Jumaat, 21 Februari 2014

DAN BILA MR. RIGHT TIBA - Bahagian 8

HARI ini merupakan hari yang ketiga orentasi buat pelajar - pelajar junior. Kesemua junior di suruh membuat bulatan mengikut kumpulan yang telah di tetapkan seperti minggu lalu. " Ladies and gentlement.. May I have your attention. Please?" Kata Joe yang berada di atas pentas ketika melihat ada sekumpulan pelajar junior yang masih berborak kosong. Iqbal dan senior yang lainnya pula berada di bawah pentas. 
" Buat makluman semua.. Today kita akan melakukan orentasi di dalam dewan ini bukan seperti minggu lepas. Aktiviti yang akan di lakukan oleh kami ialah bermain salah satu ' game board '. Permainan ini dinamakan sebagai Pictonary. Ever heard of it? " Tanya Joe dan mengangkat tinggi kotak permainan tersebut. Kebanyakkan Junior mengangguk tetapi ada juga yang belum pernah dengar termasuklah Aina. 
" Bagi sesiapa yang tidak faham permainan ini saya akan menerangkannya lagi kemudian. Kami telah mengubah sedikit cara bermainnya. Setiap kumpulan hendaklah menampilkan seseorang di atas pentas ini menurut giliran dan mengambil card yang berada di tangan saye ini. Card ini mempunyai enam jenis kategori. Dia antaranya ialah binatang, makanan, benda dan sebagainya. Saye nak kamu memilih salah satu di antaranya yang mana kamu fikir ia mudah dan melakonkan di depan ini. Selepas itu baki dari kumpulan kamu hendaklah menekanya dengan tepat sebelum masa telah tamat. Jawapan yang tepat akan di kenakan 5 markah dan jawapan yang salah akan di potong 3 markah. Bagi kumpulan yang tidak tahu atau menekanya dengan salah. Peluang akan di bukakan kepada kumpulan yang lain. Dan setiap ketua akan turut serta di dalam permainan ini. Okay leaders go to your groups." Ujar Joe dengan panjang lebar. 
Aina hanya berdiri diam apabila Iqbal menghampiri kumpulan mereka. Iqbal kemudiannya mengambil tempat di sebelah Aina dan memandang Aina seperti ada sesuatu yang hendak di sampaikannya tetapi Aina melarikan pandangannya dengan cepat. 
" Ohh I forgot to mention you that we have a substitute group leader memandangkan Marliza Rahim tidak dapat hadir kerana cuti kecemasan. Ketua yang akan menggantikan tempatnya ialah Mohd. Hariz yang berada di belakang pintu masuk itu. Mohd. Hariz sila pergi ke kumpulan kamu yang berada di tengah - tengah ini." Tunjuk Joe. 
YA ALLAH! Hariz! Buat ape dia di sini ini? Cobaan apa yang ENGKAU berikan ini YA ALLAH... Tangis Aina di dalan hatinya. 
Iqbal dalam diam memerhatikan tingkahlaku Aina yang kurang senang kemdian pandangannya beralih kepada Hariz yang memerhatikan Aina dari jauh. Mia apalagi tersenyum bangga di melihat teman lelakinya berada di situ. 
" Haiii.... Sayang!" Jerit Mia yang melambaikan tangannya ke arah Hariz dan Hariz membalasnya dengan senyuman. 
SETELAH 1 jam setengah yang berlalu.... 
" Okay kini tiba kumpulan Iqbal... Iqbal sila tampilkan seseorang kedepan." Ujar Joe yang memegang mic. 
" Aina... Giliran kau lahhh..." Kata Mas rohani dan menolaknya kedepan. 
" Mas.. Aku malulahhh.. Aku tak nak.. Please.." Rayu Aina. Aina hendak kembali kepada posisinya awal tiba - tiba Joe bersuara menggunakan mic. 
" Yang tudung hijau tu sila tampil kedepan." Alamak! Aku ke? Bukanlah... Bukan... Bukan.. Bukan.. Dia kata tudung warna hijau tapi bukan aku ler tu tudung aku warna hijau muda. Dia tak sebut hijau muda pun... Bukanlah tu... 
" Aina Muslihah." Bilang Joe. Aina tersentap apabila namanya di sebut dan berpura - pura senyum. Aina memberanikan dirinya untuk dan tampil di atas pentas. Mia menjeling apabila ternampak Hariz yang sedang memandang Aina. 
YA ALLAH tolong beri hambaMU ini agar di berikan yang senang nak pilih jangan pula yang memalukan. Amin.. Amin.. Doa Aina di dalam hatinya. Err.. Heart attack? Macam senang je nak buat. Okay heart attack je lah... Tapi camne nak lakonkan hah? Ahhh... Aku hentam sajalah... Apa yang akan terjadi... terjadilah. Aku tak kisah. Kemudian Aina meletakkan jari telunjuk dan ibu jarinya bercantum dengan yang sebelah kanan dan kiri. Harap orang senang nak teka ape yang telah aku sampaikan. Tiba - tiba Aina melihat Iqbal mengangkat tangan... Bagus Aina.. At least Iqbal dapat teka tetapi dia menjerit, " Falling in love!" Hah? Falling in love dia kata.. Ini yang aku tak suke ni susah - susah orang lakonkan falling in love dia jawab.. 
