Jumaat, 21 Februari 2014

DAN BILA MR.RIGHT TIBA - Bahagian 22

PETANG tadi Aina dikejutkan dengan kehadiran Hariz yang menjenguk Aina dan keluarganya di rumah banglo mereka. Hariz datang dengan senyuman mesranya yang bertanyakan khabar orang tua Aina. 

" Ibubapa kamu sihat? " Soal Tuan Haji Zamani yang duduk bersahaja di sofa ruang tamu mereka. 
" Sihat, pakcik. Ibu dan ayah kirimsalam. " Jawab Hariz yang memakai baju kemeja. Aina duduk di sebelah Tuan Haji Zamani. Dia tidak mahu berada dekat dengan Hariz. Aina tidak tahu harus berkata apa dengannya. Lidahnya kelu. Selama ini Hariz meninggalkannya atas sebab rancangan sahabat Aina sendiri iaitu Mia yang inginkan Hariz dan mahu mereka berpisah. 
" Ni datang kerumah makcik ade hal yang penting ke? " Tanya puan Syairah yang menghidangkan minuman petang. 
" Hariz tadi pergi ke bengkel. Dah alang - alang Riz lewat sini tu.. Riz pun singgah bertanye khabar. " Ujar Hariz. 
" Kereta kamu rosak? " Soal abah Aina. Hariz mengeleng perlahan. 
" Makcik tengok kamu ni makin tinggi dan kacak. Mana tak nye.. dah bertahun menghilang kini di depan mata. " Kata Puan Syairah yang tersenyum. Hariz tersengih apabila di puji. 

Mama ni.. Hariz kacak? Yerk! Tom lagi kacak.. Dah ma... makin kembang pulak hidung dan pipnye nanti.. 

" Sebenarnya.. Hariz nak minta izin bawa Aina pergi makan soto kegemaran Aina.. " Ujar Hariz yang menerangkan hajat sebenarnya datang kesitu. Aina memalingkan mukanya dan memandang lantai ruang tamu. 

Soto? Sape kata aku suke soto? Itu dulu.. sekarang aku tak suke makan soto. Aku lebih suke makan orang! 

" Boleh... tapi pergi elok - elok. Jangan buat kerja yang tak senonoh.. " Tuan Haji Zamani memberi peringatan. 
" Aina tak sedap badan bah. Aina ingat tak nak keluar petang ni. Nanti kembuh pulak badan Aina.. " Kata Aina yang memberi alasan. Abah dan mamanya diam dan tidak memaksa Aina untuk pergi bersama Hariz. 
" Aina.. I nak kata sesuatu dengan you tapi tak boleh kat sini. Please.. " Pujuk Hariz dengan mukanya sedih. 
" Baik... tapi kita cakap kat luar. " Balas Aina dengan ringkas. 
" I nak bawa you pergi one of our favourite places. Kita cakap kat pantai Muara, ya? " Pujuknya lagi yang langsung tidak kisah dengan orang tua Aina yang memerhatikan dan mendengar perbualan mereka. 

Eh lelaki ni... nak bawak aku pergi pantai pulak. Tadi kata pergi makan soto.. Mana yang betul ni? Aku offer bincang kat luar dia tak nak. Ish.. aku bagi betis dia nak peha pulak... 

" Aina akan keluar dengan Hariz tapi dengan satu syarat.. Aina nak Mary ikut sekali. " Kata Aina yang bangkit dari tempat duduknya. Hariz mengangguk tanda setuju. 


KETIKA di pantai tadi Hariz memujuk Aina untuk kembali kepadanya. Aina tidak memberikan sebarang jawapan. Tetapi Hariz masih lagi bertegas menginginkan Aina dan bertekad Aina akan kembali kepadanya juga suatu hari. Hariz melakukan pelbagai cara untuk memikat Aina semula iaitu dari membawa Aina kepada tempat kesukaan mereka dahulu sehinggalah memasang lagu kesukaan mereka berdua di dalam kereta Hariz. 

' Baby I love you.. and I'm never gonna let you go.. ' Not gonna let me go lah konon.. Yerk! Yerk! Jerit Aina di dalam hatinya. 

Mary yang duduk kerusi penumpang belakang terbatuk - batuk mendengar lagu tersebut. 

Siti Maryani... Tunggu.. aku tengah sabar ni.. Taulah nasib kau camne nanti...! 

Kereta Hariz kini memasuki perkarangan rumah mereka. Alangkah terkejutnya Aina melihat Iqbal sedang memerhatikan mereka dari jauh dengan pandangan serius. Tangannya bersilang kepada bahunya dan tubuhnya menyandar ke bonet depan kereta Nissan Fairlady Z nya. Hariz keluar dari kerusi pemandunya dan pergi ke arah pintu Aina dan membukanya dengan senyuman. Iqbal cemburu melihat mereka berdua. 

Hariz ni.. tak payahlah buka pintu untuk aku. Taulah aku nak buka. Susah susah.. macam ni. Dah lah Iqbal pandang aku macam singa. Mama.. tolong Aina! 

" Aina, where were you? I am worried sick! " Kata Iqbal yang kian menghampiri mereka. 
" It's obvious... Aina jalan dengan aku. " Balas Hariz dengan angkuh. 

Excuse me? Aina dengan Hariz DAN MARY, okay! 

" I didn't ask you, man. " Ujar Iqbal kepada Hariz. 
" Aina, aku masuk rumah kau, ya? " Ujar Mary yang tidak mahu ikut campur dan menuju masuk ke dalam ruang tamu setelah Aina memberinya kunci. 
" Sejak bila you berkawan dengan budak berlagak ni, Aina? What are you doing here? " Soal Hariz yang ingin menaikkan api kemarahan Iqbal. 
" Suka hati aku lah nak datang rumah sape.. Itu hak aku. " Tepis Iqbal. 
" Cop... cop.. dah jangan gaduh.. Hariz, you should go. " Ujar Aina yang tadinya mendiamkan diri. 
" I will call you esok, by. " Ujar Hariz dan pergi dengan kenderaannya. Iqbal menjeling dan melihat Aina dengan pandangan tajam. Hatinya berbaur cemburu. 

By? Sewel...! Sewel...! Sewel...! 

" By? Hariz? Aina? I? You? Kalau dengan Iq bukan main ' aku ' ' kau ' .. Sape sebenarnye Hariz pada Aina? " Soal Iqbal yang agak cemburu. Aina mendiamkan diri. 

Iqbal ni cemburu pulak.. ' aku ' ' kau ' okay ape. Dari aku gune ' kanda ' ' dinda ' tak ke naya tu. Tu pun nak jealous. 
" Nampaknya Iq tidak di perlukan lagi, kan? Goodluck with him. " Rajuk Iqbal dan masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjinnya. 

Aina! Ape kau buat ni? No... ! Jangan biarkan Iqbal pergi.. 

" Iqbal.. please don't leave me. I need you... " Kata Aina yang separuh menangis. Iqbal mematikan enjin keretanya dan keluar. Iqbal tersenyum hingga ke telinga. Gembira apabila Aina berkata begitu. Iqbal menarik tangan Aina ke dalam pegangannya dan membawa Aina masuk ke dalam rumahnya. 

Kan aku dah kata.. Iqbal ni memang suka pegang - pegang. Esok lusa baik aku gune sarung tangan. Desis Aina di dalam hatinya. 


****** BERSAMBUNG KE BAHAGIAN 23 ***** 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan