Jumaat, 21 Februari 2014

DAN BILA MR.RIGHT TIBA - Bahagian 20

 " BRO, kau rasa kita patut proceed dengan rancangan tu ke? " Soal Joe yang duduk di bawah pondok taman milik umi Iqbal kepada Taufiq yang duduk bersebelahan dengannya. 
" Kau rasa ape? " Soal Taufiq kembali kepada Joe. 
" Aku tanye kau lah, bro. Yang kau tanya aku pulak. Ape kes? " Jawab Joe. 
" Entahlah.. Aku okay aje... cuma aku nak dengar perbualan Iqbal dan Aina. Iqbal tu bukannye kau tak tahu. Sampai sekarang ni dua merpati sejoli tu... Aku pun tak tau lah. Nak kata special boyfriend girlfriend pun tak.. " Ujar Taufiq yang kelihatan agak bingung. 
" Aku pun fikir macam tu jugak. Nape lah Iqbal belum propose Aina? " Tanya Joe yang mengaru kepalanya. Taufiq menundukkan kepalanya seperti sedang memikirkan sesuatu. 
" Adik kau, Syafiq mana? Kita kongsi idea ngan dia. Manalah tau idea Syafiq lagi bernas dan bermutu." Kata Joe yang tidak nampak kelibat Syafiq dari tadi. 
" Kat dalam. Tengah menimba ilmu dalam perpustakaan mini. " Jawab Taufiq yang tersenyum. Adik kembarnya, Syafiq memang seorang ulat buku. 
" Ermm... bro, macam ni lah.. we carry on with the plan... Tak payah fikir panjang. Serabut kepala aku ni hah. " Kata Joe yang mengambil gelas berisi air orange juice di atas meja dan meminumnya. 
" Sabar... sabar.. nanti dulu. Cuba recall balik plan kau....? " Pinta Taufiq. 
" Cam ni... kita semua masuk dalam ruang tamu ke dua tapi make sure Iqbal dan Aina ade sekali and have no idea what we have in store for them. After that.. we make our own excuses to go out. Iqbal dan Aina keluarkan perasaan mereka from heart to heart. Iqbal propose Aina jadi makwenye.. and then phewitt.. Happy ending, bro! " Terang Joe dengan gembira. 
" Hopefully menjadi bro. Aku harap Iqbal selesa meluahkan perasaan cintanye kepada Aina kat rumah sendiri. Tapi Joe.. aku benar - benar nak dengar perbualan mereka. " Ujar Taufiq yang memandang Joe tanpa berkelip. 
" I know... " Jawab Joe yang muram. 
" I think I can help you with that.. " Kata Kaliyshah yang tiba - tiba saja berada di hadapan mereka dan memegang sesuatu di tangannya. 
" These are digital wireless video baby monitor dengan audio sekali. Isya punye masa Isya masih baby dulu. Umi sayang nak buang benda ni sebab umi beli kat Scotland. So.. Isya simpanlah. Kalau tak silap Isya.. dulu model ni yang paling canggih sekali. Boleh tangkap suara jarak 3 kaki. Moreover.. videonye ada colour not black and white. " Kata Kaliyshah yang memandang Taufiq dan Joe. Pasti Kaliyshah menangkap perbualan mereka sebentar tadi. 
" Maksud Isya... kita sorok salah satu ni dalam ruang tamu ke dua. Isya pun nak abang Iq dan kak Aina jadi pasangan kekasih. " Kata Kaliyshah yang tersenyum lebar. 
" Brilliant! " Jerit Taufiq. 
" Isya tau tak? Isya lah penyelamat abang Taufiq dan abang Joe. " Kata Joe dengan girang dan memeluk Kaliyshah. 
" Tau... " Ujar Kaliyshah di ikuti dengan tawa yang kecil. Kemudian, mereka semua ketawa. Mereka berharap rancangan mereka membuahkan hasil. 


JAM menunjukkan pada pukul 8 malam. Tuan haji Abdullah Timothy dan isterinya, Puan Afifah sekarang tiada dirumah bagi menguruskan keperluan restoran De' Kaliyshah yang baru di bina hampir kawasan Jerudong. Kini Iqbal, Aina, Taufiq dan Joe sedang menonton TV. Kaliyshah berada di dalam biliknya dengan posisi tangannya memegang salah satu dari digital wireless video/audio baby monitor. 

" Argghhh.. berat mata aku ni. Mengantuk sangat! Aku pergi ambil angin kat taman jap. " Ujar Joe yang berpura - pura menguap. Iqbal mengangguk dan Aina menghadiahkan senyuman. 

" Ehh... izinkan aku pergi tandas. " Kata Taufiq dengan alasan yang di rekanya setelah lima minit Joe keluar. 
" Taufiq, ceta ni dah nak habis ni. Time macam ni pulak kau nak ke tandas? " Soal Iqbal. 
" Aku pergi kejap je bro.. " Balas Taufiq yang sudah keluar dari ruang tamu yang ke dua. Taufiq sepantas kilat melihat adik kembarnya, Syafiq yang masih lagi di dalam perpustakaan mini yang berada di sebelah ruang tamu yang ke dua dan pintunya terbuka luas. Taufiq menuju ke bilik tidur Kaliyshah yang berada di tingkat dua. Di situ Joe dan Kaliyshah sedang menunggu Taufiq. Mereka memerhatikan baby monitor yang di pegang Kaliyshah. 
" Joe, ade ape - ape perkembangan tak? " Soal Taufiq. 
" Belum lagi.. Isya besarkan sikit volume baby monitor tu. " Kata Joe. Kaliyshah mengangguk tanda mengerti. 

Iqbal dan Aina hanya mendiamkan diri sejak dari tadi. Iqbal kemudiannya bersuara. 

" Aina... Iq nak tanye soalan, boleh? " Soal Iqbal yang duduk tidak jauh darinya. 
" Dipersilakan... " Ujar Aina yang memeluk bantal kecil. 
" Kenape panggil Iq dengan gelaran Hulk? " Tanya Iqbal yang ingin tahu mengapa Aina suka memanggilnya dengan gelaran itu. 
" Sebab... kalau kau marah.. Muka kau jadi hijau. Dah tak macho dah.. " Balas Aina. Iqbal tertawa. 

" Err.. masa first kita jumpa dulu. Kes gaduh seat. Masa tu kan belakang kelas ada dua seat available. Kenapa Aina pilih seat Iq instead of Syafiq's? " Soal Iqbal lagi. 
" Entahlah... pada masa tu kan.. seat tu panggil aku. ' Aina... mari duduk kat sini. Duduk lah... ' lebih kurang macam tu lah. " Gurau Aina. Mereka berdua tergelak. 


" Boleh dengar tak? Dorang kata ape hah? " Soal Joe yang mendengar perbualan Iqbal dan Aina melalui baby monitor di tingkat atas bersama dengan Kaliyshah dan Taufiq. 
" Laah... fasal kerusi pulak. " Ujar Taufiq. 
" Ape lah abang Iq ni... " Komen Kaliyshah pulak. 


" Aina... kalau Iq propose Aina jadi... " Tanya Iqbal yang langsung tidak mengetahui perbualan mereka di dengar di atas. Mata Aina berkelip memandang Iqbal menunggu ucapan seterusnya. 



" Say girlfriend. Please.. Say girlfriend! " Jerit Joe, Taufiq dan Kaliyshah yang berada di tingkat atas yang mendengar perbualan mereka secara rahsia. 


Belum sempat Iqbal meneruskan kata - katanya. Seseorang telah masuk dan bersuara. 
" Ya ALLAH, buat ape korang berdua di sini? Korang tau tak? Berdua macam ni boleh menimbulkan fitnah dan prasangka buruk. Lagi satu berdua macam ni tanpa ikatan yang sah syaitan takkan segan - segan menghasut kepada benda yang tak elok." Nasihat Syafiq yang kini duduk berdepanan dengan Iqbal. Mereka tersengih - sengih. 


" Suara sape sebut fitnah ni ah? " Tanya Joe. 
" Syafiq... " Balas Taufiq dengan geram. 
" Abang Syafiq... " Ujar Kaliyshah yang kecewa. 

******** BERSAMBUNG KE BAHAGIAN 21 ******** 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan