Jumaat, 21 Februari 2014

DAN BILA MR.RIGHT TIBA - Bahagian 7

" HARIZ, kau nak ape lagi? Aku nak masuk kelas lah... I'm late. " Kata Aina yang berlari menuju tangga. Aina merasa geram apabila Hariz mengikutinya dari tadi.
" Aina... Tunggulah kejap I nak cakap sesuatu dengan you ni... Aina..! " Jerit Hariz yang terus berlari mengejar Aina.
" We need to talk... Aina please wait..!" Jerit Hariz lagi.
" Aku takde masa... Aku dah lewat. " Huh! Malas aku nak layan kau lahhh... Aku takde kelas... Sebenarnye aku nak pergi canteen. Lapar aku tengok muka kau... Jeling Aina pada Hariz.
" Kedebuuukkk.... "

Tiba - tiba muka Aina yang mulus itu terhantuk pada badan seseorang. Tu lahh kau tak pandang depan... Tipu lagi orang... Kan dah terima padahnya ni...

" Adoiii... Sakitlah bengap.. Kenape kau tak tengok jalan..? Adusss sakitnye... Kau ni makan besi ke? Dah lah badan macam wolverine... " Kata Aina sambil mengurut mukanya yang sakit itu. Kemudian dia memandang kearah orang yang empunya badan itu. Iqbal...???
" Aina, are you okay? Tanya Hariz yang agak risau dan mendekati Aina.
" Mari I tengok muka you. " Ujar Hariz. Tetapi Aina menepis dengan pantas tangan Hariz yang tak bertauliah itu.
" Kau yang tak tengok jalan. Aku pulak yang salah." Kata Iqbal dengan nada yang amat serius apabila pandangannya beralih kepada Hariz. Syafiq, Taufiq dan Joe hanya memerhatikan mereka dari jauh.
" Kalau bercinta sekalipun janganlah sampai tak ingat dunia... Lupa pandang depan, belakang, kiri dan kanan. Habis aku kau langgar... " Marah Iqbal. Cemburu ke dia?
" Ehh... Aku tak kenal dengan mamat di belakang aku ni. For your info, aku tak layan cinta...! Cinta itu memusnahkan aku! Aku benci cinta...! " Ujar Aina dan menunjuk dada Hariz.
" Ehh budak... Kalau kau tak layan cinta tapi kenape kau layan jugak mamat sebelah kau tu...? " Iqbal memandang Hariz yang kini berada di sebelah Aina dengan perasaan yang berbaur cemburu.
" Who are you? Suka hati je panggil Aina ni budak. " Soal Hariz dengan nada yang meninggi.
" Kau student business bukan? Patutlah berlagak semacam. " Kata Hariz dengan bunyi yang agak menyindir di situ. Iqbal yang berdiri di hadapan mereka dari tadi merasa geram dengan ucapan Hariz. Secara tiba - tiba Iqbal menarik kolar depan baju kemeja Hariz.
" Ehhh bodoh... Aku ke kau yang berlagak ni hah? " Kuat kedengaran suara Iqbal ketika melafazkan ayat itu. Hariz pada masa yang sama berusaha merengangkan pautan kuat Iqbal yang menarik kolar bajunya.
" Bro... What's the matter? Ape gaduh - gaduh ni? Sudah lah Iq, lepaskan dia.. Semua orang tengok kite... " Ujar Joe ketika melihat pergaduhan itu dari jauh. Syafiq dan Taufiq kini belakang Joe. Iqbal mengeluarkan hembusan nafas yang kuat dan melepaskan pautan tersebut apabila Joe berjaya menasihatinya.
" Sudahh... Aku nak pergi dari sini.. Stress..! Dan kau, Hariz jangan ikut aku lagi. Faham! " Kata Aina yang menyeka airmatanya. Lalu pergi meninggalkan Iqbal. Hariz memandang Iqbal dari jauh dengan pandangan ' nanti kau ' dan tetap juga mengejar Aina.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


" BRO... Apahal tadi tu? Betul ke ape yang aku lihat tadi tu? Aina menangis? " Tanya Syafiq yang agak terkejut dengan situasi itu apabila dia dan rakan - rakan lainnya mendekati Iqbal dengan dulang yang berisi makanan. Iqbal hanya termenung di meja kantin uni dengan fikiran yang tidak tenteram dan bersalah. Pelbagai soalan timbul di mindanya. Dia ke Hariz? Kenape kau ni Iqbal? Kau cemburu ke? Tak...! Aku tak cemburu.. Ya, kau memang cemburukan Hariz dengan Aina. Kau cinta diakan? Aku tak cinta dia... Kau cinta dia, Iqbal...! Sampai bila kau nak pendamkan perasaan kau tu..? Kau tak boleh menafikannya lagi yang hati mu sudah terpaut pada Aina.
" Earth to Iqbal Hamim... " Kata Joe sambil memetik jarinya apabila melihat Iqbal yang sedang mengelamun.
" Errr what...? " Soal Iqbal dengan mengangkat mukanya dan memandang Joe.
" Kau ke mana tadi? Day dreaming ke? " Tanya Taufiq.
" Tak patut... Ni dah masuk afternoon lah brother. Lagipun tak baik mengelamun macam ni... Buang masa aje.. Islam juga melarang umatnya daripada melakukan benda - benda yang tak berfaedah dan dreaming ni salah satu darinya... " Tegur Syafiq. Mereka semua tersengih - sengih dengan si ulat buku ni. Sungguh beriman.
" Aku.... confused... lahhh... dengan... " Balas Iqbal yang mengurut dahinya.
" Dengan apa?" Gertak Joe yang menghentak meja makan mereka.
" Dengan morning dan afternoon....! " Iqbal menjawab dengan terkejut sakan.
" HAHAHAHAHA.... Morning tu pagi bro dan afternoon tu petang. " Jawab Joe dengan tawa.
" Breakfast ngan dinner kau tau tak ni? Kalau tak tau aku tolong kau. " Usik Taufiq yang sedang menahan ketawanya. Pecah ketawa tiga jejaka popular tu. Habis satu kantin bergegar dengan tawa mereka. Aku rasa kau dah mabok cinta lahh, Iq... Kata Taufiq didalam hatinya sambil tersenyum.


*************************************BERSAMBUNG KE BAHAGIAN 8**********************************

Tiada ulasan:

Catat Ulasan