Jumaat, 21 Februari 2014

DAN BILA MR.RIGHT TIBA - Bahagian 21

AINA melabuhkan punggungnya di atas katil di dalam bilik tidur sahabat karibnya, Mary. Telah menjadi kebiasaan jika Aina pergi ke rumah Mary, bilik tidur Mary adalah tempat mereka mengadakan mesyuarat. 

" Phewit... Makin cantik aku tengok bilik kau ni, Mary. Kau ganti langsir baru ke? " Soal Aina yang memantau bilik tidur Mary yang baru di ubah suai. 
" Langsir lama, beb.. Cat bilik aku je yang baru. Light blue, my favourite.. " Balas Mary yang tersenyum. Aina berjalan ke arah langsir dan memegangnya lalu matanya melihat pada pemandangan luar bilik Mary. 
" Beb... Aku nak tanye kau satu soalan.. boleh tak? " Tanya Mary. Aina tidak menunjukkan sebarang reaksi. 
" Jika Hariz ingin kau jadi teman hidupnya.. Kau kembali kepada Hariz? " Tanya Mary yang memandang Aina. Tetapi Aina tidak membalasnya bahkan Aina masih lagi memandang di luar jendela. 
" Aina! " Jerit Mary. 
" Cantik pemandangan luar bilik kau ni, ya. " Balas Aina dan membiarkan saja soalan Mary tanpa membagi sebarang jawapan. 
" Apa sebenarnye hubungan kau dengan Iqbal? " Soal Mary lagi. 
" Hish.. Kita hanya kawan.. tak lebih dari itu. Kau pernah tanye aku soalan ni. Tak serik - serik ke? Iqbal tu asyik pegang - pegang aku je. Bukan kita pernah belajar kat sekolah ugama dulu ke? Bersentuhan kulit yang bukan mahram kita hukumnya haram yakni berdosa. Lagi satu Iqbal tu asyik datang rumah aku je sepanjang cuti semester ni. Mama dan abah aku sukalah dia ade kat rumah.. Iqbal apa lagi tolong mama dan abah aku buat itulah.. inilah. " Balas Aina yang mengurut dahinya perlahan. Mary mengapai telefon bimbitnya dan menekan sesuatu. 

To: My love 
Assalammualaikum.. You, Aina jatuh cinta dengan Iqbal!!! 

Aina kemudiannya memandang teddy bear me to you yang comel bertulis perkataan ' I love you ' dan memegangnya. 

" Comel... Kau beli ke? " Soal Aina. 
" Laa.. tak kan aku curi kot. Someone special gave it to me lah.." Kata Mary sambil melirikkan matanya. 
" Special? Maksud kau? Teman lelaki? Aku kenal ke? " Soal Aina yang bertubi - tubi. 
" Lebih kurang macam tu lah... " Jawab Mary yang bersahaja. 
" Lebih kurang aje? Dengan sape? " Soal Aina. Mary tersenyum malu dan tiba - tiba telefon bimbit Mary berbunyi. Lalu, Mary mengapainya dan membuka pesanan ringkas yang baru masuk. Aina yang ingin tahu dari siapa pesanan ringkas itu mengambil kesempatan untuk mengintai di belakang Mary tanpa disedari olehnya. Aina membaca pesanan ringkas tersebut di dalam hatinya. 

You have 1 new message. 

From: My love 

Waalaikumsalam... I know. Esok kita nikahkan aje mereka berdua.. Hehe. I miss you. Jangan lupa lusa kita ada lunch date. 


I miss you? Sape my love ni hah? Lunch date? Biar betul..Mary ade teman lelaki ke? Biar betul betul... 

" Hoi! Buat gossip dalam SMS pulak. Tak elok! Anyway sape kau gossipkan tu? " Tanya Aina yang menayangkan giginya. Mary ingin menjawabnya tapi Aina berkata. 
" Astaghfirullahalazim.. Tak jadi. Tak jadi.. Aku tak nak. Gossip tu berdosa. " Bentak Aina secara tiba - tiba. 

" Hmm... ikut suka kau lah. " Ujar Mary. 
" Kau bercinta dengan sape? Dengan Rafi yang selalu pakai beg besar warna merah tu kan? " Soal Aina. Tetapi Mary yang geli hati dengan jawapan Aina ketawa besar. 

" Bukan lah! " Tepis Mary. 
" Habis tu sape? " 
" Adelah tu... " Jawab Mary dengan sape. 
" Tapi dengan sape? " Soal Aina yang mengoncang badan Mary. 
" Adelah... " Kata Mary yang mengenyitkan matanya. 
" Mary! Baik kau kasi tau aku sebelum aku cekik kau! " Jerit Aina. 
" Cekik lah aku tak takut. Aku ade prince charming. " Mary menjelirkan lidahnya. 
" Tak ape.. Tak ape. Suatu hari rahsia kau akan terbongkar jugak. " Aina menjeling pada Mary yang sedang memeluk teddy bear pemberian kekasih hatinya. 


" MAMA... tak larat masak buat makan tengah hari ni, Aina. Hari ni kamu je lah yang masak, ya? Isi ayam ade kat dapur tu. Pandai - pandai kamu masak. Masak yang senang aje. " Ujar Puan Syairah yang mengurut kakinya yang penat. 
" Alah ma... Aina nak mama yang masak.. Kat asrama Aina asyik makan mee segera aje. Dah lah malam - malam asyik termimpi - mimpi aje masakan mama. " Kata Aina yang menjuihkan bibirnya. 
" Ehh... budak ni.. Orang tua sakit bukannye dia nak bagi belas kasihan. Nak seksa mama adalah.. Kamu aje masak.. bawa Iqbal pergi dapur sekali. Tolong kamu masak. Boleh ya nak? Makcik letih maklumlah dah tua..." Ujar Puan Syairah, wanita yang berumur 52 tahun itu mengajukan soalan kepada Iqbal yang duduk mendengar perbualan mereka. 

" Tak ape mama... Chef Iqbal sedia membantu. Chef Aina pergi masuk dapur sekarang.. " Arah Iqbal dengan senyuman mesra. Aina menangkat kirainya di sebelah kiri. 

Mama? Iqbal ni buat lawak bukannye bertepis. Aku gulai kau nanti baru kau tahu. Omel Aina di dalam hatinya dan melangkah pergi ke dapur. Di ikuti pula dengan Iqbal di belakangnya. Aina memusingkan badannya untuk mencuit perut Iqbal. Iqbal ketawa perlahan. 
" Mama... mama.. sejak bila aku kahwin dengan kau? " Marah Aina. 
" Aina boleh panggil umi dan papa Iq dengan gelaran ' umi ' dan ' papa. ' Iq nak jugak panggil mama dan abah Aina dengan panggilan ' mama ' dan ' abah. ' " Jelas Iqbal. 
" Ikut suka kau lah... " Kata Aina dengan geram. 
" Yalah... ikut suka Iq lah ni. " Ujar Iqbal dengan manis. 

" Ish.. budak dua orang ni... Asyik gaduh je bila jumpe..... " Geleng puan Syairah. 

ISI ayam sudah di buang tulangnya dan di potong sedikit nipis oleh Aina tadi di letakkan ke dalam mangkuk yang kosong. Iqbal duduk di meja makan, mengupas bawang untuk masakannya nanti. 

" Chef Aina, isi ayam tu nak masak ape nanti? Chef tahu masak buttermilk chicken? " Tanya Iqbal yang mengupas bawang merah, mata Iqbal kelihatan sepet. 
" Tahu.. tu yang aku cadang nak masak ni. Kau suka ayam buttermilk? " Soal Aina yang mengoreng isi ayam yang bersalut dengan tepung. 
" Yes, chef.. " Balas Iqbal. 
" Aku tau lah kau suka masakan buttermilk chicken tapi tak payahlah main mata . " Kata Aina yang memandang Iqbal yang sedang duduk. 
" Aina, Iq tak main mata. Mata Iq pedih ni. Tolong tiupkan.. Cepat. " Jawab Iqbal yang mengosok kedua matanya. 
" Banyaklah kau punye tiup.. aku suruh kupas beberapa ulas bawang je.. tu pun pedih.. " Ujar Aina yang berada di singki dan berjalan kearah Iqbal. 
" Aina..! " Jerit Iqbal di meja. 
" Kejap lah.. Kau ni nama aje Hulk... suruh kupas bawang pun tak tahan. Aku ingat nak tukar gelaran kau kepada pokcik bengong lah. " Kata Aina. 
" Tuip mata Iq dulu... esok - esok fikirkan nama tu. " Ujar Iqbal dengan mata yang pedih. 
" Yalah.. bak sini mata kau. " Ujar Aina yang meniup mata milik Iqbal. Iqbal tersengih - sengih lalu tersenyum. 
" Tersengih pulak dah. Tak pedih lagi kan? Tolong aku tumis daun kari dan lada tu. Lepas tu, masukkan satu tin susu dairy champ cari kat dalam almari tu." Tunjuk Aina kepada almari yang berada di belakang Iqbal. Aina kembali ke singki dan memotong sayur kobis yang di beli tuan Haji Zamani di pasar tadi pagi. 

Iqbal membuka satu tin susu dairy champ tersebut dan menuangnya ke dalam kuali yang berisi dengan bahan - bahan yang di tumis. Iqbal mengaulnya rata. 
" Okay, chef. What's next? " Soal Iqbal. 
" Lepas tu.. kita masukkan ayam goreng bertepung ni... " Balas Aina yang mengambil mangkuk yang berisi ayam dan ingin memasukkannya kedalam periuk tetapi hajatnya terbantut dan matanya bulat tanda terkejut dengan apa yang dilihatnya di dalam kuali itu. Aina meletakkan isi ayam goreng itu semula dan terduduk. Mulutnya mengeluarkan suara yang besar. 

" Hahahahaha.. " Aina ketawa sambil memegang perutnya. Iqbal kehairanan dan bertanya. 
" Kenape? " 

Pintu dapur dibuka luas dan menampakkan muka Tuan Haji Zamani. Abahnya terkejut melihat Aina yang ketawa di lantai dapur. 
" Ape terjadi dengan kamu ni, Aina? " Soalnya. 
" Tak boleh cakap bah.. Tak boleh.. Perut Aina sakit.. Hahahaha. " Aina masih ketawa. Iqbal mengaru kepalanya. 
" Ohh... maknye.. cuba tengok anak dara kite ni hah.. " Teriak Tuan Haji Zamani. 
" Ade ape ni, Iqbal? " Soal Puan Syairah yang baru saja masuk kedalam dapur dengan kakinya yang sakit. 
Iqbal mengangkat kedua bahunya. 
" Iqbal ma.. Iq.. Iqbal. letak satu tin susu manis kat dalam kuali tu.. sepatutnya susu cair, ma..! Pfttt.. hahahaha. " Tawa Aina yang semakin menjadi - jadi. Kedua orang tua Aina geli hati dan ketawa. 
" Habis satu tin susu manis, makcik, Iqbal! " Geleng puan Syairah. Kakinya kurang terasa sakit lagi kerana kejadian lucu itu. 
" Mana Iq tau.. Aina suruh Iq letak susu cair... " Katanya yang seperti kebudak - budakkan. Mereka semua ketawa dengan jawapan Iqbal. Pastinya ia akan menjadi kenangan. 


******** BERSAMBUNG KE BAHAGIAN 22 ******** 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan