Jumaat, 21 Februari 2014

DAN BILA MR.RIGHT TIBA - Bahagian 12

SETELAH selesai menunaikan sembahyang fardhu subuh. Aina mengeleng berkali - kali melihat Mary yang sedang dibuai mimpi. Entah mungkin sudah sampai mengeliling seluruh negara. Aina membanguni Mary yang tidur nyenyak. 

" Sayang... bangun lah.. " Usik Aina di ikuti tawa yang kecil. 
" Hmmm... " Balas Mary yang masih lagi tidur. 
" Mary... Cepat bangun.. " Aina menarik selimut yang di pakai Mary. 
" Kejaplah Aina. 5 minit. Okey? " Ujar Mary yang memusingkan badannya dari Aina. 
" Assolatu Qhoiru minanaum... " Alunan suara Aina yang seperti Seorang ustazah. 
" Hmmm... Solat baik.. Baik solat.. " Ujar Mary yang mengigau lagaknya. 
" Mary, dah hampir siang ni! Cepatlahh.. nanti tak sempat kau solat subuh. " 
" Yelah... Yelah.. " Mary yang masih dalam keadaan mengantuk bangun dari tidur dan duduk di atas katilnya. 
" Hah... Bagus. Bangun pun. Sikit lagi aku siram kau dengan air sirap. " Kata Aina. 

Tiba - tiba telefon bimbit Aina berbunyi di atas meja belajar. Aina pun berlari anak dan mengangkat panggilan itu. 

" Assalammualaikum.. " Aina memberi salam. 
" Walaikumsalam.. Aina, mama ni.. Dah sembahyang subuh? " Soal mama Aina. Maklum saja anaknya jauh dari pandangan. Mesti juga ditanya perihal solat. 
" Oh mama! Dah baru aje habis. Aina rindu sangat dengan mama! Mama apa khabar? Abah sihat? " 
" Kot ya pun.. Tanye lah satu - satu. Alhamdulilah mama sihat. Abah kamu pun sihat. Ni.. Mama nak tanye.. Sape hantar kamu balik? Kamu ikut Mary ke? Nak abah kamu ambik? " Soal puan Syairah. Aina memandang Mary yang duduk terlentok - lentok dan mengangguk kepalanya. Kepalanya bagai hendak rebah ke tilam yang empuk. 
" Suruh abah ambik jelah.. Aina tak nak menyusahkan Mary. " Ujar Aina dengan lembut. 
" Okey nanti mama bagitahu abah kamu. Aina jaga diri okey? Ni... Tom rindu dekat kamu. Asyik ngiau aje kerjanye.. " Tom adalah kucing peliharaan Aina yang lebih dari tiga tahun umurnya. 
" Yeke? Peluk dan cium Aina untuk Tom ya mama.. " 
" Okey. Assalamualaikum. Jangan lupa kemas barang kamu awal sikit. Jangan esok lusa kucar - kacir pula. " Pesan mama Aina, puan Syairah. 
" Insya - ALLAH.. mama Aina tercinta.. waalaikumsalam... " Jawab Aina. Puan Syairah mengeleng. Dia tahu perangai anaknya macam mana. 
Aina meletakkan telefon bimbitnya kembali ketempat asalnya. Pandangan Aina kini tertumpu kepada Mary yang mengubah posisinya untuk tidur. 
" Siti Maryani! " Jerit Aina. Geram. 
" Hmm... " Balas Mary yang mengantuk. 
" Hmmm... Hmmm.. Aje dari tadi. Bangun pun tak! " Kata Aina. Aina menerpa ke arah Mary dan menarik selimut serta bantal Mary. Mary pun tersembam ke lantai yang licin itu. 
" Adoii... Punggung aku.. Sakit lah Aina.. " Ujar Mary yang kesakitan. 
" Sorry cik Siti Payung, tadi kata nak bangun.. Tu attempt nombor satu belum lagi nombor dua. " Kata Aina yang bercekak pinggang. 
" Garang lah kau ni.. Entah.. bila kau kahwin nanti. Ape agaknya kau akan buat kat laki kau yang tak nak bangun solat subuh. " Usik Mary yang mengangkat kirai kirinya. 
" Aku akan bacakan surah tiga KUL kat telinga dia! " Ujar Aina yang masih lagi bercekak pinggang. 

