Jumaat, 21 Februari 2014

DAN BILA MR.RIGHT TIBA - Bahagian 23

" SYAFIQ, ibu ade kata mereka pergi mana tak? " Soal Taufiq yang sedang bermain game playstation 2 bersama Joe. Syafiq pada ketika itu sedang membaca buku islamiah. 
" Hmm... kalau tak silap.. ibu bilang dia pergi function kat dewan Bridex. " Balas Syafiq kepada Taufiq tetapi matanya memandang buku. 
" Kenduri kahwin? " Soal Taufiq lagi. 
" Yup... Bro, ingat tak Dk.Hazirah anak kepada uncle Salleh? Aah.. dia lah yang kahwin tu. " Ujar Syafiq. Dahi Taufiq berkerut. Cuba untuk mengingati siapa perempuan tersebut. 
" Alah... dulu ibu pernah jodohkan bro dengan dia. Tapi.. yelah bro yang jual mahal. " Kata Syafiq yang sepertinya membaca fikiran Taufiq. 
" Ohh... yes. Dah ingat. Dk. Hazirah tu muda lagi wei. Kahwin dengan sape? " Tanya Taufiq yang ingin tahu. 
" Entah.. " Syafiq mengangkat bahu. 
" Korang berdua ni apasal tak datang kenduri tu? " Soal Iqbal yang menghampiri rak dvd game dan mula memilih. Di angkat dan tenungnya salah satu dvd game tersebut. 

' The Incredible Hulk. ' Iqbal tersenyum hingga menampakkan kedua lesung pipitnya teringatkan panggilan ' Hulk ' yang di beri oleh Aina. Iqbal sungguh tampan apatah lagi ketika dia tersenyum. 

Aina buat ape sekarang ni? Rindunye aku.. Kejap lagi hantar mesej ahh.. argghh... gilalah macam ni.. Kata Iqbal di dalam hatinya. 

" Aku baru tau, bro. Lagipun.. aku takut kehadiran aku mengugat perkahwinan mereka. " Gurau Taufiq. 
" Taufiq, mata tengok skrin Tv. Jalan kereta kau simpang - siur entah kemana. Habis rosak kau langgar kereta mitsubishi sport aku. " Ujar Joe yang asyik bermain game Granturismo. Taufiq segera memandang skrin Tv. 
" Kau pula, Syafiq. Ape alasan kau tak datang? " Tanya Iqbal yang mengeluarkan I-pad dari dalam begnya. 
" Ibu suruh aku tinggal. Jaga rumah.. " Balas Syafiq yang masih membaca buku. 
" Buku apa kau baca tu? " Soal Joe yang di ajukan kepada Syafiq. 
" Yelah, dari tadi aku perhatikan tak berenggang kau dengannya. " komen Iqbal. 
" Buku ni? Tajuknye.. Ciri - ciri suami soleh dan beriman." Balas Syafiq yang tersengih. Ketiga - tiga mereka tertawa. 
" Sediakan payung sebelum hujan, ya? " Usik Taufiq. Syafiq tersengih lagi. 
" Syafiq, ciri - ciri wanita pilihan kau camne ah? Aku bukannye busybody.. tapi aku curious sikit. " Ujar Joe sambil menekan joystick yang di pegang. 
" Tak ape.. hmm.. Dalam islam disunatkan memilih isteri yang kuat pegangan agama Islam, belum pernah berkahwin, keturunan yang banyak anak, keturunan yang baik, bukan keluarga terdekat dan perempuan itu tidak ada hubungan keluarga dengan bakal suami. Jika ada hendaklah ia dari hubungan yang jauh. " Terang Syafiq yang berdiri. Tangan kanannya di angkat lagaknya seperti seorang ustaz yang mengajar anak muridnya. 
" Syafiq? Yang itu memilih isteri bukan teman istimewa. Kau nak nikah ke? Lain macam aje. " Ujar Joe. Iqbal dan Taufiq tergelak. 
" Aku tau ahh.. saje turunkan ilmu kat korang. " Ujar Syafiq yang bercekak pinggang. 

DENGAN perasaan yang gemuruh Aina melangkah masuk ke dalam ofis Prof.Nazmi. Pelbagai soalan yang bermain di fikirannya. Kenapa prof.Nazmi ingin menemuinya setelah habis kuliah tadi? Apa yang hendak di sampaikannya? Kuliah baru sahaja bermula mungkinkah mengenai tugasan yang di berikan sebelum cuti semester? Aina menundukkan kepalanya setelah melihat muka Prof.Nazmi yang tegang. 

" Aina, saye ingin meminta maaf kepada kamu terlebih dahulu kerana saye baru saja terdengar tentang hal ini. " Luah Prof.Nazmi yang sedang duduk di atas kerusinya. Mejanya di hiasi dengan kertas - kertas tugasan, buku laporan, buku - buku yang di gunakannya semasa kuliah dan segala alat tulis. 
" Maaf.. tapi boleh saye tahu atas sebab ape prof.Nazmi minta maaf? " Soal Aina yang agak keliru dengan situasi itu. 
" Saye sungguh kecewa, Aina. Kecewa dengan tuduhan... yang mengatakan saye bercinta dengan kamu sedangkan kamu saye anggap tidak lebih dari seorang adik perempuan. " Ujar Prof. Nazmi. Kata - katanya jelas kedengaran seperti orang yang sungguh kecewa. Aina menelan air liurnya berkali - kali. 
" Alasan sebenar saye memanggil kamu adalah kerana saye ingin tahu dari mana timbulnya gossip tersebut yang besar kemungkinannya kamu mengetahuinya. " Jelas prof. Nazmi sambil mengurut kepalanya yang agak pening. 

Aina mendonggakkan kepalanya. Dia tahu dia tidak perlu takut kerana dia sememangnya tidak bersalah. Apakah yang harus di balasnya? Aina ingin menyebut nama Mia. Dia ingin memberi informasi kepada prof.Nazmi bahawa Mia, bekas sahabatnya lah dalang semua itu. Aina tahu dia harus berkata jujur tapi apa yang akan terjadi kepada Mia jika prof.Nazmi mengetahui hal yang sebenarnya? Mia mungkin akan di gugurkan dari universiti. Aina tidak mahu mengadaikan semua itu. 
" Saye rase hal tersebut sudah pun selesai dua minggu lepas. Prof. tidak perlu risau kerana ia tidak lagi penting. Saye jamin perkara ini tidak akan berulang lagi. " Balas Aina dengan yakin. Prof. Nazmi mengelengkan kepalanya seolah tidak setuju apa yang di katakan oleh Aina. 
" Saye tahu kamu mengetahui siapa tukang fitnah itu. Walhal saye pasti ada sesuatu yang kamu rahsiakan dari saye. Kamu adalah salah seorang dari best student saye. Saye tidak mahu hal remeh - temeh sebegini nanti akan menjejaskan prestasi pembelajaran kamu dan karier saye sebagai seorang guru. " Tekan prof. Nazmi dengan tegas. 
" Dan lambat laun saye akan tahu juga kebenarannya, Aina. " Katanya lagi. 

Aina mengeluh perlahan setelah keluar dari ofis tersebut. Di sambut pula oleh Mary yang menunggunya di pintu luar. Aina mengapai beg tangannya dari Mary dan mengatur langkah menuju ke perpustakaan kerana ingin meminjam buku rujukan buat tesisnya. 

" Beb, prof. kata ape dengan kau? Lama sangat. Berpeluh aku tunggu kat luar tadi. " Rungut Mary. 
" Tuah badan cik Mary sayang.. Sape suruh.. tak ikut aku masuk sama? " Soal Aina. Mereka berjalan seiringan. 
" Malas nak masuk.. kau tau kan tugasan yang prof. Nazmi beri. Aku belum lagi siap. Nanti dia membebel pulak. " Terang Mary. Aina menanggukkan kepalanya. 

Perjalanan mereka berdua menuju keperpustakaan belum lagi sampai apabila mereka terserempak dengan dua wajah yang amat mereka kenali. 

" Beb, bukan itu orang tua Mia ke? Ade ape dia jumpa Prof. Saidatul tu? " Soal Mary kepada Aina apabila melihat mereka sedang rancak berbual. 
" Apasal dorang melangkah menuju kita ni? Seram aku tengok.." Katanya lagi setelah mereka bersurai. Aina mengangkat kedua bahunya. 

Apabila kedua orang tua Mia menghampiri mereka. Aina menghulurkan tangannya kepada ibu Mia. Tetapi dia berpura - pura tidak melihatnya. 
" Makcik tahu kamu adalah penyebab Mia sakit kan? Kamu rampas Hariz darinya. Sekarang kamu puas melihat Mia terlantar sakit? " Ujar ibu Mia dengan kasar. 
" Sudahlah tu Ji... Aina tak bersalah. " Pujuk suaminya yang menepuk bahu isterinya. 
" Ape maksud makcik? " Soal Aina. Ibu Mia mendengus marah. 
" Mia sekarang ni sakit! Dia tak mahu makan dan minum. Apalagi minum ubat yang di berikan padanya. Mengamuk tak tentu pasal. Mia depressi Hariz pergi meninggalkannya. Hariz tinggalkan Mia disebabkan kamu kan! " Marahnya. Mulut Aina terngaga mendengar berita tersebut apalagi Mary. 
" Mia sakit? " Soal Aina dan Mary dengan serentak. Bapa Mia mengangguk sebagai jawapan. 
" Sudah bang.. mari kita balik! " ajak ibu Mia. Sebelum mereka berlalu dari situ. Ibu Mia menghadiahkan sebuah jelingan kepada Aina. 

Disebabkan aku ke Mia sakit? Aku ke penyebabnye? Tak... aku tak rampas Hariz dari Mia. YA ALLAH sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui.. Iqbal.. Tolong Aina... Aina perlukan Iqbal... tangisnya di dalam hati. 


***** BERSAMBUNG KE BAHAGIAN 24 *****

Tiada ulasan:

Catat Ulasan