Jumaat, 21 Februari 2014

DAN BILA MR.RIGHT TIBA - Bahagian 17

" AINA, perut aku lapar lah... Kita berhenti makan kat restoran tu, ya? " Kata Mary. Tangan kirinya memegang perutnya yang lapar dan tangan kanannya memegang stering kereta suzuki swiftnya. 
" Ohh.. bunyi tadi tu dari perut kau ke? Aku ingatkan bunyi dinasour mana tadi. Dahsyat bunyi perut kau. Dah sampai tahap kritikal ke? " Gurau Aina yang tertawa melihat Mary yang kelaparan. 
" Aku rasa gastrik aku datang ni.. " Kata Mary yang kelihatan sedih. 
" Padan muka kau.. Sape suruh tak lunch kat rumah aku tadi? Mama aku pelawa kau makan.. bukan main kau jawab ' I am on a special diet, makcik. ' Rezeki depan mata, kau tolak.. Ni lepas makan kau bayar. Mama aku bagi free aje. " Ujar Aina yang kini duduk di meja makan dalam restoran Thai food. 
" Mix vege with rice satu dan air susu panas. " Kata Mary tanpa melihat menu. Pelayan restoran itu mengangguk dan menulisnya di dalam kertas. 
" Air kelapa coklat satu. " Kata Aina dengan serius kepada pelayan restoran yang berdiri di sebelah mereka. 
" Air kelapa coklat? " Soal pelayan restoran itu yang kelihatan agak binggung. 
" Aina, aku lapar sangat sangat sangat.. Aku mohon cepat ambik order. " Kata Mary yang menahan lapar. 
" Ah? Eh maksud saye. Erm Air kelapa muda satu. Maafkan saye. " Ujar Aina yang terkejut kerana luar dari kesedarannya yang mengutarakan perkataan itu tadi. Pelayan restoran itu menangguk. 

Kenape tiba - tiba je aku teringatkan Iqbal ni? Kueh kelapa coklat oh kueh kelapa coklat.. virus Iqbal lah ni! 

" Aina? Mary? " Tegur Hariz yang segak kelihatan dengan baju T-shirt biru. 
" Hariz? " Ujar Aina yang agak terperanjat melihat Hariz yang baru masuk ke kedai makan itu. 
" What a surprise! May I joined you, girls? " Soal Hariz yang melihat Aina dengan senyuman.
" Apa salahnye.. " Ujar Mary. Aina menendang kaki Mary dengan kuat. 
" Biar Hariz bayar makanan yang kite order nanti. Rezeki dah di depan mata. " Bisik Mary. Hariz pada masa itu memesan hidangan pilihannya pada cashier yang hanya kelihatan di situ. 
" Tapi... " Kata Aina yang agak keberatan. 
" Shh... Shh.. Hariz datang. Buat normal, Aina." Ujar Mary dengan bisikan yang halus. Aina bermuka masam. 
" Aina, aku dengar Tom yam seafood di sini sedap tau. " Kata Mary dengan makna. 
" Sedap ke? You girls nak cuba? I belanja korang makan. " Kata Hariz yang duduk di sebelah Aina. Mary mengangguk dengan cepat. Aina menjeling Mary yang sedia memegang sudu dan garfu di tangannya. 

Pelbagai jenis makanan yang telah di pesan oleh Hariz. Dengan bau harum dari ayam pandan, tom yam seafood, chicken glass noddles, dan mango fish memang kelihatan sedap. 

Setelah selesai makan mereka bertiga berborak kosong mengenai prestasi pembelajaran mereka di universiti. Perbualan mereka terhenti apabila Mary meminta izin untuk pergi ke tandas. Sunyi menyerang Aina dan Hariz buat seketika. 
" Aina... I masih cintakan you. " Ujar Hariz secara tiba - tiba. 

" Cinta? Hariz.. jangan gila lah.. " Aina memandang meja. 

" I am serious. Aina, please I nak you kembali pada I. " Desak Hariz. 
" Aina nak keluar. Bagitahu Mary.. Aina tunggu Mary diluar. " Balas Aina yang bergegas bangun tapi tangan Aina di pegang oleh Hariz. 
" Aina, I'm begging you. Please.. " Pujuk Hariz. 
" Hariz.. lepaskan tangan Aina. Please. " Kata Aina dengan fikiran yang bercelaru dan seakan hendak menangis. 
" Kenape ni? Kau buat ape pada Aina? " Soal Mary yang baru keluar dari tandas pada Hariz. 
" Nothing... let's go.. " Ajak Aina dengan mata yang merah. Hariz melepaskan pegangannya.


Hariz, kau adalah cinta pertama ku. Kenapa cinta pertama itu sukar untuk di lupakan? Hariz.. Kau dahulu pernah beri aku kebahagiaan, kenangan yang manis dan cintamu. Aina.. Kau masih cintakan Hariz? Tidak! Aku tidak lagi mencintainya. Kenapa Aina? Kenapa..? Sebab.. aku cintakan Iqbal..! 


******************* BERSAMBUNG KE BAHAGIAN 18 ******************* 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan