Jumaat, 21 Februari 2014

DAN BILA MR.RIGHT TIBA - Bahagian 19

SEHARIAN Aina risau akan pembantu rumah yang telah di zalimi oleh Nadia kelmarin. Dia memutuskan hendak pergi ke rumah keluarga Iqbal di temani dengan Mary. Setelah tiba di perkarangan rumah mewah milik keluarga Iqbal, Mary meletakkan keretanya di sebelah kereta volkswagon beetle. 
Ni bukan kereta Nadia ke? Aina berkata didalam hatinya. Baru kelmarin saja dia pergi ke rumah Puan Zainab masakan dia lupa itu kereta Nadia. Yang memusykilkan lagi adalah buat apa Nadia kerumah Iqbal pagi - pagi ni? 
" Woww.... besarnye rumah Iqbal, Aina? Kalah rumah aku.. ni rumah.. ke Istana ah?" Ujar Mary setelah keluar dari kereta suzuki swiftnya. 
" Hishh kau ni.. cakap tu biar perlahan sikit. Nanti orang rumah dengar kang... " Jawab Aina.
" Tak salah ape... cantik beb... aku harap kau kahwin ngan Iqbal nanti. Aku pun tumpang senang." 
" Oii mulut... ikut sesedap kau aje cakap..." Balas Aina yang bercekak pinggang. 
" Aina... jom...jom masuk tak sabar aku nak masuk rumah mewah ni...." Kata Mary yang dulunya melangkah ke pintu masuk ruang tamu. 
Aina dan Mary disambut mesra oleh Puan Afifah dan di bawa ke ruang tamu pertama mereka. Mereka di hidangkan oleh pembantu rumah milik keluarga Nadia kelmarin dan kini telah berkhidmat untuk keluarga Iqbal. Aina tercari - cari Iqbal. Namun bayang - bayang Iqbal tidak kelihatan. Kaliyshah pula sekarang berada di sekolah kata uminya. 
" Bik.. luka di tangan bibik sudah sembuh? " Soal Aina yang khuwatir. 
" Iya.. non Aina. Udah baikan. Terima kasih ya non.. Bibik ngak tahu gimana balas jasa non." Balas pembantu rumah itu. 
" Bibik sudah bubuh ubat?" Soal Aina lagi. 
" Ya udah non.. den Iqbal beli in obatnya." 
" Alhamdulilah..." Aina mengukir senyuman manis. 
" Baik jugak ada bibik ni Aina... boleh tolong umi kemas rumah. Bibik lama umi balik ke Indonesia minggu lalu." Ujar Puan Afifah yang juga tersenyum. 
" Ohh patutlah hari tu Aina tengok bibik esah tidak ade. Rupanye dah balik ya, umi?" Kata Aina. Puan Afifah mengangguk. 
Kenape Mary tak ade bunyi langsung ni? Macam aku sorang aje dari tadi yang buka mulut ni. Aina mengerling ke arah Mary yang asyik memandang siling dan segala hiasan ruang tamu milik keluarga Iqbal. Mulut Mary terlopong. Aina dapat melihat Mary yang mengagumi segala hiasan ruang tamu mewah milik keluarga Iqbal. Aina mencubit peha Mary secara tiba - tiba. 
" Ouchhh!" Jerit Mary yang mengurut pehanya. Aina membeliakkan matanya agar Mary tidak kembali berangan. Umi Iqbal tertawa kecil melihat gelagat dua sekawan ini. 
" Iqbal mana umi?" Mahu tidak mahu terpaksa jugak Aina mengajukan soalan itu. Aina dapat melihat mulut Mary bergerak dengan rasa terkejut menyebut ' umi'. 
" Rasanye di ruang tamu atas kot.." Balas umi Iqbal. Mana pula Nadia? Bukan keretanya ade di luar ke? Nadia bersama Iqbal di atas ke? Mahu saja Aina menanyakan soalan itu. 
" Err tak pe lah umi. Bagitahu Iqbal yang Aina singgah. Aina dan Mary dah nak balik ni." Jawab Aina yang teragak - agak. Belum sempat Aina dan Mary berdiri tiba - tiba Aina melihat Iqbal dan Nadia turun dari tangga. 
" Alah.. Iq.. Maafkan Dia about yesterday, okay? Nadia tak senghaja. Dia terlepas mulut.. itu aje.. bukan semua orang ade buat silap ke? Dia janji itu kali terakhir Dia buat." Desak Nadia. Tangannya melingkari pinggang Iqbal. Aina melihat mereka dan mengigit bibirnya. Rasa cemburu dirasa oleh Aina. 
" Nadia.. Lepaslah... rimas!" Marah Iqbal yang ingin melepaskan diri dari pelukan Nadia. Aina bangkit dari tempat duduknya dan minta diri untuk pulang kepada Puan Afifah dan pembantu rumahnya. Mary mengikuti Aina dari belakang. 
" Aina?" Iqbal terkejut dengan kehadiran Aina di situ apatah lagi pada ketika Aina melihat Iqbal bersama dengan Nadia. Iqbal takut Aina tersalah ertikan hal tadi. Aina bergegas keluar dari rumah Iqbal. Iqbal lari mengejar Aina. 
" Aina.. please... let me explain." Iqbal menarik Aina dekat dengannya. 
" I don't need your explanation.." Jawab Aina dengan sebak. 
" There's nothing going on between me and Nadia. I need you to believe me.. please. Hal tadi tu... Dia minta maaf dengan Iq.. fasal kejadian kelmarin. " Pujuk Iqbal yang seakan menangis. 
" I know...." Jawab Aina dengan ringkas. 
" Habis tu kenape lari?" Soal Iqbal. 
" Akkk...akuuu... cemburu...." Jawab Aina dengan gugup. Iqbal tertawa kecil. 
" Hey... The only woman inside my heart is you, Aina. Nobody else. Trust me." Kata Iqbal dengan nada yang romantik dan mengangkat dagu milik Aina dengan lembut. Mary yang memerhatikan mereka dari jauh melarikan pandangannya dari mereka kerana malu dengan adegan romantik itu. 
" Hulk? " Ujar Aina dengan perlahan. 
" Yes.. love? " Soal Iqbal dengan mesra. 
" Boleh tak... kau lepaskan tangan kau dari dagu aku... berapa kali aku kata kita bukan muhrim!" Jerit Aina. Iqbal ketawa besar disangkakannya Aina akan turut mesra dengannya. 
Aina... Aina.. Desis Iqbal didalam hatinya dan mengelengkan kepalanya. 


******** BERSAMBUNG KE BAHAGIAN 20 ********

Tiada ulasan:

Catat Ulasan