkan oleh mamanya tadi sehinggakan tidak tertangkap bola skuasy yang di pukul oleh Iqbal. 

" 1 - 0. " Ujar Iqbal dengan senyuman. 

" Woii... mana aci... sekali lagi. " Arah Joe yang mengambil bola yang di berikan oleh Iqbal kepadanya. 

" Ape yang buat kueh jadi kembang ni .. Iq? " Soal Joe yang tercunggap - cunggap untuk mendapatkan bola. Berlari kesana sini mereka berdua. 

" Mentega? " Teka Iqbal. 

" Aa'aahh.. mentega... aku hairan.. ahhh.. bola di depan... tak sempat nak tangkap ahhh.... " Joe cuba untuk menyambut bola tersebut dan memukulnya kedinding tetapi bola tersebut sudah pun gugur di bawah garisan putih. 

" Hairan? Kenape? " Soal Iqbal yang menghayunkan raketnya untuk memukul bola yang di pukul oleh Joe. 

" Kenape.... semua... perempuan.... boleh... ingat ... semua... benda... " Ujar Joe yang semput. 

" Dah.. dah Joe kau tu dahlah semput.. kesian aku tengok... Kang tak pasal pasal mama kau tak jadi buat kueh. " Iqbal memandang Joe. Heiii.. semput... semput pun lulus juga masuk klub skuasy... Tak fit budak ni... Dah memang minatnya Iqbal takut untuk melarangnya. 

" Guys.. giliran kita pula main.. " Kata seorang perempuan yang mendonggakkan kepalanya apabila membuka pintu transparent di gelangang skuasy itu. 

" Give us 20 minutes, Reha.. " Pinta Iqbal. 

" Make it 15 guys.. kita orang tunggu kat luar. " Balas Reha yang setuju dan berlalu dari situ dengan rakan sepermainannya nanti. Iqbal mengangguk tanda setuju. Lima belas minit telah berlalu. Iqbal dan Joe keluar dan mengapai beg sukan mereka. Permainan tadi telah di menangi oleh Joe dengan mata 11 - 4. Mereka hanya sempat pada pusingan yang pertama saja. 

" I will take my revenge on the next match! " Bak kata Iqbal yang berpuar - pura kurang puas dengan keputusannya. Sebetulnya Iqbal memang tidak boleh di lawan dalam permainan skuasy kerana ia adalah makanannya. Tetapi dek simpati dengan Joe yang semput. Iqbal bagi kesenangan untuk menewaskannya. Tetapi hari - hari akan datang aku takkan bagi kelonggaran pada kau Joe! " Desis Iqbal di dalam hatinya. 




********************************** BERSAMBUNG KE BAHAGIAN 27 ************************************ 

Jumaat, 21 Februari 2014

DAN BILA MR.RIGHT TIBA - Bahagian 25

" IQ... kau ade dengar dari Aina tak? Kelmarin Aina habis di gertak oleh orang tua Mia. Kau ingat tak lagi? Budak yang buat fitnah kat Aina tu, Bro. Aku tak lihat dari mata aku sendiri tapi aku dengar budak tu sakit teruk after her boyfriend left her. Teman lelaki dia.. alahh... budak yang pernah buat hal kat kau... kat tangga sekolah. HAriz aku rase namanye... yang lebih menyedihkan lagi Aina di persalahkan atas kondisi Mia yang tengah depressi sekarang." Kata Taufiq yang sedang bermain game playstation 2. Kedua belah tangannya memegang joystick dan telefon bimbitnya di letakkan di bahunya ynag terjongket ke telinganya. 

" What?? Are you serious? Sekarang baru kau bagitahu aku?" Soal Iqbal yang memegang telefon bimbitnya yang berjenama I - phone dengan nada yang terkejut. Hampir tergugur telefon bimbitnya. 

" I'm dead serious, bro. Aku telefon kau pun dah kira baik lah ni... tapi kau marah aku pulak. Aku baru aje dapat informasi ni.. tu pun aku telefon kau as soon as aku dengar fasal hal ni." Taufiq mengelengkan kepalanya. Dia masak dengan perangai Iqbal yang tidak mahu orang yang di cintainya di sakiti. 