" IQ, apa ceta kau ngan Aina? Aku dengar dari Isya.. Kau bawa dia pergi jumpa parents kau? Is it true? " Soal Taufiq yang berada di luar beranda bilik tidur Iqbal yang dapat melihatkan keseluruhan pemandangan taman uminya dari situ. Pintu slidingnya di buka luas agar angin malam dapat masuk dengan bebas. Iqbal berada disebelahnya. Joe pada masa itu sedang bermain Game Playstation - the call of duty di dalam dan Syafiq sedang membaca buku di atas katil Iqbal. 

" Isya memang selalu bocorkan rahsia pada kau kan? " Jawab Iqbal yang mengukir senyuman. Taufiq membalas senyumannya. 
" So...what happened? " Soal Taufiq yang menunggu jawapan. 
" Parents aku.. suka kat Aina very much apalagi Isya.. Memang ngam dengan Aina. Bukan main rapat lagi.. " 
" Kalau macam tu bagus lah... bro. Jadi.. Kau tak nak lanjutkan hubungan kau ngan dia ke? Jadikan dia makwe kau ke? " Tanya Taufiq yang memandang Iqbal di sebelah kirinya. 

" Yelah bro... Nanti kena kebas.. Menangis tak berlagu lah kau, Iq...! " Jerit Joe yang sedang menutup TV Plasma skrin di bilik Iqbal. Syafiq masih lagi khusyuk membaca buku. 
" Yelah bro.. Aku dengar dari Mary. Hariz, bekas teman lelaki tu masih cintakan Aina. Kau tak takut ke nanti Aina kembali pada Hariz ? " ujar Taufiq. 
" Yelah..! " Sampuk Joe lagi yang kini duduk di atas sofa. 
" Aku... malu lah, bro. Aku tak tau... cane nak mulakan. Kau tau kan dia cinta pertama aku... " Jawab Iqbal yang runsing. Taufiq mengangguk tanda mengerti. 


" Abang Iq... " Kata Kaliyshah yang baru saja masuk kebilik Iqbal dan memeluk abangnya. 
" kenape ni.. hmm.. manja pulak ngan abang Iq tiba - tiba. Selalu.. tak macam ni kalau ade abang Taufiq. " Kata Iqbal yang mengusap rambut Isya. Taufiq tersenyum memandang mereka berdua. 
" Isya... rindu kat.. kak Aina. " Jelas Kaliyshah yang manja. 
" Abang Iq pun... " Jawab Iqbal dengan jujur. Rasa rindunya sukar untuk di pendam lagi. 
" Abang Iq suruhlah... kak Aina datang sini lagi.. please. " Pujuk Kaliyshah. Iqbal mengangguk perlahan. 

" Isya... Nanti suruh Abang Iq kahwin ngan kak Aina. Lepas tu tak yah lah rindu - rindu lagi! " Jerit Joe lagi. 
" Bro, kalau nak kata lagi.. Tak payahlah jerit.. Habis satu kampung dengar kau. Kau ke sini dekat beranda ni boleh tak? " Soal Taufiq yang mengeleng. Syafiq kini terlena di atas katil milik Iqbal. Letih sangat agaknya budak tu. 
" Abang Iq... janji kat Isya.. nanti bawa Kak Aina ke sini lagi. A.S.A.P.. Isya nak bawa Kak Aina tengok bilik Isya. " Pujuknya lagi. 
" Insya - ALLAH dearest.. Abang Iq pun nak tengokkan kak Aina bilik abang Iq juga. " Jawab Iqbal yang mengenyitkan matanya. 
" Gatal lah.. abang Iq ni.. " Ujar Kaliyshah yang mencebirkan bibirnya. 
" Dengan kak Aina aje... " Ujar Iqbal yang memainkan kedua kirainya. 
" Taufiq, kau ngan Mary ade papa ke? Dari hari tu kau asyik sebut Mary je." Soal Joe yang menuju ke beranda dan menepuk belakang Taufiq. 
" Biarlah rahsia... " Ujar Taufiq dengan penuh makna. 



*********************** BERSAMBUNG KE BAHAGIAN 13 *********************** 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan