Jumaat, 21 Februari 2014

DAN BILA MR.RIGHT TIBA - Bahagian 15

" AINA, boleh abah tanye kamu sikit? " Soal tuan Haji Zamani yang sedang minum kopi di ruang tamu rumah banglo mereka. 
" Tanye aje bah... banyak pun tak ape.. " Jawab Aina yang mengunyah karipap buatan mamanya. 

Lama dah tak makan karipap mama ni... Sedap jugak aahh... Ambik satu lagi lahh.. Ujar Aina di dalam hatinya. 

" Ish budak ni... Gelojoh sangat. Makan tu biar perlahan.. ni tidak.. main redah aje masuk mulut tu. Tengok pipi tembam macam di sengat tebuan. Entah sape yang nak kamu ni nanti. " Ceramah puan Syairah dengan panjang lebar yang masuk ke ruang tamu membawa bekas berisi keropok udang yang baru saja di gorengnya sebentar tadi. 
" Sedap lah ma.. lama dah tak makan.. Puan Syairah ni kalau marah nampak cantik lah...." ujar Aina dengan tawa yang kecil. Mama Aina mendengus. Geram. 
" Tu lah... Abang nak tanye ni.. Anak kita ni.. Kamu dah berpunye ke belum, Aina? " Soal tuan Haji Zamani yang ingin tahu. 
" Kenape bah? " Ujar Aina dengan mengangkat kirai kanannya ke atas. 
" Anak jiran sebelah sukakan kamu. Kata pakcik Azri dari dulu anak lelakinye perhatikan kamu menjemur baju kat luar tu hah. Berkenan agaknye. Tu lah bapanya tanye abah. Kamu dah berpunye ke tak ni? Kalau tak dia masuk meminang. " Ujar abah Aina yang makan keropok yang di hidangkan di atas meja dan mengunyahnya dengan laju. 
" Anak dengan abahnye sama aje.. " Geleng Puan Syairah. 
" Anak pak cik Azri? Yang rambut botak macam stone cold tu ke bah? Yang pakai motor besar? Ehh... tak nak lah Aina. Abah ni jodohkan Aina dengan dia pulak. Umur dia dah lah 40 lebih tahun. Aina muda lagi. Tak sekufu tu bah.. " Ujar Aina yang mengeleng kegelian. 
" Abah dengan mama kamu bukan ape... Kamu tu lah satu - satunya anak kami. Susah senang laki kamu yang jaga. Kami ni dah tua. Lagipun kan senang kalau kamu berlakikan anak pakcik Azri tu. Dekat aje kalau nak jumpe abah dengan mama. " Balas tuan Haji Zamani. 
" Aina bukan tak suka bah.. cuma Aina... " Ujar Aina separuh jalan. 
" Kenape? Kamu dah berpunye ke? " Soal mama Aina. 
" Aina ni ma.. Sapelah yang nak... biasa aje. Banyak lagi yang cantik diluar tu." Ujar Aina. 
" Habis.. budak Iqbal tu.. ape kamu? Mama tengok elok sangat budak tu.. berbudi bahasa.. hormat orang tua. Kalau dia pilihan kamu.. Mama dan Abah redha. " Balas puan Syariah. Tuan Haji Zamani, bapa Aina, tersenyum setuju. 
Iqbal pulak dah? Camne nak lari ni. Kalau aku lari... tak dapat kunyah karipap tu lagi. Tak payah lah makan karipap tu. Alamak.. Menggoda pula karipap tu. Hah! Aku ade idea. Alasan - belum solat Asar, betul - betul ni.. aku tak bohong. Teknik - ambik karipap dan lari. 
" Err.. mama.. abah.. Aina masuk dulu ye? Belum solat Asar lagi ni... " Kata Aina yang buka langkah seribu dan sempat mengambil karipap sebelum masuk ke dalam biliknya. Yes, berjaya! 

" Budak tu... baru aje nak tanye.. dah nak lari. Ada - ada saje perangai anak kita tu, bang. " Geleng Puan Syairah. 

NADIA berjalan menuju bilik puan Zainab iaitu ibu angkatnya dengan perasaan marah di tangannya memegang baju jenama Dior di belakangnya ialah pembantu rumahnya yang berbangsa indonesia. 

" Mummy! Tengok apa bibik dah buat kat baju Dia.. Habis rosak! Dia ingat baju Nadia ni murah nak beli ke? " Gertak Nadia yang berada di daun pintu bilik puan Zainab. Bibik mereka menundukkan mukanya. 

" Bik, berapa kali ibu pesan. Baju Dia cuci gune tangan bukan gune mesin. " Tegur puan Zainab. 
" Ya bu, tapi saye ngak senghaja. Saye kira.. baju non Dia baju harian. " Ujar bibik mereka yang kelihatan takut. 
" Baju harian kau bilang? Kau tau tak baju ni. Gaji kau sebulan pun tak mampu nak beli. " Sindir Nadia yang merasa kurang puas dengan alasan pembantu rumah mereka. 
" Maaf non.. " kata bibiknya. 
" Maaf..! Maaf..! Kalau tak tahu buat kerja pergi balik ke negara kau! " Tengking Nadia. Pembantu rumah mereka terasa dengan ucapan Nadia lalu mengugurkan airmata. 
" Menangis! Besar macam ni pun masih menangis. Buat malu! " Kata Nadia dengan nada tinggi. Sungguh perempuan ini tidak menghormati sesama insan. Yang Nadia peduli adalah baju mahalnya. 
" Bik.. pergi kemas dapur. " Perintah puan Zainab yang enggan permasalahan ini di teruskan. 
" Baik puan. " Ujar pembantu rumah tersebut yang menyeka airmatanya dan berlalu dari situ. 

" Dia.. kenape ni sayang? " Soal Puan Zainab yang menghampiri Nadia. Nadia menjeling puan Zainab. Dia kecewa ibunya lebih memihak pembantu rumahnya. 
" Kenape mummy suruh bibik tu pergi? Kenape tak marah aje bibik tu? Tak pun halau aje dia dari sini. Lagi senang! Ini tidak. Menyusahkan orang saja! " Marah Nadia dengan muka yang merah menyala. 
" Dah lah sayang. Nanti mummy belikan Dia baju baru, ya? " Pujuk Puan Zainab yang memegang lengan kiri Nadia. Nadia menanggukkan kepalanya dan kemudian tersenyum gembira. 
" Tapi mummy janji tau? Dia nak dua helai. " kata Nadia yang tiba - tiba berubah jadi manis. 
" Ya sayang.. mummy janji. " Ujar Puan Zainab. 

" Mummy... " Kata Nadia yang hendak menyampaikan sesuatu. 
" Ya? " Jawab puan Zainab yang kini berada di meja solek. 
" Malam minggu ni.. Kita ajak uncle Timothy sekeluarga makan sini.. " Pujuk Nadia kepada mummynya. 
" Dinner? " Tanya puan Zainab yang sedikit terkejut. 
" Yes dinner.. makan malam. Kita suruh bibik masak ayam buttermilk kesukaan Iq. Tapi umi bagitahu Dia yang masak. Dia nak impress Iq melalui ' masakan Nadia. ' okay mum? " Rancang Nadia. 
" Okay sayang... nanti mummy jemput uncle kamu sekeluarga, ya? " Puan Zainab tersenyum. Dia tahu anak angkatnya ini memang meminati anak lelaki keluarga Haji Abdullah Timothy itu. Orangnya memang kacak. Pernah sekali Iqbal di jemput datang ke majlis hari jadi Nadia. Hampir semua teman - teman wanita Nadia menyukai dan meminati Iqbal. 
" Tapi jangan lupa ajak Iqbal sekali.. nanti orang yang ingin di ajak tak datang pulak. " Ujar Nadia yang membuat muka masam. 
" Ya sayang... mummy tahu. " Balas puan Zainab yang faham dengan perangai Nadia. Nadia ingin Iqbal mencintainya dan menjadi miliknya. 


************************ BERSAMBUNG KE BAHAGIAN 16 ************************

Tiada ulasan:

Catat Ulasan