Jumaat, 21 Februari 2014

Dan Bila Mr. Right Tiba - Sabrina Haji Zamri (Part 2)

AINA membuka seleranya dengan mee goreng yang di ordernya sebentar tadi bersama ais milo di canteen universiti seorang diri. Banyak juga nasi ni... Susah aku nak habiskan... Omel Aina. 

" Wei... Aina, aku dengar banyak cerita lucu yang berlaku mengenai kau kelmarin. Tapi aku nak dengar cerita tu dari mulut kau sendiri. Ceritalah cepattt....! " Sergah Mary yang tiba-tiba saja berada di belakang Aina. Mahu saja tersembur makanan yang dimakan Aina sebentar tadi. 
" Kau ni... Dah tak reti bagi salam ke? Terkejut aku. Kalau aku heart attack camne? Kau nak tanggung ke? Ade berani nak kasi tau parents aku? " Tanya Aina. 

Mary tersengih-sengih dan terus melabuhkan punggungnya di kerusi berdepanan dengan Aina. 

" Kelmarin? Takde yang melucukan. Geram dan malu adalah... Malas aku nak ingat. Kau pun satu tak tinggal aku pesan. Kau kat mana kelmarin? Dah aku balik dari kuliah aku tengok kau bukan asyik lagi di buai mimpi. " "Aku ade perjumpaan dengan Dr.Sharifah. Dia nak jumpa aku mengenai cuti yang aku minta hujung minggu ni. Kan aku ade majlis kat rumah nanti. Kau dah lupa ke? Lagi satu.. Aku dah tinggal post-it kat meja kau. Kau yang tak baca... " Jelas Mary. 
" Yeke? aku tak perasan pun.. Fikiran aku asyik melayang akhir-akhir ni.. mungkin sebab Hariz kot. Dahlah kitaorang satu uni. Terpaksalah aku berdepan dengan Hariz hampir setiap hari. Anyway majlis pertunangan abang kau tu ke? Kalau dah kahwin nanti jangan lupa jemput aku ye..." 
Tiba-tiba Aina terperasan yang mata Mary asyik memandang tepat kepada satu meja di hadapannya. Setelah sepentas kilat Aina melihat meja yang di pandang Mary. Aina merasa terkejut. Itu kan Iqbal dan Syafiq. Eh Syafiq ni ade kembar ke? Dan yang seorang tu aku tak kenal. Suara hatinya berkata. Aina mengembalikan pandangannya kepada Mary yang masih lagi berangan seperti tadi. 
" Hoii... Habis berbuih mulut aku cerita. Dia tak dengar pula. " Bentak Aina tiba-tiba. 
"kau ni.. kacau daun lahh. Apahal?" 
" Apa yang menarik sangat tu?" Soal Aina. 
" Kau nampak tak empat orang lelaki yang duduk di meja belakang tu..? Mereka adalah di antara lelaki yang terkacak di uni kita. Patutlah kawan-kawan aku angau tahap mat jenin kat diorang. Handsome giler rupanye..." 
"Ohh... Patutlah aku tengok macam ade show je.. Tapi handsome ape bende... Macam badut sarkas adalah..." Balas Aina. 

" Macam model ape. Cuba bukak mata kau tu sikit. Jangan asyik fikirkan Hariz aje... Hah mari aku bagi intro sikit. Kau nampak tak yang duduk menghadap kau tu? Itu Taufiq Nazmi. Yang main laptop tu ialah kembar Taufiq, Syafiq Nazmi. Kacak kan kembar tu? To sum up.. Kembar tu adalah anak kepada Dato. Zainal Abidin dan Datin Nadzirah. "
" Beza mereka.. Syafiq ni alim sikit... Ulat buku tapi Taufiq nakal... dan yang sebelah Taufiq, lelaki berambut panjang paras bahu tu ialah Mohd.Johari a.k.a Joe... " sambungnya.
" Dia anak tunggal kepada pensyarah sastera kita, Prof. Sofimah. Dan last sekali depan Joe.. Yang pan-asian tu kalau tak silap aku itu.. Mohd. Iqbal Hamim, anak pengusaha restoran di Brunei ni. De' Kaliysah food house. Pernah dengar tak?"

Aina menangguk perlahan. Mana boleh dia tak cam. Restoran ini famous dengan hidangan antarabangsanya. Malahan mak aku pun suka. Payah memuaskan liur mak aku tu. Kalau sedap yang dimakan mak aku.. Betul-betul sedap lah tu...

" Iqbal tu.. Aku dengar dia ni anti-perempuan. Aku rasa dia ada masalah cinta.. Kalau tak masakan dia begitu." Sambungnya lagi. Iqbal, anti-perempuan? Patutlah hari tu melenting aje. Macam radio pula si Mary ni. Tak henti 24 jam. Bagus juga taklah sunyi.. dan sambil itu Aina cuba untuk menghabiskan makanannya.
" Dan Aina aku rasa dorang pandang kita lah... Betul tu.. Cuba kau lihat... Aina betul lahh.."

Aina memusingkan kepalanya dan dia ternampak Syafiq yang sedang melambaikan tangan kearahnya. Dalam pada masa yang sama dia ternampak ada mata yang menjeling tepat kearahnya. Peminat Syafiq kot?

" Aina...!" Jerit Syafiq. Kuat juga memori si Syafiq ni. Desis Aina.

Aina tersenyum memandang si ulat buku itu. Iqbal hanya duduk diam memandang Aina dengan pandangan yang menakutkan. Lapar kot? " Ehh... Aina camne dia boleh tau nama kau hah? Kau kenal Syafiq tu ke? Camne kau boleh kenal hah? Kau kenal mereka ke? " Soal Mary yang bertubi-tubi.

Syafiq kini menghampiri meja Aina bersama dengan kembarnya, Taufiq. Si ulat buku dan kembarnya banyak bezanya. Syafiq berkaca mata dan berpakaian yang ringkas. Tapi Taufiq bergaya ranggi dengan baju kemeja panjangnya.
" Assalammualaikum, Aina.. Kenalkan ini abang kembar saye, Taufiq Nazmi.. " Syafiq memulakan bicara.
" Waalaikumsalam.. Hai.. I'm Aina." Balas Aina sambil menghadiahkan senyuman.
" Ni ke budak yang kau ceta tu bro..? Sweet.. Patutlah Iq layan. Iq memang tak layan ladies sebelum ni. Aina, I am guessing you are very special. Dapat tarik perhatian dia..." Kata Taufiq tiba-tiba sambil melirik mata dekat Iqbal.
" Errr... Maksud awak?" Tanya Aina yang agak keliru.
"Lupakan je lah.. Saye bergurau aje tadi. You dah makan ke? " Ubah Taufiq apabila Syafiq memberi isyarat supaya tutup mulut dengan segera.
" Baru aje habis.. Kenalkan yang ni.. teman sehidup dan semati aku, Mary." ujar Aina apabila melihat mata Mary yang terkebil-kebil memandang Syafiq dan Taufiq. Bagaikan peminat setia apabila berjumpa dengan artis kesayangannya.
" Haii... Saye Mary.. Panggil aje Mary. Salam kenal. " Ujar Mary. Ehh... Mary dengan Mary tak sama ke? Angau punya kawan. Menyesal aku kenalkan kau kat dorang sebagai kawan aku. Baik aku cakap tadi ' Aku baru je kenal minah ni. '
" Okay ladies. We've better be going. See you next time. Nice to meet you, Nur Aina Muslihah Hj Zamani. " Ujar Taufiq. Kemudian pasangan kembar itu pun berlalu dari situ.

Aina membalasnya dengan senyuman. Waiiittt... Haji Zamani? Camne dia tau nama bapak aku ni?

********** BERSAMBUNG KE BAHAGIAN TIGA ***********

Tiada ulasan:

Catat Ulasan