Jumaat, 21 Februari 2014

DAN BILA MR.RIGHT TIBA - Bahagian 16

 AINA baru sahaja selesai menunaikan solat tahajud dan membaringkan badannya di atas katil yang empuk. Baru sahaja Aina bersiap sedia untuk melelapkan matanya tiba - tiba ada pesanan ringkas telah masuk ke dalam telefon bimbit Aina. 
Oh mak engkau...! Sape pulak ganggu aku tengah malam buta ni.. Pukul 12.30 pagi ni weiii... penat aihh... biar ajelahh.. esok je balas message tu... 

Setelah lima minit, Aina berjaya melelapkan matanya tapi telefon bimbitnya berbunyi lagi. Aina membuka lampu tidur kecil yang berada di sebelah katilnya dan mengapai telefon bimbitnya. 

You have 2 new messages 

Aina menekan butang open untuk membaca pesanan ringkas yang pertama. Pokcik Hulk? Kenape dia ni hah? Ape dia nak ni? 

From: Pokcik Hulk 
I read this from your facebook status just now. ' Tengah dating dengan Tom. Rindu sangat - sangat ngan Tom! ' Sape Tom? Assalammualaikum. 

Ish dia ni malam - malam tanye sape Tom.. Tak boleh esok pagi ke ape. Kata Aina didalam hatinya. Aina membuka pesanan ringkas kedua yang juga merupakan dari Iqbal. 

From: Pokcik Hulk 
Aina... 
Tom sape??? 

Apasal jarak nama aku ngan Tom jauh ni? Mobile dia rosak ke ape... 
Aina menaip pesanan ringkas untuk di kirim kembali kepada Iqbal. 

To: Pokcik Hulk 
Tom? He is my love. Waalaikumsalam. 

Aina bingkas bangun untuk menutup suis lampu tidurnya tapi telefon bimbitnya berbunyi lagi. 

From: Pokcik Hulk 
Give me his mobile number. Iq nak cakap ngan this Tom. 

To: Pokcik Hulk 
Dia tak ade mobile... 

From: Pokcik Hulk 
telefon rumah?? 

Kenape dia nak cakap ngan Tom ni? Dah lah ganggu orang tidur. Desis Aina di dalam hatinya lalu memandang Tom yang sedang tidur di karpet berdekatan katil Aina. Aina membalas pesanan ringkas yang baru masuk tadi. 

To: Pokcik Hulk 
Tak ade jugak... Tom tak boleh cakap... 

From: Pokcik Hulk 
Sebab?? 

To: Pokcik Hulk 
Sebab... dia kucing aku lah, bengong! Dah dah dah... Aku nak tidur. Selamat malam. 


Keesokkan harinya Iqbal datang kerumah Aina dengan membawa kueh-mueh yang dibelinya di kedai makan berhampiran. Iqbal dan Aina berada di dalam ruang tamu dan bermain dengan Tom, kucing peliharaan Aina. 

" Pokcik Hulk.. May I introduced you to Tom? " Usik Aina yang menggosok kepala Tom. 
" Haha.. Handsome. " Iqbal mengenyitkan matanya. Tom mengiau melihat Iqbal. 
" Manalah Iq tau.. Tom ni kucing.. Sepatutnya Aina bagitahu Tom ni adalah Singa. Tengok badannye besar. Aina bagi Tom makan ape? " Soal Iqbal. 
" Sehari Tom makan.. Ayam 5 ekor, burger daging 3, spaghetti 4 mangkuk dan minum air pepsi 2 baldi. " Balas Aina. Iqbal ketawa kelucuan. 

Comeiinye.. dia ketawa.... Astaghfirullahalazim.. Kuatkan iman Aina, kuatkan iman. 

" Eh Iqbal.. bila kamu sampai? " Soal Puan Syairah, mama Aina yang baru saja masuk ke ruang tamu. Tuan Haji Zamani pada waktu itu telah pergi ke Pasar Gadong. 
" Baru aje makcik. " Iqbal bersalaman dengan mama Aina. 
" Ni... kueh Iqbal sedekah makcik buat sarapan pagi. " Ujar Iqbal dan membagi plastik yang berisi pelbagai jenis kueh kepada puan Syairah. 
" Buat susah - susah aje. " Puan Syairah tersenyum dan mengambilnya. 
" Kueh ape? " Soal Aina kepada Iqbal. 
" Kueh kelapa coklat dan bermacam - macam lagi lah.. Iq tak ingat. " Balas Iqbal. 
" Kueh kelapa coklat? Kueh ape tu, ma? " Tanya Aina. Mamanya mengangkat kedua bahunya. 
" Kueh kelapa coklat? " Aina cuba mengingati kueh itu. 
" Yang warna coklat. Di atasnye ade kelapa parut tu. " Jawab Iqbal. 
" Yang itu kueh kusui lah! " Kata Aina yang hampir ketawa. Puan Syairah mengeleng kelucuan. 
" Aa'ah kueh kusui lah.. Iq kata ape tadi? " Ujar Iqbal yang mengigit bibirnya. 


************************ BERSAMBUNG KE BAHAGIAN 17 ************************ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan