Jumaat, 21 Februari 2014

DAN BILA MR.RIGHT TIBA - Bahagian 25

" IQ... kau ade dengar dari Aina tak? Kelmarin Aina habis di gertak oleh orang tua Mia. Kau ingat tak lagi? Budak yang buat fitnah kat Aina tu, Bro. Aku tak lihat dari mata aku sendiri tapi aku dengar budak tu sakit teruk after her boyfriend left her. Teman lelaki dia.. alahh... budak yang pernah buat hal kat kau... kat tangga sekolah. HAriz aku rase namanye... yang lebih menyedihkan lagi Aina di persalahkan atas kondisi Mia yang tengah depressi sekarang." Kata Taufiq yang sedang bermain game playstation 2. Kedua belah tangannya memegang joystick dan telefon bimbitnya di letakkan di bahunya ynag terjongket ke telinganya. 

" What?? Are you serious? Sekarang baru kau bagitahu aku?" Soal Iqbal yang memegang telefon bimbitnya yang berjenama I - phone dengan nada yang terkejut. Hampir tergugur telefon bimbitnya. 

" I'm dead serious, bro. Aku telefon kau pun dah kira baik lah ni... tapi kau marah aku pulak. Aku baru aje dapat informasi ni.. tu pun aku telefon kau as soon as aku dengar fasal hal ni." Taufiq mengelengkan kepalanya. Dia masak dengan perangai Iqbal yang tidak mahu orang yang di cintainya di sakiti. 

" Sorry Taufiq, aku terkejut tadi... dari sape kau tahu ni?" Iqbal pulih dari keadaan terkejut. Tetapi hatinya gundah memikirkan Aina. 

" Dari sumber yang boleh di percayai, Iq." Balas Taufiq. 

" Aina tu.. bukannya nak kasi tau aku... everything... she keeps it to herself.. Aina macamne bro? Dia okay tak? Sumber kau kata ape? " 

" Entahlah... I'm not sure... sorry bro... so, what's your plan?" Tanya Taufiq yang mengaktifkan loud speaker telefon bimbitnya dan menutup television yang berada di hadapannya. 

" Kau ade alamat budak yang sakit tu tak?" 

" Aku rasa.. sumber aku tau, bro.. Kau nak buat ape, Iq?" 

" I say... we pay her a visit.. kau ngan aku.. jumpa parents budak sakit tu.. A.S.A.P." Ujar Iqbal. Biarlah terlalu mengejut perjumpaan mereka nanti yang penting masalah ini selesai. 

" Bila.. bro?" 

" Sekarang.. Aku rasa ada sesuatu perkara yang mereka berdua tidak tahu.. aku ambik kau kat rumah kau, okey?" Ujar Iqbal yang pergi ke almari baju dan menganti bajunya kepada baju V - neck. 

" Sekarang? Haii bro.. demi cinta ke?" 

" I love her, man... I love her so much... " Ujar Iqbal yang mengapai kunci keretanya. 

" Ehemmm... ehemmm..." Kedengaran suara Taufiq yang terdehm di hujung talian. 

" Oh ya... Nanti pembukaan rasmi restoran baru keluarga aku kat Jerudong tu buka.. kau jemputlah sumber kau tu sekali ya? As a thank you from me. Okay bro... I better hang up." Ujar Iqbal yang kini berada di dalam keretanya dan memandu menuju kerumah Taufiq. 



IQBAL dan Taufiq di sambut mesra ketika masuk kedalam rumah kembar milik keluarga Mia. Pada waktu itu mereka duduk berdepanan dengan ibubapa Mia. Ibu Mia memandang Iqbal dan Taufiq dengan penuh tanda tanya. Tertanya - tanya siapakah mereka berdua itu. Mungkin teman - teman Mia dari universitinya? Soalnya di dalam hati. 

" Anak ni sape? Nak ketemu dengan Mia ke? " Soal ibunya yang terlerai dari soalan yang membengung pemikirannya. 

" Bukan makcik... kami datang ni dengan niat baik.. Kami dengar Mia sakit? dan kami datang di sebabkan.. Aina." Ujar Iqbal dengan sesopan yang mungkin walupun dia tidak suka Aina di persalahkan atas kondisi Mia sekarang seperti yang di maklumkan oleh Taufiq kepadanya sebentar tadi. Ibu Mia mendengus nafas yang kuat apabila mendengar nama Aina di sebut. 

" Kamu teman - teman si Aina tu? Makcik ingin sampaikan satu pesanan kepada kamu. Hindari budak tu.. budak Aina tu tak baik... Lihat.. apa yang dia buat pada anak makcik." Ujar ibu Mia dengan nada yang marah. 

" Ji.... tak baik kata macam tu." Tepis suaminya. Kurang setuju dengan apa yang di keluarkan dari mulut isterinya barusan. 

" Ape pulak tak elok, bang? Memang Aina budak tak baik kan? Yang abang peduli sangat dengan Aina ni, kenape? Cuba abang tengaok kondisi anak kita tu bang... Sedih Ji tengok.. Aina yang rampas Hariz dari Mia..bang.. kalau perkara ini tak berlaku Mia tak sakit! Agaknya si Aina tu tak ade teman lelaki kot tu lah fasal sampai sanggup rampas teman lelaki orang." Ujar Ibu Mia yang dalam keadaan berang. Ternyata dugaan Iqbal benar belaka sepertinya ibu Mia tidak mengetahui kisah lalu Aina. Bukan Aina yang merampas Hariz dari Mia tetapi sebaliknya. 

" Cukup Ji...! " Jerit suaminya secara tiba - tiba.Isterinya terkesima melihat suaminya yang sedang dalam keadaan marah. Suaminya tidak pernah meninggikan suara kepadanya sebelum ini. 

" Abang muak dengan semua karenah Ji... Perkara ini sudah lam abang pendam dan tak sanggup untuk abang pendamkannya lagi.Mia yang sebenarnya merampas Hariz dari Aina. Ya? Bukan seperti yang Ji fikirkan sebelum ni kan? Abang dapat tahu dari Haji Zamani, bapa kepada Aina yang budak Hariz tu sudah lama berteman dengan Aina. Ini yang membuatkan abang membuat konklusi sendiri. Aina dengan Hari pernah bercinta! Tetapi setelah abang selidiki dari Haji Zamani dengan lanjut memang benar Ji... Memang benar dugaan abang.Abang kecewa denga Ji... abang tahu Mia tu anak kita.. walaupun dia anak kita bukannya kita boleh sewenang - wenangnya salahkan orang lain. Aina budak yang baik, Ji. Abang mohon kepada Ji... Tolong buka mata Ji itu." Balas bapa Mia di sebelah ibu Mia. Sebagai seorang suami di harus bersuara. Ibu Mia mengigit bibirnya tidak mampu untuk bersuara. 

" Makcik.... pakcik... " Tegur Taufiq. Takut nanti ibubapa Mia bergduh besar. Iqbal memegang lengan Taufiq dan mengelengkan kepalanya. 

" Aina tidak salah makcik... saya yakin Aina tidak salah.. Dulu Aina pernah serahkan insan yang di cintainya kepada Mia. Insan yang bertahun - tahun yang dikenalinya dan di cintainya. Aina sanggup berkorban demi kebahagiaan Mia dan Hariz. Insan mana yang mampu buat macam tu? Aina seorang gadis yang tabah, lucu, penyabar, comel dan penyayang tetapi Aina bukan seorang perampas. Mia telah berbuat jahat kepada Aina, makcik tetapi Aina tak pernah membalasnya walaupun sekali. Aina seorang sahabat yang baik, makcik. Mia sakit bukan di kehendaknya dan bukan di sebabkan Aina. " Iqbal meluahkan perasaannya kepada ibu Mia. Iqbal kelihatan matang sekali ketika menyampaikannya walaupun ada sedikit cemburu bila di sebut nama Hariz. Mata ibu Mia kelihatan merah sepertinya hendak menangis. 

" Jadi.... Ja..di.. semua ni betul? Mia yang rampas Hariz dari Aina dahulu? " Soal ibu Mia. Sukar untuknya menerima kenyataan. Taufiq memandang Iqbal kemudian mengangguk laju kepada ibu Mia. 

" Ampunkan Ji bang... Ji betul betul tak sangka Mia sanggup buat macam tu. " Katanya lagi. Ibu Mia menangis di pangkuan suaminya. Suaminya mengangguk perlahan dan beransur pulih dari keadaan marah. 

" Abang pun nak minta maaf dengan Ji... mungkin abang terlalu lembut mengajar anak kita. " Ujar bapa Mia. Iqbal dan Taufiq tersenyum. Rasa lega kerana pemasalahan ini sudah selesai. 

" Maaf ya nak.. pakcik dan makcik tidak terniat pun perkara ini berlaku. " Ujar bapa Mia yang tiba - tiba teringatkan mereka ada tetamu. Seraya kedua sahabat itu mengangguk dengan laju. 