" Sorry Taufiq, aku terkejut tadi... dari sape kau tahu ni?" Iqbal pulih dari keadaan terkejut. Tetapi hatinya gundah memikirkan Aina. 

" Dari sumber yang boleh di percayai, Iq." Balas Taufiq. 

" Aina tu.. bukannya nak kasi tau aku... everything... she keeps it to herself.. Aina macamne bro? Dia okay tak? Sumber kau kata ape? " 

" Entahlah... I'm not sure... sorry bro... so, what's your plan?" Tanya Taufiq yang mengaktifkan loud speaker telefon bimbitnya dan menutup television yang berada di hadapannya. 

" Kau ade alamat budak yang sakit tu tak?" 

" Aku rasa.. sumber aku tau, bro.. Kau nak buat ape, Iq?" 

" I say... we pay her a visit.. kau ngan aku.. jumpa parents budak sakit tu.. A.S.A.P." Ujar Iqbal. Biarlah terlalu mengejut perjumpaan mereka nanti yang penting masalah ini selesai. 

" Bila.. bro?" 

" Sekarang.. Aku rasa ada sesuatu perkara yang mereka berdua tidak tahu.. aku ambik kau kat rumah kau, okey?" Ujar Iqbal yang pergi ke almari baju dan menganti bajunya kepada baju V - neck. 

" Sekarang? Haii bro.. demi cinta ke?" 

" I love her, man... I love her so much... " Ujar Iqbal yang mengapai kunci keretanya. 

" Ehemmm... ehemmm..." Kedengaran suara Taufiq yang terdehm di hujung talian. 

" Oh ya... Nanti pembukaan rasmi restoran baru keluarga aku kat Jerudong tu buka.. kau jemputlah sumber kau tu sekali ya? As a thank you from me. Okay bro... I better hang up." Ujar Iqbal yang kini berada di dalam keretanya dan memandu menuju kerumah Taufiq. 



IQBAL dan Taufiq di sambut mesra ketika masuk kedalam rumah kembar milik keluarga Mia. Pada waktu itu mereka duduk berdepanan dengan ibubapa Mia. Ibu Mia memandang Iqbal dan Taufiq dengan penuh tanda tanya. Tertanya - tanya siapakah mereka berdua itu. Mungkin teman - teman Mia dari universitinya? Soalnya di dalam hati. 

" Anak ni sape? Nak ketemu dengan Mia ke? " Soal ibunya yang terlerai dari soalan yang membengung pemikirannya. 

" Bukan makcik... kami datang ni dengan niat baik.. Kami dengar Mia sakit? dan kami datang di sebabkan.. Aina." Ujar Iqbal dengan sesopan yang mungkin walupun dia tidak suka Aina di persalahkan atas kondisi Mia sekarang seperti yang di maklumkan oleh Taufiq kepadanya sebentar tadi. Ibu Mia mendengus nafas yang kuat apabila mendengar nama Aina di sebut. 

" Kamu teman - teman si Aina tu? Makcik ingin sampaikan satu pesanan kepada kamu. Hindari budak tu.. budak Aina tu tak baik... Lihat.. apa yang dia buat pada anak makcik." Ujar ibu Mia dengan nada yang marah. 

" Ji.... tak baik kata macam tu." Tepis suaminya. Kurang setuju dengan apa yang di keluarkan dari mulut isterinya barusan. 

" Ape pulak tak elok, bang? Memang Aina budak tak baik kan? Yang abang peduli sangat dengan Aina ni, kenape? Cuba abang tengaok kondisi anak kita tu bang... Sedih Ji tengok.. Aina yang rampas Hariz dari Mia..bang.. kalau perkara ini tak berlaku Mia tak sakit! Agaknya si Aina tu tak ade teman lelaki kot tu lah fasal sampai sanggup rampas teman lelaki orang." Ujar Ibu Mia yang dalam keadaan berang. Ternyata dugaan Iqbal benar belaka sepertinya ibu Mia tidak mengetahui kisah lalu Aina. Bukan Aina yang merampas Hariz dari Mia tetapi sebaliknya. 