" Ehhh bengong... Heart attack lahhh..!" Marah dan jerit Aina di atas pentas. Kumpulan-kumpulan yang berada di bawah ketawa melihatnya. 
" Oooopppsss... Ada yang terlepas jawapan.. Makna nye... Kita... Denda dia!" Ujar Joe. Denda? Apasal pulak aku di denda. Aku tak senghaja.. Ape ni. Uwwwwaaaa.... Tak aci. 
" Nyanyi.. Nyanyi..." Jerit Junior yang ramai. Nyanyi? Suara aku bukan sesedap mana pun... Nanti kalau hujan turun jangan salahkan aku pulak... 
Aina mengambil mic di tangan Joe dengan keadaan takut sempat dia buat isyarat dekat Joe yang dia tak mahu menyanyi. Joe mengendahkan permintaannya. Lagu ape baik ni? Lagu ape hah? Aina fikir.. Aina.. Lagu yang selalu kau dengar dekat radio. Yelahh tapi lagu ape....? Lady gaga ke? Kau hilang akal ke? Lagu melayu lah.. Melayu.. Melayu.. Hah! Lagu Aizat.. ! Tapi lagu ni lagu kesukaan Hariz..... Aina cuba untuk melontarkan suaranya yang pada mulanya agak gementar... 
" Ku cuba redakan relung hati 
Bayang mu yang berlalu pergi 
Terlukis di dalam kenangan 
Bebas bermain di hatiku 
Cerita tentang masa lalu 
Cerita tentang kau dan aku 
Kini tinggal hanya kenangan 
Kau abadi dalam hatiku 
Harusnya takkan ku biarkan 
Engkau pergi 
Membuatku terpuruk rasa ingin 
Mati 
Derita yang mendera kapan akan berakhir 
Hanya engk.... 
Belum sempat Aina menghabiskan nyanyiannya muncul Iqbal. Dia menarik mic tersebut dari tangan Aina dan melontarkan mic tersebut kebelakang dengan kuat. Aina dan yang lainnya merasa terkejut dengan perbuatan Iqbal termasuk Hariz. Iqbal menarik tangan Aina dan membawanya pergi dari situ dan menuju ke parking lot. Hariz cuba untuk mengikuti mereka tetapi Iqbal memberinya amaran. 
" Iqball... Lepaslahh kau nak bawa aku pergi mana ni? Sakitlahhh.." Ujar Aina yang meronta kesakitan apabila tangannya di pegang kuat oleh Iqbal. 
" Lepaslahhh.... Kita bukannya muhr..." Aina terkejut apabila melihat Iqbal membawanya menghampiri Nissan Fairlady Z hitam BAA 5555 yang di lihatnya minggu lepas. 
" Masukk...!"Jerit Iqbal. 
" Aku tak nak.. Ini keta sape hah?" 
" Kereta aku..!" 
" Aku tak nak...!' 
" Cepat naikk.....! " Jerit Iqbal. 
" Ape lagi yang kau tunggu tu.. cepat masuk!" Jeritnya lagi. 
" Pintu ni berkunci lah.. Bengong!" Marah Aina. 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 
Sepanjang perjalanan mereka. Aina dan Iqbal hanya mendiamkan diri sejak tadi. Aina hanya memandang tapak tangannya dan sempat mengerling ke arah Iqbal. Kenape dia marah tadi tu? Nak tanye ke tak nak ni? Tak payah lahh.. Dia cuba memberanikan dirinya untuk bersuara. 
" Kenape kau marah - marah kat dewan tadi tu? Baling - baling mic... Aku taulah suara aku tak sesedap mana pun. Tapi tak payahlah kau marah - marah aku... Tengking - tengking. " Kata Aina. Iqbal hanya mendiamkan dirinya. 
" Kenape kau marah - marah ni?" Tanya Aina. Iqbal sekali lagi mendiamkan diri dan membesarkan volume radionya. camne aku nak cakap macam ni? Tak pe kau.. Aku layan aje ni... Nah kau... 
" HULK!!! Kau dengar tak? Kenape kau marah - marah?" Jerit Aina. 
" Sebab aku... cemburu.. Kau faham? Aku cemburu...." Jawab Iqbal dan mematikan radionya. 
" Cemburu apasal? Dengan suara katak aku tu pun kau nak cemburu ke? Sampai marah - marah macam ni." Kata Aina yang kurang faham. Hish budak ni.. Bukannya nak faham... Aku dah jatuh cinta dengan kau lah budakkk..! Desis hati Iqbal. 
***************************** BERSAMBUNG KE BAHAGIAN 9****************************************** 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan