Jumaat, 21 Februari 2014

DAN BILA MR.RIGHT TIBA - Bahagian 5

" Kumpulan yang pertama sampai adalah dari kumpulan... Iqbal..!" Jerit salah seorang senior yang berada di garisan penamat. " Tahniah... Sila masuk ke dalam dewan bagi menikmati hidangan yang telah di sediakan oleh kami dan saye harap junior tidak akan mengambil kesempatan ini untuk pulang kerana majlis penyampaian cenderahati akan berlangsung sebentar lagi. "
" Yess! We won! I am so proud of you all.. We did our best and we've defeated other teams as well. Job well- done people. " Ujar Iqbal yang menepuk bahu salah seorang junior lelaki iaitu team - mate Aina.

10 minit kemudian. Kumpulan yang kedua sampai ialah dari kumpulan Syafiq. Di ikuti pula oleh kumpulan Yana, Joe, Zakiyah, Dee, Azrina, Taufiq. Kemudiannya dari kumpulan Wan Saifullah, Putri, Marliza rahim, Nur Arni, Hajah Aqidah, Haziq, Brandon, Rabiatul. Dan yang penghabisan ialah dari kumpulan Khadijah. Dari jauh lagi Aina dapat melihat Mia yang berjalan seperti kucing manja yang inginkan perhatian dengan seluar sukannya yang ketat itu.

" Kan aku dah kata... Tak best leader perempuan... Lelaki lagi best... Gagah, berani, perkasa dan handsome.. " Kata Mia dengan gaya yang tergedik - gedik dengan matanya memandang kearah Iqbal ketika menyebut perkataan handsome tu.

" Aina...! " Tegur Mary.
" Tahniah beb... Team kau dapat nombor satu.. Walaupun team aku dapat nombor lapan. Aku bahagia sebab aku seronok buat challenges dan jumpe kawan baru tadi. Kau pandang... Mia ke beb? "
" Hah? Mana ade aku pandang Mia.. Aku pandang kereta Nissan Fairlady 370 z colour hitam tu lahh.. Rugged and cool lahh... Sape punya hah? Kereta idaman aku tuu beb... " Bohong Aina.
" Kau pandang fairlady atau cruel lady? " Soal Mary.

Alamak! Kantoi.. Kata Aina di dalam hati. " Takk... betul ni... Aku memang tengok kereta tu. kau tahu kan aku minat kereta tu sejak azali lagi... "
" Kereta...? Ooo... Kereta tu.. Aku pun minat. Aku harap suatu hari nanti... Aku akan dapat beli kereta exactly macam tu. Kalau aku ada kereta tu... Kau nak naik tak? Since kau pun minat fairlady. " Kata seseorang secara tiba - tiba.

Aikkk bukan tadi dia disitu ke? Kau ade kuasa time - travel macam Hiro Nakamura dalam filem Hero ke pokcik Hulk?
" Kau lagi... Ape kau nak..? Rantai aku mana? soal Aina.
" Nahhh... " Iqbal mengeluarkan rantai tersebut dan membagi kepada Aina.
" Aku nak ucap congratulations fasal dapat harungi penyakit gayat kau pun nak melenting kat aku. Errr.. Kau nak naik tak kalau aku ada kereta macam tu? " Tanya Iqbal lagi.
" Mauuu... Tapi aku nak kereta yang sebijik macam tu dengan plat lesennya sekali BAA 5555... " Jawab Aina dengan selamba.
" Ehemm... Ehemm.. Aku pun nak juga.. " Kata Taufiq sambil menghampiri mereka dan Mary hanya mendiamkan diri sejak tadi... Pelik bin Ajaib. Kemudiannya Iqbal tersengih - sengih.

Perbualan itu terhenti apabila datang dua orang perempuan junior mendekati Taufiq.

" Abang Taufiq.. Boleh saye minta phone number abang tak? " Tanyanya dengan malu.
" Maaflah dik.. Abang tak kasi number abang kat orang yang baru abang kenal. Terus terang abang katakan... Contact list abang hanya ade number kawan - kawan dan family abang je.. Abang minta maaf banyak - banyak. "
" Takpe lahh.. " Balasnya dengan nada kecewa dan mereka berlalu dari situ. Banyaknya fans mereka. Tak sangka aku!

" AINA akhirnya datang juga kau ke majlis pertunangan abang aku ni... Terima kasih lah banyak - banyak.. Kau tumpang tidor di rumah aku ya? Esok pagi aku hantar kau balik uni. Cuti aku ade satu hari lagi ni. Kalau kau jadi tidor kat sini nanti aku sms Hanim suruh bagitahu kat warden. Kau tidor kat sini lahhh please.. please..." pujuk Mary dengan matanya yang berkelip - kelip ketika memujuk Aina.
Majlisnya tidak dibuat besar - besaran. Cuma ahli keluarga yang terdekat sahaja yang di jemput. Tetapi tetap juga meriah dengan karaoke yang di adakan dan kanak - kanak yang berlari - larian. Kini Aina dan Mary sedang menyuci bekas - bekas yang berada di luar dapur rumah Mary.
" Yelahhh.. yelahhh.. Mak nenek membebel aje dari tadi..." Balas Aina.
" Aina.. ape story kau dengan Hariz? Hari tu kau masuk ke dalam kelas dengan mata yang merah. Nasib baiklah Prof. Nazmi tak tanye aku. Kau kan student kesayangan dia. Kalau dia tanya aku... ape aku nak jawab?  Sebab kau lepas kupas bawang ke? " Bebelnya lagi.
" Mana ade.. Aku hentak kau dengan kuali ni kang baru kau tahu.." Marah Aina yang sedang menyuci kuali didalam besen besar yang berisikan air itu.
" Garangnya minah ni.. Takut aku." komen Mary.
" Tapi betul ape.. Aku lihat Prof. Nazmi tu asyik pandang kau aje.. Aku rase di ade hati dengan kau lah Aina...Kau jangan Aina.. Aku tau lah Prof. Nazmi tu belum kahwin dan lagi bergaya.. Tapi tak elok student bercinta dengan guru. Jadi bahan bualan orang.. Kau tahu tak.." Kata Mary yang masih membebel.
" Hoiii... " Sergah Mary ketika melihat Aina mengelamun.
" Kau ni.. Ade ke patut nak gandingkan aku dengan prof. tu. Dah habis ke lelaki di dalam dunia ni kau nak gandingkan dengan aku? Prof. tu tak lebih dari abang aku, tahu. Dia bukan minat kat aku tapi dia minat dengan prestasi pembelajaran aku lahhh..."
" Habis.. Kau nak sape? Iqbal ke?"
" Gila kau...!" Aina menyiram Mary dengan air.
" Astaghfirullahalazim... Dah oiii.. Anak dara ni.. Baru satu aku suruh kamu. Habis dapur aku kamu dekorasi. Ape basah - basah ni, Siti? " Soal puan Fatimah ketika melihat anaknya yang basah kuyup.
" Ni hah... Aina yang siram Siti..." Jawab Mary yang berpura - pura membuat muka sedih. Aina yang berhampiran dengan singki tersengih - sengih ketika namanya disebut.
" Aina... Terima kasih lah nak.. sebab tolong Makcik ya. Mak cik tak larat lagi nak buat kerja dapur ni sorang - sorang. Ni hah.. kaki makcik dah tah kuat lagi..." Kata Puan Fatimah. Aina mengangguk dan mengukir sebuah senyuman yang manis.
" Kamu bila nak cari jodoh? Perempuan cantik macam kamu tak ada yang nak?" Soal Puan Fatimah kepada Aina.
Alamak..... jodoh? Mak Mary ni kesitu pulak.
" Yelahh... Jodoh ni kena sentiasa di cari. Kalau kamu tunggu takkan sampai punya.. Tapi kita kena ingat kita perlu berdoa agar di kurniakan dengan jodoh yang di redhai oleh ALLAH S.W.T dan berserah kepada ketentuan- NYA." Ujar mak Mary dengan panjang lebar. Tapi betul juga tu kena sentiasa di cari... Mary yang mengeringkan bajunya tersenyum - senyum dan membagi isyarat ' Bagus.. Baru kau tahu Puan Fatimah ni sape '
" Aina yang jual mahal mak.. Dah ade orang yang nak.. Tapi dia tak layan.." Mary menyampuk perbualan itu. Eeeee... Aku hentak bebetul si Mary ni kang dengan kuali ni... " Desis Aina.
" Bukan Aina aje, Siti.. Kamu juga.. Bila kamu nak bawa kekasih hati kamu dengan mak? " Soal Puan Fatimah.
" Siti single lah mak...." Mary memucungkan bibirnya apabila soalan itu di ajukan kepadanya. Baru kau tahu.. Aku taulah itu sape.. itu mak kau kan.. hua hua hua.. Gelak Aina di dalam hati.

*********************************   BERSAMBUNG KE BAHAGIAN 6 ************************************

Tiada ulasan:

Catat Ulasan