" Cukup Ji...! " Jerit suaminya secara tiba - tiba.Isterinya terkesima melihat suaminya yang sedang dalam keadaan marah. Suaminya tidak pernah meninggikan suara kepadanya sebelum ini. 

" Abang muak dengan semua karenah Ji... Perkara ini sudah lam abang pendam dan tak sanggup untuk abang pendamkannya lagi.Mia yang sebenarnya merampas Hariz dari Aina. Ya? Bukan seperti yang Ji fikirkan sebelum ni kan? Abang dapat tahu dari Haji Zamani, bapa kepada Aina yang budak Hariz tu sudah lama berteman dengan Aina. Ini yang membuatkan abang membuat konklusi sendiri. Aina dengan Hari pernah bercinta! Tetapi setelah abang selidiki dari Haji Zamani dengan lanjut memang benar Ji... Memang benar dugaan abang.Abang kecewa denga Ji... abang tahu Mia tu anak kita.. walaupun dia anak kita bukannya kita boleh sewenang - wenangnya salahkan orang lain. Aina budak yang baik, Ji. Abang mohon kepada Ji... Tolong buka mata Ji itu." Balas bapa Mia di sebelah ibu Mia. Sebagai seorang suami di harus bersuara. Ibu Mia mengigit bibirnya tidak mampu untuk bersuara. 

" Makcik.... pakcik... " Tegur Taufiq. Takut nanti ibubapa Mia bergduh besar. Iqbal memegang lengan Taufiq dan mengelengkan kepalanya. 

" Aina tidak salah makcik... saya yakin Aina tidak salah.. Dulu Aina pernah serahkan insan yang di cintainya kepada Mia. Insan yang bertahun - tahun yang dikenalinya dan di cintainya. Aina sanggup berkorban demi kebahagiaan Mia dan Hariz. Insan mana yang mampu buat macam tu? Aina seorang gadis yang tabah, lucu, penyabar, comel dan penyayang tetapi Aina bukan seorang perampas. Mia telah berbuat jahat kepada Aina, makcik tetapi Aina tak pernah membalasnya walaupun sekali. Aina seorang sahabat yang baik, makcik. Mia sakit bukan di kehendaknya dan bukan di sebabkan Aina. " Iqbal meluahkan perasaannya kepada ibu Mia. Iqbal kelihatan matang sekali ketika menyampaikannya walaupun ada sedikit cemburu bila di sebut nama Hariz. Mata ibu Mia kelihatan merah sepertinya hendak menangis. 

" Jadi.... Ja..di.. semua ni betul? Mia yang rampas Hariz dari Aina dahulu? " Soal ibu Mia. Sukar untuknya menerima kenyataan. Taufiq memandang Iqbal kemudian mengangguk laju kepada ibu Mia. 

" Ampunkan Ji bang... Ji betul betul tak sangka Mia sanggup buat macam tu. " Katanya lagi. Ibu Mia menangis di pangkuan suaminya. Suaminya mengangguk perlahan dan beransur pulih dari keadaan marah. 

" Abang pun nak minta maaf dengan Ji... mungkin abang terlalu lembut mengajar anak kita. " Ujar bapa Mia. Iqbal dan Taufiq tersenyum. Rasa lega kerana pemasalahan ini sudah selesai. 

" Maaf ya nak.. pakcik dan makcik tidak terniat pun perkara ini berlaku. " Ujar bapa Mia yang tiba - tiba teringatkan mereka ada tetamu. Seraya kedua sahabat itu mengangguk dengan laju. 

" Hmmm.. Nama kamu ape? Seingat pakcik.. kamu belum lagi memperkenalkan diri kamu." Katanya lagi. 

" Taufiq." Taufiq memperkenalkan dirinya. 

" Kamu? " Soal ibu Mia yang menyeka airmatanya kepada Iqbal dengan separuh senyuman.

" Saya... Iqbal. Teman lelaki Aina. " 



AINA memerhatikan Mary yang asyik mentelaah bukunya. Tiada lagi telefon bimbit di tangannya. Baguslah.. Mary dah insaf dari menghabiskan masanya dengan telefon bimbitnya. Dah berminggu - minggu Aina perhatikan Mary selalu saja bermain dengan telefon bimbitnya. Tersenyum - senyum dan ketawa seorang diri. Takkan gila kot? Kalau gila aku sembur Mary nanti dengan air bacaan yasin. Pelik.... mungkin angau juga. Asyik berangan dan lewat masuk tidur. Pernah sekali Aina dibuai mimpi yang indah tiba - tiba telefon bimbit Mary berbunyi pada ketika dia sedang beradu. Hish.. kalau kejadian yang ' menyeronokkan ' itu berlaku lagi akan aku buang telefon bimbitny itu jauh... jauh... tersangat jauh.. sangat... sangat... aku kata ape tadi? 

" Phewittt.... " Aina mengorat Mary yang sibuk membaca buku. Mary tidak mempunyai masa untuk melayannya. 

" Adik manis... boleh kenalan? " Gurau Aina. 

" Tut... tut... nombor yang awda dail tidak dapt di hubungi. Sila cuba sebentar lagi. " Balas Mary tetapi matanya tidak memandang Aina. 

" 8484.. aku tekan tekan tak dapat.. ape punya operator." Aina melakonkan jejamrinya dengan bentuk telefon. 

" Tet.. salah teka. Operator sedang sibuk untuk menjana masa depan nanti. " 

" Oppss.. patutlah tak dapat.. Mary..." Ujar Aina yang melabuhkan punggungnya di katil Mary. Mary menolehnya. Tetapi pada masa yang sama Aina hendak mengeluarkan suara telefon bimbit Mary berbunyi. 

" Mary... aku ingat kau dah insaf dari bertasbih dengan telefon bimbit kau... kau ni.. dah lah tu.. ujian dah nak dekat... Kau masih tak serius lagi. " Ujar Aina apabila melihat Mary yang sedang sibuk menekan keypadnya. Mary tersengih - sengih bagai kerang busuk dan kembali meletakkan telefon bimbitnya di dalam laci. 

Hishh.. masih nak main - mainkan.. orang kata ni bukan untuk bermanis mulut tapi untuk masa depan kau juga sahabat ku yang tercinta, Dang Kesum. Sekejap lagi mula lah berbunyi lagi telefon bimbit dia. Entah mamat mana yang menghantar SMS kat dia sampai tersenyum - senyum hingga ke tahap cerita cinta hindustan 

Tiba - tiba telefon bimbit Mary berbunyi lagi. 

Hah! Kan aku dah kata.. mesti berbunyi punye.. siap - siaplah kau, Dang Kesum! 

" Aina.. telefon bimbit kau berbunyi tu. Tak nak jawap? "Mary menuding jarinya kearah telefon bimbit Aina. Kali ini Aina yang tersengih - sengih bagai kerang busuk. 

Lahhh... Tak jadi nak marah.. telefon bimbit aku rupanya.. sesungguhnya kemarahan ku itu tertangguh. 

You have 1 new message 

Assalammualaikum... Nur Aina Muslihah, mulai hari ni pada jam 3 petang, hari jumaat. Awak dengan rasminya menjadi teman wanita saya. It's not a question.Jangan membantah. Bye! 

Hah? Gila ke ape dia ni...? Teman wanita? Hampir terduduk Aina pada ketika membaca SMS dari Iqbal itu. Aina cuba untuk membalas mesej tersebut tetapi tidak di jawap kerana telefon bimbit Iqbal senghaja Iqbal matikan. Mary bengang melihat Aina yang kalut. 

Aku tak nak.... aku tak nak.... ! Tetapi di sudut hati wanitanya menjerit, ' Yahooo....! ' 



********************************* BERSAMBUNG KE BAHAGIAN 26 ************************************