Isnin, 24 Februari 2014

DAN BILA MR.RIGHT TIBA - Bahagian 27

Nadia mencari pakir yang kosong untuk mempakir kereta volkswagen beetlenya di kawasan THE COFFEE BEAN, Bandar Seri Begawan. Matanya liar mencari pakir. Di sebelah kereta Lexus nampaknya ada pakir yang tiada di diami oleh kereta. Kemudian Nadia pun meletakkan keretanya di sebelah kereta Lexus tersebut. Nadia memanjat keluar dari keretanya dan mengunci keretanya dengan kunci yang di pegangnya. Matanya sempat mengerling kearah kereta Lexus yang berada di sebelahnya. Rakan - rakannya sudah pasti berada di dalam sekarang dan sedang menunggunya. Kebiasaannya dia yang akhir sekali muncul untuk bertemu dengan kedua sahabat karibnya walau di mana tempat mreka berjumpa sekalipun. Nadia sukakan begitu. Bagaikan puteri raja yang sedang di nanti ketibaannya. Nadia melangkahkan kakinya untuk masuk kedalam. Sepasang mata memerhatikannya dari jauh kemudian pandangannya beralih kepada baju sendat yang di pakainya. Lelaki tersebut tersenyum gatal kearah Nadia. 

" Awal sampai..." Sindir rakannya, Bazilah. 

" Sorrylah guys.. lambat sikit.. banyak kerja yang I perlu settlekan tadi.. " Nadia menghiraukan senyuman lelaki tadi. 

" Hmmm... I dah orderkan you as usual. Kopi tanpa susu and a dessert. " Balas Bazilah. 

" Dia... cuba you tengok lelaki yang duduk di hujung tu.. Kacak kan? Pasti kaya you... " Najwa memandang lelaki tersebut dengan senyuman. Nadia mengalihkan pandangannya kearah lelaki yang di maksudkan oleh Najwa. Lelaki yang menghadiahkan senyuman kepadanya tadi. Tiada yang menarik baginya. Jika di bandingkan dengan Iqbal. Iqbal lebih kacak 30 kali berbanding lelaki itu. 

" Najwa, you ni saja nak test Dia kan? Bukannya you tak tau Dia ni dah ade special boyfriend... Si Iqbal tu nak simpan mana? " Ujar Bazilah yang mengingati Najwa. Mungkin Najwa lupa tentang Iqbal yang pernah di kenalkan kepada mereka berdua masa ulang tahun Nadia tahun lepas. 

" Ohh ya.... I lupa. Bila nak kahwin ni? " Soal Najwa secara tiba - tiba. Sebenarnya Najwa teragak - agak untuk mempercayai yang Iqbal tu adalah teman lelaki Nadia kerana Nadia tidak pernah mambawa Iqbal sekalipun apabila mereka keluar bersama seperti sekarang ini.

" I pun tak tahu lah you.. I mampu berserah aje. Tunggu Iq lamar I. " Ujar Nadia yang perasan. Nadia terlebih yakin Iqbal akan menjadi suaminya nanti. Padahal Nadia waras yang dia telah membohongi rakannya tentang hubungan sebenar dia dan Iqbal. Iqbal dan Nadia belum lagi rasmi menjadi sepasang kekasih apalagi sekarang Iqbal sepertinya menjauhkan diri darinya. Sudah beberapa kali Nadia menelefon dan memberi Iqbal SMS tetapi tidak di balas. Bagai menanti salji yang tidak turun di negara Brunei ini. 


" APE masam aje muka Dia mummy tengok ni? " Ujar Puan Zainab apabila melihat anak angkatnya yang baru saja masuk kedalam ruang tamu mereka. Nadia menjuihkan bibirnya seperti budak - budak. 

" Iqbal tu mummy.. SMS Dia hantar bukannya nak pandai balas. Asyik busy aje. Call Dia pun Iq reject... Bila Dia ajak Iq pergi shopping macam - macam lah alasan yang Iq bagi... Kena buat itulah.. kena buat inilah.. Bencilahh lepas tu... kena jaga Kaliyshah lahh.. ape.. Kaliyshah tu bukannya budak kecik lagi. Taulah dia jaga diri. Ape bagus sangat ke jaga Kaliyshah dari teman Dia pergi shopping. Tu baru dua alasan belum lagi Dia bagitahu mummy yang lainnya. " Nadia melepaskan kemarahannya kepada ibu angkatnya. Nadia mengambil tempat duduk di sebelah ibu angkatnya. Badannya senghaja di humban ke arah sofa bilik tamu mereka yang empuk. 

" Iq betul - betul sibuk lah tu Dia... Lagipun keluarga uncle Timothy kamu kan nak buka restoran mereka yang baru kat Jerudong tu. Jangan sedih ya, sayang? " Pujuk ibu angkatnya. 

" Ahhh... Dia tak kira.. Dia nak Iq luangkan masa untuk Dia jugak. Walau Iq sibuk mana sekalipun. " Kedua kaki Nadia di bentakkan ke lantai tanda protes. 

" Habis. Nak mummy nasihatkan Iqbal? Dia nak mummy buat ape? " 

" Nikahkan kami... " Jawabnya ringkas. 

" Apa? Iqbal tu kan abang saudara Dia. " Ujar puan Zainab yang dengan apa yang di cadangkan oleh Nadia. 

" Mummy.. I love Iq... " Pujuknya. 

" Dia dah fikir masak - masak? " Tanya Puan Zainab. Nadia mengangguk dengan laju. 

" Tapi Iqbal tu kan dah ade teman wanita.." Terlepas pula dari mulut puan Zainab. Bukannya apa tetapi dia sendiri sudah melihat seorang gadis yang dibawa oleh Iqbal kerumah mereka tempoh hari. Mesti teman yang sangat istimewa kerana Iqbal belum pernah membawa dan memperkenalkan mana - mana wanita kepada mereka. 

" Setakat budak hingusan tu mummy. Kalau di bandingkan Dia dengan Aina. Dia lagi 100 kali cantik. Nanti Iq akan tinggalkan budak tu jugak. Moreover bukannya salah Dia kahwin dengan Iq. Iqbal dengan Dia bukannya adik - beradik. " 

Puan Zainab diam dan berfikir panjang. 

" Nikahkan Dia dengan Iq, mummy... " Pujuknya lagi. Kali ini Nadia memegang bahu ibu angkatnya dengan manja sekali. 


ROMBONGAN merisik dan perbincangan kini riuh di rumah mewah tiga tingkat milik keluarga tuan Haji Timothy. Mereka terkejut dengan kehadiran keluarga Tuan Sham dan rombongannya termasuk juga Iqbal yang pada mulanya hendak pergi kerumah Taufiq dan Syafiq tetapi tidak dapat di tunaikan hajatnya tengahari itu. 

" Kak Nab dan abang Sham ade ape ramai - ramai ni? Ada apa hajat? " Soal Tuan Haji Timothy yang merupakan seorang yang berbangsa inggeris tetapi petah berbahasa melayu. 

" Kami datang ni dengan hajat... " Ujar Tuan Sham di ikuti dengan tawa yang kecil. Iqbal menunggu ayat seterusnya akan keluar dari mulut paklongnya. 

" Boleh Fifah tahu.. hajat apa itu? Kalau tak keberatan... Insya - ALLAH kami boleh tolong." Ujar Puan Afifah yang tersenyum. 

" Kami sebenarnya risau tengok hubungan Iqbal dan Nadia. Maklum saja mereka berdua tu selalu keluar bersama. Apa kata kita nikahkan saja mereka berdua? Lagi pula tak elok orang sekeliling pandang mereka berdua - duaan begitu. " Puan Zainab tersenyum memandang Iqbal. 

" Nikah?? " Iqbal amat terkejut dengan ayat itu. Setahu Iqbal, Nadia dan dia bukan sering keluar bersama malahan masanya kini terbagi kepada keluarganya, Aina dan juga rakan - rakannya, Joe, Taufiq dan Syafiq terkecuali Nadia. Setiap ajakan Nadia pasti dia menolaknya. 

" Iya.. nikah Iq.. kamu berdua bukannya kecik lagi. Kamu sudah dewasa. Dia sudah pun mempunyai perkerjaan dan kamu pejam celik nanti dah keluar uni. Kamu berdua tu kan dah kenal lama. Sejak kecik lagi kamu tak pernah berpisah. " Kata puan Zainab yang seakan memujuk Iqbal. Tetapi Iqbal tidak telan terus dengan pujukan itu. 

" Fifah rasa.. biarlah Iqbal yang memilihnya, kak Nab. Lagipun Iqbal berhak memilih. " Puan Afifah memandang anaknya yang agak terkejut dengan situasi itu. 

" Perkara ini bukannya di boleh di bawa main - main, Fifah.. Ini urusan kita. Bukannya urusan anak kita." Ujar Puan Zainab. Nampaknya perbualan ini di kuasai oleh golongan wanita. 

" Kak Nab.. kita sebagai orang tua mereka tak boleh paksa... untuk satukan mereka. Iq mungkin ade pilihannya tersendiri. " Ujar puan Afifah. Iqbal tidak percaya dengan apa yang berlaku di hadapannya. Dia betul - betul tidak percaya paklong dan maklongnya membuat keputusan yang senekad sebegitu. 

" Son, what do you think? Kenapa diam aje ni? " Soal Tuan Haji Timothy yang terperasan anak lelakinya mendiamkan diri sejak dari tadi. Iqbal tersedar dari lamunannya apabila papanya menegurnya. 

" Paklong.. maklong... Iq minta maaf.. bukan niat Iq untuk bersikap kurang ajar. Jujur Iq kata.. Iq tak pernah cintakan Dia... Umi pernah kata... " Iqbal memandang uminya dengan senyuman. 

" Jika Iq cari seorang isteri biarlah dia seorang yang Iq berasa senang dengannya kerana untuk susah dan senang rumahtangga yang Iq akan dirikan nanti dengan wanita tersebut. Seorang yang membuatkan Iq tersenyum dan ketawa selalu dan apabila kami berjauhan Iq akan rindu dengannya dan tidak ingin berpisah dengannya walau sesaat mana pun. Wanita tersebut bagaikan nyawa Iq. Iq tidak sanggup wanita tersebut di sakiti dan ingin melindunginya selalu. Iq sudah jumpa nyawa Iq... Paklong.. Maklong... wanita tersebut bukan Nadia tetapi Nur Aina Muslihah. Ya, Aina... adalah nyawa Iq. " Ujar Iqbal yang panjang lebar. Matanya bersinar - sinar memancarkan cahaya cinta dan badannya tegak memberitahu bahawa kata - katanya dan keputusannya adalah benar. Papa dan Uminya tersenyum lebar. Rasa bangga dengan anaknya yang membela dirinya. Kini mereka tahu Iqbal benar - benar cintakan Aina. Kesemua mata memandang kearah Iqbal.. bertapa bertuahnya perempuan ynag berjaya memikat hati jejaka tampan ini. 

" Iqbal.. paklong tak paksa kamu untuk buat keputusan.. Paklong faham.. " Ujar Tuan Sham kepadanya. 

" Iq, Mak long nak kamu fikir masak - masak sebelum membuat keputusan. " Kata Puan Zainab dengan penuh harapan Iqbal akan merubah keputusannya. 

" Tiada yang perlu di fikirkan lagi Nab.. Iqbal sudah pun membuat keputusannya. " Kata Tuan Sham yang menghadiahkan senyuman kepada Iqbal. 

" Tapi bang... " Kata Puan Zainab. Dia sebenarnya tidak mahu memaksa Iqbal tetapi dia takut Nadia akan kecewa dengan berita tidak gembira yang akan di sampaikan kepada anak angkatnya nanti. 


NADIA berjalan mundar - mandir di biliknya yang serba mewah itu. Dia tidak puas hati dengan Iqbal yang mati - matian menolak untuk di satukan bersamanya. Memikirkan apakah yang harus untuk dibuatnya supaya Iqbal menerimanya. Dia terlalu mencintai Iqbal dan sanggup lakukan apa saja demi Iqbal. Nadia telah menghantar pesanan ringkas kepada Iqbal. Mengapa Iqbal tidak mahu di nikahkan bersamanya? Dia harap dengan sepenuh hatinya Iqbal akan membalas SMS nya. Ternyata doanya di makbulkan. Iqbal terus membalas SMS Nadia dengan menelefonnya. 

" Assalammualaikum, Dia.... Iqbal ni... " Kata Iqbal di hujung talian. Iqbal sedar dia harus berlaku jujur kepadanya dan tidak mahu di anggap sebagai seorang pengecut. 

Iqbal tidak suka Nadia terlalu mengharap kepadanya kerana hatinya sudah di miliki sepenuhnya oleh Aina dan tidak mungkin ada ruang untuk mana - mana wanita lagi. 

" Kenapa Iq sanggup buat Dia macam ni? Kenapa tak terima aje keputusan Dia untuk bersuamikan Iq? " Nadia menangis teresak - esak ketika membalasnya. 

" Dia... " 

" Dia sayangkan Iq... Kenapa sukar untuk Iq terima Dia? Dia cintakan Iq sejak Iq ambil berat pada Dia masa kita kecil dulu! Teman - teman Dia ejek masa kat sekolah dulu Iq yang ambil berat tentang Dia... Iq nasihatkan Dia. Bukan itu bermaksud Iq cintakan Dia? Iq cinta Dia kan? Kenapa Iq tak mengaku? Iq malu nak dedahkan perasaan cinta Iq pada Dia kan? " Suara Nadia agak berketar - ketar kerana tangisannya. 

" Dia dah salah faham... Memang Iq ambil berat tentang Dia tapi itu tidak bermakna Iq cintakan Dia. Iq anggap Dia tidak lebih dari seorang adik. Tidak mungkin itu merujuk kepada perasaan cinta, Dia. Iq hormati keputusan Dia tapi Dia kena faham Iq tak pernah mencintai Dia dari dulu... " Iqbal berkata dengan jujur. Dia tidak sangka Nadia tersalah ertikan maksudnya. Mungkin salah Iqbal juga kerana tidak berlaku jujur kepadanya dulu. 

" Perasaan cinta boleh di pupuk masa kita kahwin nanti Iq... Dia tak kira... Dia nak Iq nikah dengan Dia juga... " Desak Nadia. 

" Iq tak cintakan Dia... " 

" Atas sebab ape? " Soal Nadia. Bodoh. 

" Iq cintakan seseorang Dia.. Iq cintakan Aina. " Luahan hati dari lelaki pan - asian ini. 

" Lagi - lagi Aina... Aina... Aina! Apa yang special tentang budak tu dari Dia? Dia lebih cantik dari Aina yang setakat mengenakan baju kurung tu dan memakai tudung. Tak ade style! Kalau di bandingkan di khalayak ramai. Pasti Dia yang di rebut bukan Aina! " Ujar Nadia dengan riak. Iqbal agak terasa dengan ungkapan Nadia yang pedas itu tetapi dia mengingati dirinya agar bersabar. 

" Bukan kecantikkan yang Iq cari, Dia... Kecantikkan itu luaran dan sementara sahaja.. Kalau setakat cantik tapi hati busuk buat apa? Muka yang cantik biarlah berkiaskan dengan iman di hatinya. Cantik atau tidak semua itu akan luput bila kita tua nanti. Iq cintakan Aina berdasarkan apa yang mampu Aina tawarkan pada Iq bukan apa yang wajib Aina berikan pada Iq. " Terang Iqbal yang teringatkan Aina. 

Tiada apa yang harus di ungkapkan oleh Iqbal lagi. Iqbal tahu Nadia seorang anak yang di besarkan dan di hemburkan dengan kemewahan dan sifat manja yang di berikan apa saja yang di mahukan Nadia oleh kedua orang tua angkatnya. Kekadang Iqbal rasa paklong dan maklongnya begitu memanjakan anak angkatnya. Mungkin kerana sukar untuk mendapatkan zuriat mereka sendiri. 

" Aaaaahhh.... " Nadia menghempaskan telefon bimbitnya di atas katilnya. Geram dengan apa yang di luahkan oleh Iqbal kepadanya. Nadia tidak suka jika permintaannya tidak di tunaikan. Dia harus mendapatkan Iqbal walau bagaimana sekalipun caranya. Nadia akan malu dengan rakan - rakannya nanti. 


***** BERSAMBUNG KE BAHAGIAN 28 *****

Tiada ulasan:

Catat Ulasan