" Hmmm.. Nama kamu ape? Seingat pakcik.. kamu belum lagi memperkenalkan diri kamu." Katanya lagi. 

" Taufiq." Taufiq memperkenalkan dirinya. 

" Kamu? " Soal ibu Mia yang menyeka airmatanya kepada Iqbal dengan separuh senyuman.

" Saya... Iqbal. Teman lelaki Aina. " 



AINA memerhatikan Mary yang asyik mentelaah bukunya. Tiada lagi telefon bimbit di tangannya. Baguslah.. Mary dah insaf dari menghabiskan masanya dengan telefon bimbitnya. Dah berminggu - minggu Aina perhatikan Mary selalu saja bermain dengan telefon bimbitnya. Tersenyum - senyum dan ketawa seorang diri. Takkan gila kot? Kalau gila aku sembur Mary nanti dengan air bacaan yasin. Pelik.... mungkin angau juga. Asyik berangan dan lewat masuk tidur. Pernah sekali Aina dibuai mimpi yang indah tiba - tiba telefon bimbit Mary berbunyi pada ketika dia sedang beradu. Hish.. kalau kejadian yang ' menyeronokkan ' itu berlaku lagi akan aku buang telefon bimbitny itu jauh... jauh... tersangat jauh.. sangat... sangat... aku kata ape tadi? 

" Phewittt.... " Aina mengorat Mary yang sibuk membaca buku. Mary tidak mempunyai masa untuk melayannya. 

" Adik manis... boleh kenalan? " Gurau Aina. 

" Tut... tut... nombor yang awda dail tidak dapt di hubungi. Sila cuba sebentar lagi. " Balas Mary tetapi matanya tidak memandang Aina. 

" 8484.. aku tekan tekan tak dapat.. ape punya operator." Aina melakonkan jejamrinya dengan bentuk telefon. 

" Tet.. salah teka. Operator sedang sibuk untuk menjana masa depan nanti. " 

" Oppss.. patutlah tak dapat.. Mary..." Ujar Aina yang melabuhkan punggungnya di katil Mary. Mary menolehnya. Tetapi pada masa yang sama Aina hendak mengeluarkan suara telefon bimbit Mary berbunyi. 

" Mary... aku ingat kau dah insaf dari bertasbih dengan telefon bimbit kau... kau ni.. dah lah tu.. ujian dah nak dekat... Kau masih tak serius lagi. " Ujar Aina apabila melihat Mary yang sedang sibuk menekan keypadnya. Mary tersengih - sengih bagai kerang busuk dan kembali meletakkan telefon bimbitnya di dalam laci. 

Hishh.. masih nak main - mainkan.. orang kata ni bukan untuk bermanis mulut tapi untuk masa depan kau juga sahabat ku yang tercinta, Dang Kesum. Sekejap lagi mula lah berbunyi lagi telefon bimbit dia. Entah mamat mana yang menghantar SMS kat dia sampai tersenyum - senyum hingga ke tahap cerita cinta hindustan 

Tiba - tiba telefon bimbit Mary berbunyi lagi. 

Hah! Kan aku dah kata.. mesti berbunyi punye.. siap - siaplah kau, Dang Kesum! 

" Aina.. telefon bimbit kau berbunyi tu. Tak nak jawap? "Mary menuding jarinya kearah telefon bimbit Aina. Kali ini Aina yang tersengih - sengih bagai kerang busuk. 

Lahhh... Tak jadi nak marah.. telefon bimbit aku rupanya.. sesungguhnya kemarahan ku itu tertangguh. 

You have 1 new message 

Assalammualaikum... Nur Aina Muslihah, mulai hari ni pada jam 3 petang, hari jumaat. Awak dengan rasminya menjadi teman wanita saya. It's not a question.Jangan membantah. Bye! 

Hah? Gila ke ape dia ni...? Teman wanita? Hampir terduduk Aina pada ketika membaca SMS dari Iqbal itu. Aina cuba untuk membalas mesej tersebut tetapi tidak di jawap kerana telefon bimbit Iqbal senghaja Iqbal matikan. Mary bengang melihat Aina yang kalut. 

Aku tak nak.... aku tak nak.... ! Tetapi di sudut hati wanitanya menjerit, ' Yahooo....! ' 



********************************* BERSAMBUNG KE BAHAGIAN 26 ************************************

Tiada ulasan:

Catat Ulasan