Jumaat, 21 Februari 2014

DAN BILA MR.RIGHT TIBA - Bahagian 4

KESEMUA junior sudah pun berkumpul di dewan besar universiti dan kini sedang menunggu ketibaan para senior yang akan melakukan orentasi yang ke dua keatas mereka memandangkan hari pertama orentasi adalah majlis menyambut kedatangan para junior. Kebanyakkan dari mereka memandang pintu utama dewan tersebut apabila muncul empat orang lelaki. Iqbal, Taufiq, Syafiq dan Joe. Kemudiannya kesemua mata memandang tepat ke arah mereka apabila ada yang separuh menjerit ' Oh my God..! ' Panas telinga Aina dengan bisikan yang kuat tersebut. Apatah lagi dengan Mia yang kebetulan duduk tidak jauh darinya yang bagaikan di rasuk hantu. Lupa dunia ' Cinta Hariz dan Mia ' mungkin. Minggu ini mereka berempat di arahkan untuk melakukan orentasi pada pelajar - pelajar junior dan empat belas senior yang lain. Salah seorang dari mereka ialah Dee.

" Testing... Testing.. Okay. Kita mulakan? Soal Iqbal kepada senior yang lainnya sambil memegang mic.
" Assalammualaikum, izinkan kami untuk memulakan acara orentasi ini dengan membaca surah Al-Fatihah. Silakan Syafiq Nazmi. "
Setelah selesai membaca surah Al-Fatihah.. Syafiq mengembalikan mic semula kepada Iqbal.
" Amin... Amin ya Rabbal alamin... Okay... Are you guys ready to have fun? Hari ini kita akan melakukan aktiviti di luar. But first of all, kami ialah senior kamu and my name is Iqbal. Tujuh belas yang lainnya yang berdiri dari kiri saye ni adalah Syafiq, Joe, Yana, Dee, Taufiq, Azrina, Wan Saifullah, Nur Arni, Zakiyah, Putri, Hajah Aqidah, Haziq, Brandon, Khadijah, Marliza Rahim dan hujung sekali yang pakai tudung warna unggu ialah Rabiatul. Tugas kami pada hari ini ialah untuk mengorentasi kamu. " Iqbal besuara dengan nada yang serius.
" Selepas ini kami bahagikan kamu kepada lapan belas teams. Saye ingin kamu melihat di belakang kad nama yang bergantung di leher kamu itu. Jika di belakangnya terdapat huruf NA, itu bermakna ketua yang akan mengiringi kamu ialah Nur Arni. Setiap ketua akan turut serta di dalam permainan ini. Sila beri kerjasama dan pergi kepada ketua masing - masing this instant. Understand? " Soal Iqbal.
" Yesss... " jawab rakan - rakan junior Aina.
" Ohh my... I dapat... K? Khadijah ke? Perempuan? Boringlah macam ni... " Ucap Mia sambil menjeling tepat kearah Aina dan kemudiannya melangkah pergi kepada ketuanya - Khadijah. Sakit telinga Aina mendengar ucapan dari mulut Mia itu. Terlalu gedik. Tersangat - sangatlahhh....

Aina perlahan - lahan memusingkan kad nama yang bergantung di lehernya dari tadi. Siapa ye... Jadi ketua aku ni? Aku harap kak Dee lahh... Hmm... Huruf I? Sape I??

" Mary, aku dapat huruf I lah. Sape I? Kau dapat huruf ape? "
" Aku dapat huruf T. Ketua aku, Taufiq Nazmi. Yang kembar tu. I tu Iqbal lah. Yang pegang mic tadi. Lambat pick-up betul lah kau ni. " Jawab Mary.
" Hah? Pokcik Hulk tu ketua aku? Tak nak lah... Boleh tukar ke? " Soal Aina dengan perasaan yang amat gementar kerana takut Iqbal akan membulinya habis - habis berkenaan tempoh hari yang melibatkan muka macho Iqbal. Macho ke?
" Bagi sini huruf T tu. Dapat cabut tak? Dia lekat guna gam plastik kan? Kita tukar ye? Ketua kau Iqbal dan aku Taufiq. " Ujar Aina yang ingin mencabut huruf I di belakang kad namanya.
" Kau jangan main-main, Aina. Semua orang dah pergi kepada ketua masing - masing. Dahlah jom..."


AINA mengatur langkah dengan berat kearah Iqbal yang sedang duduk di tangga pentas. Iqbal memandang kearah Aina seperti Singa yang kelaparan tapi dia macho... Ahhh macam lion king lahh... Tukar.

" Is everyone here? I want boys and girls make two separate lines. Boys to my left and Girls to my right dan bukan dari bahu kanan kamu. Faham? " Iqbal berkata sambil cuba untuk berdiri.

Macam pernah ku dengar ayat ni tapi di mana ya...? Hah! Ini kes salah kelas hari tu. Nanti kau pokcik Hulk. Taulah nasib kau nanti. Ini Aina Muslihah lah wei. Tanya orang kampung aku mesti... mesti... mesti... Tak kenal punya... Keh keh keh...

" Kamu yang pakai tudung di belakang sekali tu. Kenapa tesengih - sengih? Ada masalah ke? " Tanya Iqbal yang mematikan lamunan Aina. Kesemua yang berkumpul di situ memandang kearah Aina.
" Ehhh... Aku okayyy.. Aku okayyy... " Sambil memberi isyarat peace kearah Iqbal dan kembali tersengih - sengih.
" All students and their group leader must assembled infront of the hall immediately. There will be vans waiting for each team. Permainan akan di mulakan dalam masa lima minit lagi. " Tiba - tiba saja Taufiq menerangkan dengan menggunakan mic.

