Jumaat, 21 Februari 2014

Dan bila Mr. Right Tiba - Sabrina Haji Zamri (Part 1)

NURAINA MUSLIHAH, atau lebih mesra di kenali sebagai Aina. Dia merupakan seorang gadis yang berusia 20 tahun yang berasal dari keluarga yang sederhana, berkulit cerah, berparas rupa seperti ala - ala chinese, tidak tinggi dan tidak rendah dan mempunyai perwatakkan yang comel. Aina baru sahaja menamatkan pengajian tingkatan enamnya pada tahun lepas dan kini melanjutkan pembelajarannya di salah satu universiti yang terkenal di negaranya - Negara Brunei Darussalam. Aina merasa bangga di atas pencapaiannya itu kerana ia bukan sesuatu perkara yang mudah untuk di lakukan bahkan cuma segelintir sahaja di kalangan rakan - rakannya yang berjaya meloloskan diri ke peringkat universiti. Salah seorang dari rakannya ialah Siti Maryani atau lebih selesa di kenali sebagai Mary yang juga merupakan teman sebilik asramanya di universiti tersebut. 
Hari ini 24 julai 2010, merupakan hari pertama Aina sebagai seorang freshie. Dari jauh lagi kelihatan Aina sedang berlari - lari anak mencari bilik kuliahnya iaitu bililk C-103. Dia mengambil jurusan Bachelor of Brunei Studies kerana ia sememangnya minat Aina sejak dulu iaitu mempelajari Brunei dengan lebih mendalam. 

Aina cuba menahan nafasnya yang tercunggap - cunggap itu sambil mengurut dadanya. Bagaikan orang marathon pun ada juga. Aina kini dapat merasakan yang dirinya telah sesat kerana abjad yang di hadapannya adalah huruf A. Maklumlah baru masuk mesti juga tersesat. Dia sememangnya ingin pergi bersama dengan Mary tapi tup...tup... Mary pagi - pagi lagi entah hilang kemana. Tidak juga di tinggal pesan. Banyak juga yang lalu lalang di situ. Bila Aina bertanya kepada mereka. Terkebil - kebil pula mereka melihatnya. Malahan ada yang seperti hendak ketawa apabila melihatnya dari jauh. Memusykilkan! Ingin saja Aina menjerit kepada mereka yang tidak henti memandangnya itu, " Apa korang tengok - tengok aku ni hah? Dah lah sesat." Desisnya di dalam hati. 
" Adik....?" Aina menoleh kebelakang apabila di sapa oleh seorang perempuan yang kelihatan sopan. 
" Hah? Ape?" Jerit Aina apabila di sapa. 
" Amboi... Garangnye..." Kata perempuan tersebut dengan menguntumkan sebuah senyuman. 
" Adik ni budak juniorkan? Hmmm... Akak seorang senior dekat sini. Kenalkan nama akak, Dee." Katanya dengan menghulurkan tangan. Kemudian tersipu - sipu malu Aina menyambutnya. 
" Saye Aina Muslihah. Panggil aje Aina. Maaflah kak... Saye tak berniat pun nak tengking akak. Cuma saye dah sesat. Nak cari bilik kuliah C-103. Saye dah terlewat 15 minit. Tu yang buat saye geram tadi." Aina mengaru kepalanya yang tak gatal. 
" Ohhh... Macam tu.. Tak pe. Hal kecik aje. Bilik C- 103 tu bukan kat sini. Adik naik staircase tu. Tingkat dua hujung sekali sebelah kanan. " Terang Dee. 
" Tunggu... Ade satu lagi yang akak nak tanye. Tudung adik memang fashionnye macam gitu ke?" 
"Fashion?" Aa'aah memang macam ni lah.. Katanya di dalam hati sambil itu cuba untuk membelak tudung syria yang di pakainya... Aaahhh bukan macam ni lah. Alamak! Patutlah Lain macam je orang tengok aku.. Tudung aku pakai.. terbalik rupanye..! Uwwwaaa.. Mana nak letak muka aku ni? Ni lonceng jam punya fasal lah ni kalau belum tamat riwayat kau hari ni tak lah aku haru biru macam ni... Omel Aina sambil mengetuk kepalanya dengan tangan. Aina kemudiannya berlalu dari situ dan sekali lagi menghadiahkan senyuman kepada Dee. 

" Comel..." Dee tersenyum ketika melihat telatah Aina yang seperti kebudak-budakkan itu. 
SETELAH membetulkan tudung syrianya yang berwarna pink itu di ladies. Aina pun melangkah masuk kedalam kelas ' di hujung sebelah kanan ' yang di sangkakan ada pensyarah yang sedang menunggunya dengan pandangan yang mengerikan dan mungkin akan mendendanya seperti yang di lihatnya di dalam sinetron melayu. Kesemua pelajar kini sudahpun mengambil tempat duduk masing - masing dan nampaknya mereka sedang sibuk melakukan sesuatu. Di belakang kelas tersebut terdapat dua buah kerusi yang sepertinya tiada berpenghuni. Aina kemudiannya mengambil di salah satu tempat duduk tersebut. ' Awal masih belum ada pensyarah ' kata Aina di dalam hati. Selepas itu Aina mengeluarkan buku Sastera Melayu Brunei yang baru di belinya minggu lepas. Hari pertama belajar hendaklah fokus dan automatically hari - hari berikutnya akan turut fokus juga. Itulah prinsip Aina sejak dari dulu. 

Sedang sibuk Aina membaca muncul seorang lelaki kacukan melayu inggeris, berketinggian 6 kaki 2, mempunyai kulit yang cerah, gaya rambutnya seperti rambut ala - ala Awal Ashaari sedang berdiri di hadapannya. Di sebelahnya pula ada seorang lelaki yang bergaya casual yang memakai gelas mata. 
" Hoi...! Kau sape hah? Yang kau duduk di seat aku tu apahal? " tengking pemuda tersebut.
" Ape hoi-hoi? Takde nama ke yang kau panggil aku hoi - hoi? Aku tak pekaklah bengong. Jangan ganggu aku baca buku ni. Boleh tak? Kata Aina sambil mengisyaratkan pemuda tersebut untuk pergi. 
Akan tetapi lelaki itu tetap tidak mahu berganjak dari situ bahkan dia masih lagi berdiri di tempat yang sama. Aina mengendahkannya. Tiba - tiba lelaki tersebut memaut lengan Aina dengan kuat. Habis berguguran barang - barang Aina di lantai. Adegan yang menarik ini mengejutkan semua orang yang berada di situ. 

" Ehhh.. Pokcik kau tak reti bahasa ke? Kan aku dah kata cari tempat duduk lain. Cari tempat duduk lain. Noktah. Lagi satu.. Kau lepaskan lengan aku ni. Sakitlah bengong. Kita bukan muhrim. Baik lepaskan cepat sebelum aku laporkan penderaan kau ni pada pensyarah." Ugut Aina. Mahu saja di ajar lelaki itu sampai dia sedar. Kalau tak sedar - sedar juga akan aku hadiahkan dia tattoo berukuran buku limaku di pipinya yang putih melepak itu. Without any charge! Marah Aina. 
Lelaki itu tersenyum hingga menampakkan lesung pipitnya di kanan dan pipi kirinya. Ayooo...memikatnye... Sudahlah Aina.. Stop gazing at him okay? Mamat ni garang tak kenal tempat takut aku macam The Hulk. Tapi The hulk ade lesung pipit ke errkk? 

" Ehh budak... Itu seat aku. Dah 2 tahun aku duduk kat situ. Kau sape hah? " gertak Iqbal. 
" Ini seat aku lah... Ade kau ke tulis nama kau kat belakang kerusi ni? Tak ade kan?" Balas Aina dan menghadiahkan jelingan tajam pada Iqbal. 
" Dahlah kawan... Let's not fight. Seat korang ni takkan lari punya. Kalau korang nak.. Aku ambik extra seat kat kelas Prof. Sofimah tu. Kau ni pun satu, Iq tak bawa dia berbincang. Bukankah suatu permasalahan haruslah di bawa kepada penyelesaian yang baik? Dan disini adalah perbincangan. kau ingat tak motivasi yang kita dengar siang tadi? " 
Aina ketawa kelucuan. Ada juga benarnya tapi agak melucukan apa yang di utarakan oleh lelaki berkaca mata itu. Aina dapat mengesan yang kesemua pelajar tadi telah kembali seperti biasa setelah perdamaian ini berlaku. 
" Budak? Yang kau ketawa sorang diri ni nape? Dah hilang akal ke errk? " tegur Iqbal. 
" IQ...!" Jerit temannya. 
" Yalah... Yalah.." 
" Aku Mohd. Iqbal Hamim dan yang ni Syafiq Nazmi. Kau nama ape budak? Aku baru pernah tengok kau di kelas ni. Kau budak transfer ke? Tapi tak patut..." 
" Aku Aina Muslihah. Dan panggil aku Aina bukan budak. Faham? Memanglah baru pernah tengok. Kita kan junior. Mestilah saling tidak mengenali. " 
" Hah... Junior???" Bulat mata mereka mendengar jawapan Aina. 
" Kenape? Tak faham ke? Aku tak bawa kamus hari ni. Payah aku melayukan. " kata gadis bertudung pink itu. "Kau tersalah bilik ni... Ini bilik senior lah budak..." Jawab Iqbal. 

Syafiq menangguk tanda benar. 
"Ehh... Tapi ini bilik kuliah tingkat dua hujung sebelah kanan. Bukan?" 
" Ini sebelah kiri lah... Mungkin yang lihat tu dari bahu kanan kau. Tapi sebenarnya ini sebelah kiri. Our uni is divided into two wings. Left and right. Kau punye sebelah sana lah.. Sebelah kanan. " Jelas Iqbal yang menunjuk kelas yang sebenarnya. 
" Ini bermakna aku dah salah kelas lah ni? " kata Aina yang meletakkan tangan kanan di atas kepalanya dan pada masa yang sama tangan Aina tersadai di mulut Iqbal yang berdiri di sebelahnya. 
" Ouchh.... budak ni...!!! " Jerit Iqbal yang sedang menahan sakit sambil memegang dagunya. 

********** BERSAMBUNG KE BAHAGIAN 2 ********** 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan