Jumaat, 21 Februari 2014

DAN BILA MR.RIGHT TIBA - Bahagian 6

" IQ.... Mengaku jelah yang kau suka budak comel tu kan....? " Soal Taufiq yang sedang memberi makan ikan peliharaan keluarga Iqbal di dalam kolam taman milik umi Iqbal. 
" Budak mana? " Soal Iqbal dengan Iqbal dengan dahi yang berkerut. 
" Alahhh... budak yang buat drama kat kelas kau 2 minggu lepas. Adik aku dah cerita kat aku.. Tak yah lah nak simpan rahsia.. Aku tau lah bro... What's her name again? " Tanya Taufiq yang mengingati nama Aina. 
" Hah..! Nur Aina Muslihah Haji Zamani." Taufiq memetik jarinya yang bagaikan orang yang mengikuti pertandingan kuiz. 
" Aina? Budak yang mengalahkan seluruh lawyer di seluruh dunia tu ke? Mana ade aku suka budak tu.. Budak tu asyik buat masalah aje. " Balas Iqbal. 
" But she is quite cute and different kan? Hmmmm.. Bukan ke kau dengan pendirian kau yang tak nak bercakap sepatah haram pun dengan perempuan yang belum kau kenal. Apatah lagi dengan perempuan yang baru aje kau kenal. Tapi hari tu lain pula jadinya ye.. " Ujar Taufiq dengan memainkan keningnya. 
" Dah dia duduk di tempat aku bro.. Takkan kau nak aku guna isyarat tubuh dan tanye kenape dia duduk kat seat aku tu? Dan sape dia? Kau tau tak.. Dia duduk di seat aku tu aku boleh sabar sikit tapi yang lebih dahsyat lagi.. Di hempuknya pula muka aku." 
Berderai ketawa Taufiq ketika mendengarnya. Iqbal mengelengkan kepalanya dan tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya ketika meningati saat melucukan itu. 
" Jujur, Iq.. Aku happy tengok kau macam ni." Ujar Taufiq. Belum pernah Taufiq melihat kawannya begitu gembira dan tersenyum sebegini rupa. 
" Hoiii peminat - peminat sekalian.. Silalah masuk.. Umi kau dah riuh tu Iq.. Bila kau kau nak masuk? Syafiq tengah santap Chicken Buttermilk kesukaan kau tu... Kalau habis.. Jangan nak salahkan aku pulak." Jeritan Joe dari pintu ruang tamu yang di buka luas telah memberhentikan perbualan mereka di taman milik Umi Iqbal yang berada di belakang rumahnya. 
" Nak masuk lahh ni.. Aku suruh kau jaga ayam masakan favourite aku tu pun kau nak rungut. Pak guard jenis ape kau ni hah? " Soal Iqbal. 
" Jenis yang kuat makann....!" Kata Joe dengan nada yang hampir menjerit dan kembali masuk ke dalam ruang tamu. 
" Ingat bro... This conversation will be continued." Taufiq meningati Iqbal. 
" Ermmm.... Oh! Maksud aku tadi tu.. kau offered Aina naik kereta ' Rugged dan cool ' kau tu lahh.." Taufiq mengenyitkan matanya dan menuju ke dalam rumah mewah tiga tingkat milik keluarga Iqbal. Iqbal mengetap bibirnya dan mengaru kepalanya yang tak gatal. 

" ZIE, kau kenal tak Aina Muslihah? Ni... Aku nak share cerita panas ni dengan kau. Cerita ni mesti aku bagitahu kau dan di anggap sebagai warning buat kita sekampus. Kalau kau nak tau Aina tu sebenarnya perampas. Kau tau tak? Dulu masa aku satu sekolah dengan dia. Dia nak caras boyfriend aku tapi nasib baiklah Hariz setia dengan aku yang lawa ni. " Ujar Mia dengan mengibas rambutnya yang lurus kebelakang.
" Aina Muslihah Hj Zamani, budak B.S tu ke? Yang pakai tudung kan? " Tanya Zie, salah seorang rakan sekuliah Mia.
" Ha'aahh... Aina yang hodoh tu... Kau jangan terpedaya... Dia tu pakai aje tudung... Tapi perangai buat malu ibubapa aje. Nak tunjuk sangatlah yang dia tu alim kononnya. Lepas tu senang dia goda mana - mana lelaki. " Kata Mia dengan jelingan.
" Dan kau jaga - jaga boyfriend kesayangan kau tu, Zie. Aina tu sangat hebat bab menggoda lelaki... Prof. Nazmi pun dia goda. Hari tu aku ternampak Aina berjalan berdua - duaan dengan Prof. Nazmi di pantai. Siap main pegang tangan lagi... " Bohong Mia lagi.
" Betul ke ni? Aina dengan Prof.Nazmi? Macam tak percaye aje.. " Kata Zie.
" Betul... Aku sanggup bersumpah. Sungguh aku tak tipu kau. Muka aku ni ada muka penipu ke? Lainlah macam si hodoh slash si penggoda tu. "
" Camne kau tahu tentang Aina ni penggoda dan perampas lelaki? Dia tu kawan kau ke? " Soal Zie yang masih tak percaya dengan kata - kata Aina.
" Kawan? Eww... Tak ingin aku berjalan di sebelah si penggoda tu. Apatah lagi di anggap sebagai kawan aku. " Kata Mia dengan isyarat seperti orang yang hendak muntah.
" Aku tau sebab dah gempar satu uni yang Aina tu perempuan gatal yang bermuka dua. Entah - entah lepas ni siapa tahu boyfriend kau pula dia rampas. Dan hari tu... Dia sent sms kat boyfriend aku, Hariz... Bunyinye lebih kurang macam ni.. ' Haii handsome.. Tengah buat ape tu? Tiba - tiba je teringatkan you... You tau tak.. Siang malam I teringatkan you.. I sayangkan you, Riz. You putuskan gf you si Mia tu... Please sayang. I nak you jadi boyfriend I. I rindu lahh.. ' " Ujar perempuan licik tersebut.
" Jadi betul lah ni? Tak malu ke macam tu. Apa - apapun.. Terima kasih Mia sebab bagi aku amaran tentang Aina. " Ujar Zie yang kini mempercayai kata - kata Mia.

Hahahahaha baru puas hati aku. Bijak kau Mia. Aku takkan biarkan kau bahagia Aina. Aku benci kau. Aku benci Hariz masih cintakan kau. Aku akan pastikan kau menderita. Mia tersenyum - senyum apabila rancangannya sudah berhasil. Cerita ini akan heboh di universiti mereka yang Aina seorang penggoda dan perampas lelaki.


******************** BERSAMBUNG KE BAHAGIAN 7 ********************

Tiada ulasan:

Catat Ulasan