Jumaat, 21 Februari 2014

DAN BILA MR.RIGHT TIBA - Bahagian 11

AINA pada masa ini berada di perpustakaan universiti seorang diri bagi menyiapkan assignment yang baru di berikan oleh Prof. Sofimah di tingkat satu. Aina sedang menaip sesuatu di komputer riba jenama Sony Vaio nya. Fikirannya tidak menentu dan asyik memikirkan Iqbal. Kenape aku asyik fikirkan dia aje ni? Tiba - tiba fikiran Aina melayang ke selepas kejadian apabila Mia meragut tudungnya. 
" Aina... Stop crying. Please... " Pujuk Iqbal yang melihat Aina mengeluarkan airmata sebelah Iqbal di dalam kereta Nissan Fairlady z nya. 

Aina betul - betul tidak percaya apa yang terjadi kepadanya baru tadi. Aurat yang di jaganya selama bertahun - tahun kini di lihat oleh mata lelaki yang bukan muhrimnya. Apatah lagi bekas sahabat sendiri yang dulunya pernah menjadi kawan melakukannya. Aina merasa sangat sedih. 

" Mana Aina garang yang Iq kenal dulu? " Soal Iqbal dengan senyuman yang menampakkan lesung pipinya. Iqbal? Aina? Dia ni demam ke ape? Bukan dulu dia gune ' aku ' ' kau ' ke? Ade ke patut buat lawak time orang sedih macam ni. 
" Hulk... Terima kasih... sebab kau tolong aku tadi. Aku... " Aina akhirnya mengeluarkan suara dan menyeka airmata di kelopak matanya. 
" Small matter... " senyum Iqbal lagi. Ee'eeh asyik senyum aje. Kenape dia tak melenting lagi ni hah? Dah buat therapy kot? Hairan.. 
" Aina, Iq janji... Takkan ada sape akan sakiti Aina lagi selagi Iq masih hidup... " Balas Iqbal dengan nada yang romantik. Errkk meremang bulu roma aku! Sah.. Dia memang demam. 

" Astaghfirullahalazim.. " Aina mengeleng apabila terjaga dari lamuannya. Dia kemudiannya kembali menyiapkan assignmentnya. 

Setelah 45 berlalu, tugasan yang di berikan oleh Prof.Sofimah sudah pun siap dan gatal pula tangan Aina membuka facebook. Aina mengerling di kanan dan kirinya takut pula tertangkap nanti. Kelihatannya cuma seorang pelajar perempuan yang asyik membaca di meja depannya. Aina pun melayari internet dan melangan masuk facebook. 

' Mas Rohani Zaini wants to be your friend. Approve or ignore? ' 
" Mas Rohani ni yang mana ya? Oh! Masa orentasi hari tu. Apasal aku boleh lupa ni. Tsk... Tsk.. tsk.. Approve lah." Aina menekan punat approve dan disana terpapar lagi satu friend request. 
' Iqbal Hamim HAT wants to be your friend. Confirm or not now? ' 
" Hah? Pok cik Hulk! Alamak.. camne ne? Malu lah.. nanti habis dia tengok gambar aku... Kena fikir panjang ni... " ujar Aina pada dirinya sendiri. 

15 MINIT kemudian... 

Aina masih lagi menatap komputer ribanya. Aina merenung pada perkataan ' confirm or not now? ' 
" Aina! Kau buat ape tu? " Mary memeranjatkan Aina dari belakang. 
" Aku tak buat ape - ape lah. " Aina dan menyorok skrin komputer ribanya dengan tangannya dari pandangan Mary. 
" Bak sini... Ape kau sorok tu? " 
" Tak de ape - ape lah! " Jerit Aina. 
" Shhh... " Ujar perempuan yang belajar berhampiran dengan Aina. 

Mary merampas komputer riba Aina dari tangannya. Aina memuncungkan bibirnya dan menundukkan mukanya. Mary kemudiannya melihat skrin komputer Aina dengan mulutnya terlopong. Selepas itu Mary membacanya dengan separuh berbisik. " You are now friends with Iqbal Hamim HAT. " 
" Aina... giler gambar Iqbal ni... macho arr... sape budak perempuan yang comel ni? Jom kita skodeng... " Ujar Mary yang masih lagi berbisik. 
" Tak nak! Berdose... " 
" Berdose ape bende.. Kalau dia tak suruh tengok mesti dia letak privacy setting punye atau dia takkan letak gambar dalam album dia.. " 
" Ouuuiii... Aina, cuba kau tengok status dia... ' Ya ALLAH, aku dah jatuh cinta dengan AM.. ' AM ni sape ah..? Hah! Aina Muslihah! Kau lah..! " Jerit Mary yang melompat gembira. 
" Ehh.. kau jangan main - main, Mary. Banyak lagi nama AM.." ujar Aina yang ingin lari dari kenyataan. 
" Ya? Seperti? " Soal Mary. 
" AMinah? AMeerah? Tak ya pun.. AdAM? HAMdi? IdhAM." Jawab Aina. 
" Ehh... Tapi aku yakin 100 peratus AM tu kau lah. Iqbal jatuh cinta pada kau! Lagipun aku rasa AM tu bukan nama samaran tapi initial buat Aina Muslihah. " Ujar Mary yang agak pasti. 
" Aku nak kasi dia inbox." ujarnya lagi. 
" Mary, janganlah... " Aina mencubit lengan Mary. 
" Shhh... " Sekali lagi pelajar perempuan itu menyuruh mereka memperlahankan suara. 
" Aina, ade satu inbox lah. Izinkan aku membaca ya? " Soal Mary. Aina mengangguk. Paling - paling yang membagi inbox itu adalah rakan sekolah Aina masa di Pusat Tingkatan Enam dulu. Mary kemudian membacanya dengan suara yang perlahan. 

From: Iqbal Hamim HAT 
To: Aina Muslihah Zamani 

Hari ahad ni tunggu depan pagar siswi. Iq ambik Aina tepat jam 10 pagi. Iq akan tunggu sampai Aina turun. JANGAN MEMBANTAH. Assalammualaikum.. ;) 

" Hah?? " Soal Aina yang terkejut. 
" Kan... ' Mary ' dah kata... " Usik Mary. 

JAM sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Iqbal kini meletakkan kereta Nissan Fairlady z nya di hadapan pagar siswi. Iqbal memandang ke arah asrama perempuan, kiri dan kanannya. Dia resah kerana kelibat Aina masih belum lagi kelihatan. Takut Aina menolak pelawaannya. Kemudian keluar seorang perempuan yang berbaju kurung berwarna merah jambu yang di padankan dengan tudung syria warna putih bercampur merah jambu. " Yess..! " Jerit Iqbal di dalam keretanya tanpa di lihat oleh Aina. 
" Hulk.. Nak kemana ni? " Soal Aina yang menghampiri kereta Iqbal. 
" Naik dulu.. Baru Iq bagitahu. " Jawab Iqbal dari cermin keretanya yang berbuka. 
" Bagitahu dulu... Baru aku naik. " Balas Aina yang membuat lawak. 
" Naik je lah... " 
" Baik tuan... " Jawab Aina yang mengangkat tangan ke dahinya seperti seorang askar. 
" Okey, dah naik. Cepat bagitahu kita nak pergi mana ni? " Soal Aina. 
" Dah sampai nanti baru Iq bagitahu.. " Jawab Iqbal. Tersenyum. Iqbal takut jika di beri tahu yang Aina akan dibawa jumpa keluarganya dirumah Iqbal. Aina akan minta di hantar pulang.
" Tu tak payah kasi tau. Lagi baik.. " Balas gadis bertudung itu. 

SETIBANYA di perkarangan rumah Iqbal. Aina mula menyerang Iqbal dengan bermacam - macam soalan. 
" Rumah sape ni? " tanya Aina. 
" Rumah sape lagi... Rumah Iq lah... " Balas Iqbal yang mengenyitkan matanya. Asyik - asyik kenyit mata, kenyit mata, kenyit mata.. Huh! Ingat aku tergoda ke? Okay okay mungkin sedikit... 
" Hantar aku balik.. " Aina membuat keputusan dan ingin membuka pintu passenger kereta. Tapi Iqbal menguncinya menggunakan remote kereta. 

" Iq... buat ape tercegat lagi diluar tu.. masuk lah.. bawa tetamu tu masuk sekali. " Pelawa puan Afifah dengan senyuman. Iqbal masuk ke dalam rumah dan senghaja membiarkan Aina tercegat diluar. Dia tahu Aina akan masuk juga. Hish Hulk ni... Jumpe family dia ke? Uwwaaa.. aku takut.. Cam ne ni? Okay Aina, cool down. You can do it! Bismillahi tawakaltu walahaulawala quwata ilabillah. Baca Aina di dalam hatinya dan mengatur langkah ke arah Iqbal yang menjerit memanggil namanya. 
Aina melangkah masuk ke rumah mewah keluarga Iqbal. Aina memandang sekeliling bertapa indahnya rumah yang di diami oleh Iqbal. Kawasan dalaman yang luas itu mempunyai dua ruang tamu. Ruang tamu yang pertama dihiasi dengan modern touch bersama kerusi L-Shaped, meja makan yang besar dan banyak lagi yang menarik. Pintu kacanya yang besar terbuka luas yang menampakkan sebuah taman yang sangat cantik dengan pondok kayu, kolam ikan dan pelbagai jenis bunga. Manakala ruang tamu yang ke dua ditutup dengan pintu kayunya yang besar. Di sebelah ruang tamu yang kedua itu terdapat perpustakaan mini. Dapurnya yang bertemakan marble tile dan steel. Sungguh memukau mata. 

" Assalammualaikum makcik, pakcik... Apa khabar? " Aina berbahasa dan menyalam tangan kedua ibubapa Iqbal yang bangun dari tempat duduk mereka apabila melihat Aina masuk. ' Cantik dan sopan ' komen mereka di dalam hati. 
" Walaikumsalam. Sihat alhamdulilah. " Jawab papa Iqbal. 
" Ape pula makcik dan pakcik. Panggil aje umi dan papa. Sila Aina, duduklah. " pelawa puan Afifah. Aina melabuhkan punggungnya. Iqbal kemudiannya mengambil tempat duduk di sebelah Aina. Hulk ni duduk sebelah aku pulak. Tak malu ke dengan parents dia.. eee meremang bulu roma aku. Perfume ape dia pakai ni? Burberry? Ermm.. wangi.. 
" Aina dari asrama? " soal umi Iqbal. 
" Ya mak.. um.. mi. " Aina mengigit bibirnya. Umi dan papa Iqbal ketawa kecil. 
" Isya mana umi? " Soal Iqbal yang mencari adiknya. 
" Ade diatas tu hah, salin baju entah kali keberapa. Tak sabar nak jumpe bakal kak ipar. Mengalahkan kita kan, pa? " Soal puan Afifah kepada suaminya. Tuan Haji Abdullah Timothy mengangguk tersenyum. 
" Umi... Kak Aina dah data... Subhanallah.. cantiknya akak ni.. " Ujar Kaliyshah yang memandang Aina ketika turun dari tangga. 
" Isya suke! Isya suke! Isya setuju! Kak Aina jadi akak Isya! " Kaliyshah memeluk Aina dengan mesra. Aina terkejut dan tetap membalas pelukannya. 
" Dah... dah Isya, Abang Iq belum lagi peluk kak Aina. " Kata Iqbal. Menjeling. Papa dan umi 
mereka ketawa mendengarnya mereka tahu anak bujangnya bergurau. 
Ehh pokcik Hulk ni... Memang tak sayang mulut. Aku tayamum kang mulut dia ni! Desis Aina di dalam hatinya. 


*********************** BERSAMBUNG KE BAHAGIAN 12 
***********************

Tiada ulasan:

Catat Ulasan