Jumaat, 21 Februari 2014

Dan Bila Mr. Right Tiba - Sabrina Haji Zamri (Part 3)

AINA berjalan kaki menuju Masjid yang berhampiran dengan universitinya apabila mendengar seruan azan yang berkumandang bagi menandakan telah masuk sembahyang fardhu zuhur. Setelah selesai menunaikan sembahyang Aina mengucap syukur kehadrat ILAHI dan memberi sedekah Al-Fatihah kepada insan-insan yang telah pergi. Kemudian Aina keluar dari Masjid tersebut dan berjalan menuju ke universitinya. Sedang Aina melangkah tiba - tiba datang sebuah kereta Nissan Morano yang berwarna coklat dan kereta tersebut berhenti di bahu jalan dan pemandunya keluar menyapa Aina.

" Aina?? Is that you? You look great. " Kata Hariz penuh dengan kejujuran.
" Jomlah naik kereta I. You nak pergi uni kan? I hantarkan. "
" Tak pelah.. Terima kasih." Balas Aina dengan ringkas. Ada pulak mamat ni... buat sakit hati dan perasaan aje.. Pergilah kau... Pergi dari hidupku...
" Janganlah macam tu. I baru je jumpa you. Tak tau pun yang you pilih uni ni. How are you? Naik kereta I yeah? " pujuk Hariz.
" Alhamdulilah sihat walaafiat.. Tak pelah.. Uni hampir aje. Lagi pula apa kata Mia kalau dia ternampak awak berdua - duaan dengan saye. Teman wanita ' lawa ' awak tu study kat sini juga, right? " Senghaja Aina menekan perkataan lawa tu. Biar dia... Rasakan lahhh dari mulut ku yang laser ni...
" Aina, I'm Sorry. I never meant to leave you. I was being selfish. Maafkan I, Aina."
" Dahlah Riz... I am late.. Really.. I'm fine... " Aina berlalu dari situ dan meninggalkan Hariz yang terpingga-pingga di tengah jalan.

" WHATT...??? Dia dah hilang akal ke? Kau kenal dia hampir 7 tahun, Aina. Bercinta dah dekat 5 tahun. Dapat teman wanita lawa macam kau pun masih cari yang lain. Apa dia nak sebenarnya hah? Tak appreciate kaum Hawa langsung. Siapa perempuan gedik yang membuatkan Hariz terpikat sangat tu? " Tanya Mary dengan nada yang marah.
" Kau tau tak dia kata... dia cintakan seseorang dan seseorang itu.... adalah... Mia! Ya.. Mia! Sahabat aku yang selama ini teman aku belajar, makan minum, berkongsi cerita. Aku harap orang tu bukan Mia tapi ternyata dia...! Hariz memang sukakan Mia...! " Tangis Aina.
" Mia?? Kenapa dia sanggup buat kau macam tu, Aina? Aku tak sangka Mia sanggup buat kau macam tu. Dia kan sahabat kau. " ujar Mary yang tidak percaya dengan apa yang di ungkapkan oleh Aina sebentar tadi.
" Aku tak tau... Aku memang mengesyaki Hariz ade girlfriend lain... Tapi aku betul - betul tak sangka orang tu adalah Mia..." Jelas Aina yang menangis teresak - esak.
" Aku terlalu mencintai Hariz, Mary.. Kenape dia sanggup buat aku macam ni..? Dia khianati apa erti cinta..! Dia khianati cinta kami..! Hariz pernah janji pada aku akan bersama hingga akhir hayat kami. Tapi dia tipu aku! Dia bohong!" sambungnya lagi. Kini tangisan Aina semakin kuat kedengaran.
" Jadi apa kau nak buat? Kau nak aku cakap dengan Hariz? " tanya Mary yang merasa simpati keatas Aina.
" Jangan..! Tak payah ... Dah memang jodoh aku tak panjang dengan dia... Aku redha... Biarlah aku berkorban demi kebahagiaan mereka... " ujar Aina yang menahan sebak di dada.
" Aina... Kau terlalu baik.. Aku bertuah dapat teman seperti kau. Tapi kau jangan risau. Aku yakin suatu hari Hariz akan menyesali perbuatannya. " pujuk Mary.

Hariz merupakan teman lelaki Aina selama 5 tahun. Orangnya kacak dan bergaya mungkin itu yang membuatkan Mia sanggup merampas kebahagiaan sahabat karibnya sendiri. Aina sudah pun melupakan kisah ini cuma ianya kembali bermain di memorinya selepas dia memasuki uni yang sama dengan Hariz dan Mia. Mia merupakan freshie sama seperti Aina dan Hariz merupakan senior mereka. Akan tetapi Mia dan Aina sudah tidak rapat seperti dulu lagi.

********************************* BERSAMBUNG KE BAHAGIAN 4 *************************************

Tiada ulasan:

Catat Ulasan