" ALAHAI... Jauhnye... Jenuh kaki aku daki bukit ni... Tak ade game lain ke dorang nak buat. Cuba buat game yang mencabar sikit... Main sape kuat tidor ke? Main sape kuat duduk ke? Sape punye idea ni hah?" Omel Aina seorang diri.
" Hoi... Budak...! Cepatlah naik... Asyik komplen aje... Pelajar lain dah mendahului kau tu pun tak perasan. "

Suara sape ni hah? Macam aku kenal je suara ni. Takkan hantu kot. Siang - siang ni ade hantu ke? Aina menoleh kebelakang.

" Ooo... Kau pokcik. Ape hal...? Aku penatlah... Aku nak rehat. Kau pergilah naik. Nanti aku menyusul kau. " kata Aina sambil memegang pingangnya.
" Banyak cantik kau punya rehat... Cepat naik sebelum aku tengking.. " kata Iqbal.
" Aku letihlahh... Telinga kuali betul lahh kau ni... Aku penat. "
" Cepat...! " teriak Iqbal.
" Yalahh... Yalahhh... Pokcik Hulk.. Aku naik lah ni. " ujar Aina yang melangkah untuk naik.
" Kau panggil aku ape...? "

TIGA MINIT KEMUDIAN....

" Hah dah sampai pun... " kata Iqbal yang mendekati junior yang lainnya.
" Subhanallah... Tinggi giler tower ni... Nak buat ape dengan tower tinggi - tinggi macam ni. Aku harap next challenge janganlah naik tower ni... Aku mohon sangat - sangat... Minta - minta lah di jauhkan.. Aku tak nak naik... " kata Aina dengan nada yang amat perlahan cuma dia sahaja yang bisa mendengarnya.
" Okay people... Last challenge. " Iqbal kemudiannya menghampiri peti surat dan mengeluarkan sampul yang berwarna kuning yang berada di bawah tower dan membacanya dengan suara yang agak lantang supaya yang lain boleh mendengarnya dengan jelas.
" Anda semua dikehendaki untuk menaiki tower yang berada di depan anda ini dan kemudiannya menyelesaikan teka - teki yang akan di bagi oleh senior yang menjaga tower ini. "
" Tidakkk... " Jerit Aina secara tiba - tiba.
" Apa yang tidak? " Tanya Mas Rohani yang baru di kenalinya di dalam van tadi. Kini semua mata memandang kearah Aina termasuk Iqbal...!" Akuu... tak.. payah.. naik boleh? Aku tunggu korang kat bawah. " ujar Aina.
"Tak boleh lah, Aina. Surat tu tulis kita semua mesti naik.. Nanti kita disqualified. " Jelas Mas Rohani dan pelajar yang lainnya mengangguk tanda setuju dengan apa yang di cakapkan oleh Mas Rohani.
" You all can proceed and I will handle Aina. Okay.. " Iqbal membuat keputusan secara tiba - tiba.
" Budak.. Cepatlah naik.. nanti kumpulan lain datang pula. Lagipun apa masalah kau sebenarnya?"
" Aku... akuuu... gayattt.." kata Aina yang agak tersekat - sekat.
Iqbal ketawa secara tiba - tiba. " Kau ni gayat? Kebal - kebal macam kau ni pun gayat? Kau tau tak.. Nenek aku pun boleh naik Tower ni. "
" Ketawalah kau puas - puas. Aku tak nak naik. Aku takut. Ada faham? "
" Tak payahlah takut. Aku tau kau mesti boleh punya. " Kata Iqbal sambil mengenyitkan matanya.

Huh... Jangan ingat aku akan tergoda dengan kenyitan matamu yang tak berapa menggoda itu.. Desis Aina di dalam hatinya.

" Budak... Bak sini gelang yang awak pegang tu.. " Iqbal terperasan apabila Aina ingin memasukkan gelang tersebut ke dalam seluarnya.
" Ini bukan gelang lah bengong. Ni rantai aku. Sakit leher aku tadi. Kau nak buat ape dengan rantai ni? " Tanya Aina.
" Aku nak pinjam.. macam berharga je bagi kau. " Iqbal merampas rantai tersebut dari tangan Aina.
" Iqbal... Bak sini rantai aku tu lah.. " Pinta Aina yang ingin mengapai rantai heart-shaped itu dari tangan Iqbal.
" Kau naik tower ni dulu baru aku kasi kat kau. " Iqbal membuat keputusan dan menyimpan rantai Aina ke dalam poket seluar sukannya.
" Aku tak nak! Aku takut lah wei.. Kau tahu tak? Bahaya naik tower ni. Dah lah di perbuat daripada kayu bin kayan. Kalau roboh nanti camne? " Soal Aina dengan suara yang agak gementar.
Iqbal hanya menenungnya dengan serius. "Dah habis cakap? Cepat naik.. sebelum aku dukung kau.."
" Yalah.. Aku naik lah ni tapi kalau roboh kau kena janji dengan aku yang kau akan bagitahu mak abah aku, yang aku sayang mereka. " Dengan keadaan terpaksa Aina pun mengatur langkah dengan di selubungi perasaan takut.
" Tapi.. kalau roboh camne? " Soal Aina dan memberhentikan langkahnya.
" Naik cepat!" teriak Iqbal dan Aina akur.
" Good.. " Iqbal tersenyum sendirian dan membelek - belek rantai heart - shaped itu. Di tengah - tengah rantai itu terdapat satu ukiran. Iqbal cuba untuk melihatnya dengan jelas. ' Hariz&Aina forever. '
" Err... Sape Hariz? " Soal Iqbal di dalam hatinya.



********************************** BERSAMBUNG KE BAHAGIAN 5 ************************************

Tiada ulasan:

Catat Ulasan